Dah lama kenal derang...
Dari anak dara sampai dah bercucu (eh kita refer kat mereka yang tak datang)😅
Rasa dah lebih 20 tahun kan.
Rindu nak kumpul ramai ramai. Maka nya tiba tiba carneyz ajak raikan besday 'boss msjbox' also known as Laki dia la kan haha. Tambah lagi masih dalam bulan syawal, maka nya moh la kita berkumpul sambil beraya sekali.
Tema nya pot luck raya. Jadi pelbagai jenis juadah terhidang tadi dengan tuan rumah menyediakan laksa sarawak bersama kek lapis diterbangkan jauh dari Bintulu (erk betulkan dari Bintulu? Haha takut silap dengar je tadi)😅😅
Excited sangat plus kelaparan, sampai ako tersilap letak spageti bersama dengan ramuan laksa sarawak. Patut takde feeling makan laksa sarawak tapi terus rasa mcm makan laksa johor 🤣🤣
Pape pun terima kasih kepada carneyz & Jun sebab sudi jadi tuan rumah buat beraya gengKAMIE kali ni. Maybe tahun depan kita berkumpul di Joho plak kan? 🤣🤣
Missing sislin, kak ct dan juga Umie serta Kak Norz. Mereka ini antara yang tiba tiba tak dapat nak menghadirkan diri atas sebab urusan keluarga. 🥰
Ok back to tukar tukar hadiah, yup yeezza Uyum in da house!! Kemain membesar dah sekarang dia ye korang haha. Ni kalau jumpa kat jalanan konpom tak kenal kan haha.
Uyum paling excited sebenat nya bila tau ada acara tukar tukar hadiah ni. Harap 'pakcik Jun' dapat tido lena la ye dengan hadiah dari Uyum tu 🤣🤣 Bukan main susah dia nak cari hadiahnya tu haha, harap tak termimpi kan Uyum 😜
Si kenit ni anak buah nya Sodep. Rajin rajin la korang ke blog dia. Kalau nasib baik, dapat le baca celoteh si kenit nya tu. Kalau rajin lagi bole la follow kat tik tok "budakbunian" juga.
Sempat la kita buat live tadi kat tik tok😅😅
Sape yang sempat, kita hai hai la tadi kan.
Ako dapat hadiah nya dari si Shai yang diwakilkan kepada anak nya hahaha.
Meriah hadiah ko shai hahaha.... memang kesukaan si Uyum roti tu ye 🤣🤣
Walau tak ramai yang dapat join tadi, harap ukhwah kita masih kekal selamanya ye. Rindu korang..... terima kasih lagi sekali. Harap kita boleh lepak lagi.
Jangan serik ye carneyz jemput kami datang lagi.
Nota Jemari: Alhamdulilah


















0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com