SARAPAN APA TU?     SARAPAN APA TU?

SARAPAN APA TU?

 

Semalam kan terbaca kat blog pizzah yang dia ada masak sambal sardin. Pastu tak silap ada terbaca lagi kat tapi tak ingat kat blog sape pun ada buat sardin ni.

Maka nya hari ni tekak pun nak la makan sambal sardin ngan lempeng kan.

Semalan kat opis tak sempat nak beli lempeng dah kehabisan. Jadinya alang alang wfh arini moh la kita masak untuk sarapan diri sendiri.

Sambal sardin versi ako suka letak cili blender kasi dia lebih pedas dan kemerah merahan gitu. Tapi ako x suka letak air asam jawa. Si gitu la rupa kejadian selepas dihidangkan.

Satu lagi favorite ako suka letak kentang goreng sebagai penambah selera🤣🤣


Ok siap untuk dimakan. Lempang plak memang ako suka yang kosong ala ala cekodok. Tak suka yang ada isi kelapa sebab macam mengganggu kenikmatan ako dan makan lempeng tu 🙊


Cari punya cari kopi dah habis rupanya. Terjumpa kopi belian MAMA uyum. Ntah kopi apa la ni ada perisa stroberi katanya. Ha jadi la ye sarapan lempeng cicah sambal sardin bersama kopi strobei 🤣🤣

Jemput makan semua.

Nota Jemari: ok bau je stroberi, rasa tetap kopi pahit ye 😅😅 ok nak tambah susu la sket.. kelat plak kat tekak ni hah

Post a Comment

27 Comments

  1. sedapnya lempeng dan sardine! morning retna!

    ReplyDelete
  2. rajinnya melempeng pepagi. Ammi kalau sambal sardin biasanya ammi tumbuk cili padi & bawang. Biar menjejes air hidung bila makan.

    ReplyDelete
  3. Lempang pun boleh la Ako..
    Adui.. tergelak tau kita baca. Potong stim tengah terbayang² kesedapan lempeng cicah sambal sardin

    ReplyDelete
  4. Wow..Sardin cicah lempeng ni fevret sy jgk ni sis=D

    ReplyDelete
  5. Ni sama style saya punya sambal sardin. Guna cili blender dan kentang goreng dulu. Petang semalam pun saya makan sambal jemput jemput cicah sardin. malas nak melempeng sebab lambat. Kalau jemput-jemput kan... dua kali goreng dah cukup untuk satu rumah makan

    ReplyDelete
  6. sedap tu lempeng cicah sardin...tk pernh rasa kopi strawberry..kalo teh strawberry penh minum

    ReplyDelete
  7. Hari ni teman wife breakfast sekali kita termakan sepinggan nasi lemak lauk sambal sotong huhuuu

    ReplyDelete
  8. Hari ini sarapan 2 keping roti canai banjir dengan teh o suam jeeee

    ReplyDelete
  9. aduh, camne ni rasa macam nak makan lempeng pulak. Kena masak sardin lagi nampaknya. Stok sardin habis pulak.
    Kalau letak air asam jawa tu macam menganggu sikit rasa sardin tu kan walaupun kurang hanyir. Suka letak asam keping daripada asam jawa untuk kurangkan rasa hanyir tu. Masak pedas-pedas..perghh sedap betul.
    Kopi strawberry pun ada ek, ingatkan teh je.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih resepnya, Kak. Rupanya makin sedap kalau ditambah air asam jawa.

    Kami di east java biasa sarapan nasi goreng, nasi kuning, nasi pecel. Kalau sarapan roti saja kurang kenyang, hahahaha.

    ReplyDelete
  11. Jadi penasaran dengan kopi herbal aroma strawberry

    ReplyDelete
  12. haaaaah~ kopi stoberi? jgn kak. i was penah minum kopi apam balik (gigi coffee) esoknya sakit perut dan insof terus. okey menu jumaat lempeng sardin.

    ReplyDelete
  13. Next level ni kopi strawberry hehe...
    Sikit lagi berjangkit la masak sardin ni dekat PH pulak gamaknya :D

    ReplyDelete
  14. Cie pun tak suka lempeng kelapa. Suka lempeng kosong je. Sedapnya cicah sardin.

    ReplyDelete
  15. Pada uncle... sadin li lawan dia memang lempeng je.. cicah best, gulung lagi best!

    ReplyDelete
  16. Cakap pasal sardin, semalam tgk kat IG ada sorang Malaysian ni kawen dgn mat salleh. Suami dia request nak pasta sardin campur petai. Tgk dia buat cam sedap je 🤤

    ReplyDelete
  17. Saya pulak suka buat sambal sardin hancur, ikut resepi Pavithra. Sesuai sangat makan dengan lempeng atau roti putih.

    ReplyDelete
  18. Alaaaa...terus craving sambal sardin plak ni...acaner ni...

    ReplyDelete
  19. sedapnyaaa lempeng cicah sardin
    fav sy juga ni
    mkn 5 keping sekejapan je 😁

    ReplyDelete
  20. SEDAPPP tu lempeng dan sardin
    kalu ciknur kena tambah sambal ikan bilis jga he hee

    ReplyDelete
  21. Sedapnya lempeng cicah sardinnnnn....langsung lapar

    ReplyDelete
  22. Saya kalah masak sardin sambal pun begini. Suka tambah Cili kering yg super pedas , diblender trus letak dalam sardin 😂. Memang mantap jadinya. Tapi untuk anak2 saya pisah lah.

    Kalau letak kentang goreng memang makin sedap.

    Aiiiih saya tak sanggub belj kopi rasa2 buah 😭🤣🤣. Kemarin beli kak, Kopi Mangga.

    Memang lah aroma dia mangga sangat, tp tetep ada pahit, dan ada manis. Saya tak sukaaa kopi manis 🤣🤣.

    Sampai skr itu kopi mangga tak tersentuh 😂. Mubazir je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi mangga?? Betul la kalau teh mmg byk perisa buah²an tp kopi kakak br tau ada perisa buah lain juga ya😅😅

      Delete
  23. Kita terbaca komen Linda di atas, ha ah la, Ako tulis lempang di atas, tapi kita terbaca lempeng juga. Hehe... rajinnya dia melempeng. Tapi memang syedap pun, cicah lempeng dengan kuah sardin pekat gitu, siap ada kentang lagi. 😋

    ReplyDelete
  24. Sedapnya melempeng! Hari tu buat sambal hijau ikan bilis. Next time bolehlah try sambal sardin

    ReplyDelete
  25. Nampak sardin. Lama pula tak buat. Sardin ni makan dengan nasi boleh, dengan roti boleh, dengan lempeng pun ngam juga.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com