Salam hujung minggu...
Awal subuh hantar MAMA uyum gi dialisis.
4 jam selepas tu pickup semula, setelkan urusan di rumah dulu. Memandangkan abang aqeem pun ada event hari itu, uyum plak nak ikut Nina ke kenduri kawen, jadinya sebelum kami keluar kena la prepare pape yang patut, sebab nak tinggalkan MAMA uyum sorang² kan.
Selesai urusan kat rumah , jam 10:40 pagi gerak la kami ke Jiwa Bukit Jalil. Sempat la pickup member opis terlebih dahulu di area pandan Indah.
Majlis kali ni meraikan anak opismet.
Lokasi katanya di Jiwa Bukit Jalil so dalam kepala hotak memang dah pikir dewan nya kat nun belah belah stadium bukit jalil ke kan. Hahaha sekali tekaan kami salah. Rupanya Jiwa Bukit Jalil tu nama dewan ye.😅😅
Terletak di dalam Hotel Kingston yang terletak betul betul tepi highway menghala ke sungai besi.
Insiden sebelum masuk dewan.
Masa kami sampai di area parking, dalam bangunan. Memang mengucap haha bukan sebab apa kebetulan ako bawa cikB aritu. Laluan parking nya memang la sempit ya amat. Bayangkan kebesaran cikB nak lalu di laluan yang ngam² je. Hahah... mula nak cuak gak sebab x nak la sampai mencederakan cikB. Alhamdulilah atas bantuan mereka yang ada di tempat kejadian 😅🤣 cikB dapat lalu dengan selamat dan tuan cikB dengan yakin dan bangga dapat melepasi segala kesulitan di tempat parking.
Sempat bergambar dengan mak pengantin. Ekceli mood macam merundum sebab dalam kepala hotak dok pikir camne nak keluar dari parking tanpa cederakan cikB.. huhu...
Rupanya kan, before tu rasa nak henpuk kepala jap gaha.... ya allah rupanya ada je parking yang mudah kat bahagian luar. ðŸ˜ðŸ˜ Dah kenapa budak yang jaga parking tu tak bagitau dari awal.
Pape pun syukur sebab berjaya menyelamatkan cikB dari luka luka. Pengajaran, sebelum ke tempat majlis, sila la riki riki kawasan sekitar terutama nya kawasan parking haha.. tak pasal pasal jadi tontonan plak cikB oleh mereka yang dijemput 😅
Nota Jemari: mood takde , jadi takde la gambar pengantin🤣




7 Comments
Sedap namanya Cik B. Nasib bukan Cik T. Alhamdulillah selamat semuanya.
ReplyDeleteAhhaha... nmpk comel je kan cikB 🤣🤣
DeleteSeronok mkn kenduri
ReplyDeleteLawa tmpatnya jga
Tempat mmg lawa tp tu la x snap gmbr sangat
DeleteCik B tu bimmer ke? Memang sakit la kalau calar huhu
ReplyDeleteCantik dewannya
Kita malaysia je wak haha...
DeleteBest nih, rezeki makan kenduri. Comel je nama kereta, Cik B ðŸ¤
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com