![]() |
| .:View dari atas Chalet:. |
Tak tau nak update apa... so kita throwback je la time raya haritu ye. Raya pertama kitorang beraya kat KL je, then raya kedua kitorang balik kampung di Rembau. Beraya la ngan pakcik makcik, tok dan uwan sedara semua. Tapi kitorang overnight kat Seremban semalam sebab raya ketiga kitorang ke PD plak 😜
Nak kata last minit pun, tak juga sebab 2 minggu sebelum raya tu memasing dok bincang, nak bercuti la kononnya time time raya tu. Bincang punya bincang, maka nya Port Dickson menjadi tempat pilihan.
Kebetulan resort opis ako ada plak kekosongan, maka nya cecepat la ako book and pay terus. Alhamdulilah dapat le book 1 chalet, 1 apartment.
Gini la rupa chalet nya. Chalet nya kena naik tangga. Bahagian bawah tu tempat lepak lepak kalau buat bbq bole la makan kat bahagian bawah. Chalet ni ada 3 bilik, lengkap la peralatan dapur untuk masak. Cuma takde washing machine je. Baru perasan masa check-in rupanya resort kat PD ni takde plak mesin basuh. 😅😅
View dari chalet boleh nampak sebahagian bilik kat Hibiscus. Nampak macam dekat je kan.
Cuti cuti raya pun laptop tetap kena ON. Nasib baik la ako tergerak nak bawa laptop sekali. Tetiba dapat mesej dari boss tanya macam². Haha ikutkan dia x nak ganggu tapi dah sebab dia tak bole nak login website cari data, terpaksa la empunya ID yang login sendiri ye 😅😅
Konon ala ala nak beraya kat PD resort ni. Tu yang gigih hangkut kuih raya dari KL. Haha sudahnya sendiri bawa sendiri makan 🤣🤣
Paksu Fir dan CikLin join kitorang di hari raya keempat. Lengkap la anak cucu keluarga Haji Yusof & Hajah Kalsom akhirnya dapat berkumpul bercuti together gether. Nak kumpulkan kesemua 12 orang ni memang payaj sungguh hahah. Sorang kat selatan, yang lain lain kat KL tapi yang kat KL nak gather² pun punya la payah 😅😅
Alhamdulilah raya tahun ni dapat sekali lagi kitorang bercuti sama².
Tiba tiba si opismet sorang ni muncul kat situ. Hahaha rupanya dia pun ada booking resort raya ke-4. Bukan setakat jiran dipejabat, malah berjiran juga kita kat rumah. Ini baru betul Jodoh lebaran nama nya ni 🤣🤣🤣
Malam nya kitorang plan buat BBQ. Ni betul betul last minit. Semua bahan masakan, pagi tu juga gigih pi beli. Memandang kan resort ni baru je dibuka semula lepas renovate, jadi tempat BBQ nya masih belum disediakan dengan lengkap. Itu yang terpaksa kami gi cari tempat bakar, penyepit, arang dsbnya.
Selamat Hari Raya daripada keluarga kecil kami. Tahun depan ke mana kita ney? 😜
Nota Jemari: 2 tahun sekali baru dapat berkumpul penuh time raya















16 Comments
Budak² dapat kolam memang setel. Senang je nak bagi diorang gembira.
ReplyDeleteBagus gak raya holiday gitu.. tempat pun kat tengah².. dan mostly adik beradik pun cuti.
Tu la kan.. mmg senang klu holiday tmpt yg ada pool. Campak je drg dalam tu konpom kita bole rileks haha
DeleteHahaha.. saya pernah ke sini.. Saya pon dah lama x dapat rumah rehat dbkl seri suasana tu. Susah betol nak dapat..
ReplyDeleteYe ke? Haha nape kita x igt eh :p
DeleteBest la gather² tmpt cantik gini...
ReplyDeleteMacam boleh agak nama penuh aqeem tu hehe... Anak sedara PH pun nama sama :D
Hahhaha kan..rs mcm ramai nama aqeem tu
DeleteLama ekk tak stay resort BNM ko hahahaha.. satu hari plan laa kita gather Msjbox plakk ala-ala Family Day hehehehe
ReplyDeleteHaahay jom2 tp jenuh nk plan tu :p
DeleteWah bestnya main bakar2
ReplyDeleteLapar pulak tengok hehe
Seronok bercuti di musim raya. Sama macam saya juga hari tu, beraya di KL, duduk homestay. Budak-budak seronok la, ada pool, best dapat BBQ juga. 👍
ReplyDeletesenang kalau bisa berkumpul rame-rame seperti ini ya
ReplyDeletebiasanya part menyenangkan ya bagian BBQ, dan pilihannya juga banyak itu menunya. Pasti dijamin kenyang ini
Wah menarik la..mana tau SA nak cari tempat penginapan plak....boleh la po sini nanti
ReplyDeleteAlamaakkk tmpt tu utk staff je SA😅😅
DeleteMeriahnya raya Kak Ret walaupun bukan kat kampung 😃 time raya dulu dah la cuaca panas mmg syok la budak2 ni dapat terjun kolam hehe
ReplyDeleteWaaaah baguuus tempatnya kak 😍😍😍. Senanglah kalau ada resort office begini . Bgs pula tuh. Cimb tempat Raka pun ada resort sendiri di Bogor. Tp oldies 😂. Saya macam seram juga liatnya hahahaha
ReplyDelete12 orang ini kakak beradik? Sama macam mama saya , 12 saudara , mama anak bungsu. Sepanjang hidup saya, tak pernah sekalipun 12 saudara ini berkumpul lengkap 😅😅. Saking terpencar2 tinggalnya. Apalagi sekarang ada yg sudah meninggal. Tak akan bisa lengkap sampai kapanpun 😅
Sedap agaknya kue birthday aqeem nih 😉
Selamat Hari Raya walaupun Syawal dah habis.. Nak ucap juga..
ReplyDeleteSyok owh berkumpul ramai-ramai macam ini.. Meriah betul..
Okaylah tu, bawa kuih raya untuk makan sendiri.. kikiki..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com