Gigih la korang kena baca kisah campak belakang ako ni ye. Harap banyakkan bersabar tau 🤣
Ok back to Kampung Budaya Terengganu ni bersebelah dengan Muzium Negeri Terengganu. So kirakan besar juga la kan kawasan nya tu.
Muzium ni kitorang tak masuk. Just bergambar je kat depan tulisan tu sebab kitorang tengok macam ramai la plak orang kan. Lagipun memang niat nak jejak kampung budaya je kan. Jadinya moh la kita ke kaunter tiket.
Harga tiket masa itu la ye. Sekarang ni tak pasti harga masih sama atau ada perubahan.
Tarikan Utama
- Rumah Tradisional Bersejarah: Menempatkan enam hingga tujuh buah rumah tradisional Melayu Terengganu yang unik dan ada yang berusia lebih 100 tahun, termasuk Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, dan Istana Tengku Long.
- Demonstrasi Seni Kraf: Pelawat boleh melihat sendiri cara pembuatan kraf tangan tradisional seperti ukiran kayu, anyaman, tekat, pembuatan jala, bubu, dan penghasilan keropok.
- Permainan Tradisional: Menyediakan ruang untuk mencuba permainan rakyat seperti gasing, congkak, dan pelbagai lagi
Ikutkan sepatutnya ada je show gamelana tapi di hari kejadian takde plak. So kita snappy² je la gambar kat dalam salah satu rumah tu ye.
Hulubalang-hulubalang camni agak² masa zaman dulu laku ke tak eh? Ada ke yang nak amek derang kerja?😜🤣 Uyum pegang tombak tapi tombak lagi tinggi hehe
Ada satu laman kat tengah tengah rumah-rumah di situ. Ada disediakan pelbagai jenis permainan tradisional. Ha ada sesape pernah main relung tayar basikal ni?
Permainan tradisional yang menggunakan relung (rim/lingkaran) atau tayar basikal terpakai dikenali sebagai permainan Tayar Lereng, Kelereng Roda, atau sekadar Main Rim Basikal.
Permainan tradisional tempurung kelapa yang paling popular di Malaysia ialah terompah tempurung kelapa (atau juga dikenali sebagai egrang batok, tapak gajah, atau kasut tempurung).
Yang ini kalau 'berat' memang agak susah gak nak imbangkan badan tu😅😅 Patut guna tempurung kelapa kan tapi kat sana derang pakai macam batu? 😅 tapi kalau batu memang confirm tak leh nak angkat la kan😜
Budak-budak genz & alpha, memang confirm la memasing tak pernah pun merasa main permainan tradisional camni. Sebab tu bagus dan sesuai la korang pi menyinggah ke Kampung Budaya ni. Sekurang kurang nya mana yang tak pernah cuba tu bole la cuba macam macam permainan kat sana.🥰
Gen X & Y kalau tak pernah cuba memang rugi la 🤣🤣
Permainan Terompah Gergasi atau Kaki Lipan ialah permainan tradisional Melayu yang dimainkan secara berkumpulan di atas sepasang kayu panjang yang menyerupai terompah besar.
Yang ini memang kelakar... best kalau memasing dapat rentak yang sama kan. Tapi kalau sebaliknya memang macam macam gaya la akan terjatuh 😜
Derang mencuba tapi tak bergerak 😅😅 abaikan semua suara suara sumbang kat dalam video eh🤣..
Permainan kaki hantu ialah sejenis permainan tradisional rakyat Malaysia yang menggunakan dua batang kayu tinggi untuk berjalan.
Ok yang ini ako pun tak pernah main. Tapi selalu je tengok orang main. Macam tak berani sebab kalau jatuh mau patah kaki tangan😅😅 (itu untuk yang tak biasa macam ako, harus pikir banyak kali nak main permainan yang satu ni)
Uyum? Hahaha kita soh dia diri atas tu untuk bergambar je la.
Korang plak, ada yang pernah try tak?
Permainan gasing ni bagi yang duduk di kawasan seperti terengganu, kelantan, kedah, melaka mungkin dah tak asing lagi. Tapi bagi negeri lain, rasa macam jarang la gasing ni dijadikan permainan harian. Mungkin ada la kot tapi tak ramai yang reti main gasing ni.
Kalau tak kena cara dan teknik, ko lempar macam mana sekali pun belum tentu dia akan berputar dengan baik.
Uyum pun cakap 'susah lah!' 🤣🤣
Last aktiviti kitorang kat situ iaitu memanah. Yang ini semua pun suka, antara hobi yang mahal juga ni kalau kat luar.
Selesai sudah jelajah kami ke Kampung Budaya Terengganu. Ada rezeki boleh jejak lagi. Mungkin lepas ni kita dah boleh prektis semua permainan yang ada kan🤣🤣😜
Kemudian kami ke Pasar Payang. Tak silap masa ni pasar bangunan tu baru je dibuka menggantikan bangunan lama. Masa ni ako pun tak familiar lagi selok belok kedai kedai dalam tu so kami singgah je la kedai mana yang kami nampak dulu. Bila dah soping sikit la baru perasan di bahagian belakang banyak lagi rupa nya kedai² dan pilihan. Rasanya memang kena datang lagi ni 🤣🤣
Percutian kali tu memang takde la niat nak soping sangat. Jadinya kami hanya membeli keropok dan beberapa helai baju kaftan batik je. Kalau ikut arwah mak ako dulu, dengan pinggan mangkuk kuali periuk dulang tembaga eh bak kata semua nak dibelinya 😅😅
Haha sebab kami pun naik flight je kan jadinya idok le nak membeli piuk kuali bagai kan.
Ok next nanti lewat petang kita ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu plak ye. So tunggu next entry😉
Nota Jemari: trip kali ni bukan trip jalan-jalan cari makan ye jadinya ako pun takde la snap gambar kedai² makan yang kami singgah😁 kecuali signboard je la haha
Kami lunch kat sini.... sedap gak! Boleh masuk list la kalau nak pergi lagi 😉























29 Comments
Menarik juga kampung budaya Terengganu ni. Tak pernah pergi walaupun dah banyak kali ke Terengganu. Tengok TB sis ni rasa nak pi holiday Ganu la.
ReplyDeleteBest... tu 2 thn lps ..skrg maybe byk dah improve la kot confirm lagi menarik kan... gi la cie if ada peluang
Deletebest kak, best. mengimbau kenangan zmn kita dedolu. menarik ni.
ReplyDeletekaki lipan tu laaa, hahaaa selalu ada jika sukaneka. rasa penat ketawa banding rasa nak menang.
Hahaha betul tu cha.. part gelak tu ya allah mmg sampai ke sudah hahaha.. gi la ajak hubby tganu buat healing² ngan anak²
DeleteTq share. Kita pun tak tau ada Kg Budaya dekat sana. Nanti boleh try. Bagus disediakan permainan tradisional gini, dapat jugak anak² zaman sekarang cuba. Dalam banyak² tu, PH suka kasut tempurung la. Seronok kitorg main kecik² dulu. Siap berlumba :)
ReplyDeleteKan kitrg pun google² aktiviti kar KT terjumpa kg budaya ni terus tertarik menyinggah... haha lawak kan permainan dolu² juga best sbb interaktif ngan orang xde la asyik dok hadap hp je kan
DeleteAla, tak perasan pulak kampung budaya ni. Pergi Muzium tu je. Menarik juga eh kat sini banyak aktiviti. Relung rim basikal tu tak pernah tahu pulak tapi kalau main terompah tempurung kelapa tu pernahlah. Syok pergi ramai-ramai macam ni sebab boleh main sama-sama dan berlawan gitu. Aktiviti menganyam tu saya suka tapi kalau nak kena spend masa lama, macam malas juga. hihihi..Kalau naik flight tu memang tidak lah nak membeli macam-macam kan. Jenuh nak mengangkut.
ReplyDeleteHaha tu la masa pergi tgk mcm x ramai yg tau tmpt ni. Sayang kalau tak de promosi besar²an sbb ni bole jadi tarikan utk pelancong tempatan dan luar juga. Sesambil mengimbau kenangan zaman kanak², mengajar bdk² skrg ni permainan tradisional..
DeleteSeronok lah tmpt ni sis.Aduhai..Kena masukkan dlm wishlist ni =D
ReplyDeleteHaha sila sila masuk kan dalam list.. bagus utk anak² kenal rumah² melayu lama, permainan tradisional
DeleteMcm2 permainan seronok ni xtvt
ReplyDeleteGanu memang besttt kan
Tak abis nk jelajah mcm2 tmpt menarik disana
Btul tu ciknur... ikutkan byk lagi tmpt dan aktiviti boleh buat kat sana cuma masa je la x cukup 😅😅
DeleteTerengganu ada banyak sangat tempat yang KSarie tak pernah jejak kaki lagi. Menarik semua permainan tradisional yang ada di Kampung Budaya ni. Kena masuk dalam list kalau berjaya merayap ke sana nanti
ReplyDeleteHahah wajib pegi kalau ksarie dah sampai sana k....
DeleteOOoo... bahan pameran macxam gamelan, lembing tu dia bagi kita main-main eh? Ingat hanya untuk pameran je....
ReplyDeleteMasa kami masuk rumah tu takde sape jaga n xde signage yg tulis dilarang pegang so kami pegang je la 😅😅
DeleteKampung Budaya Sarawak pernah pergi tapi yang Terengganu ni belum lagi. Wahhh ada permainan tradisional la.
ReplyDeleteMenarik juga Kampung Budaya Terengganu ni, boleh masuk senarai kalau ke sana 😍 Lagi best bersebelahan Muzium Negeri, sekali jalan boleh explore budaya dan sejarah Terengganu.
ReplyDeleteSuka masuk Muzium Terengganu, unik senibina nya.
ReplyDeleteBiar lambat asal tersimpan di sini sebagai memori di masa mendatang.
ReplyDeleteLain daripada lain aktiviti Kampung Budaya sediakan. Haha seronok mencuba bagi yang belum pernah main.
ReplyDeletenak main rim tu kena tanah rata juga
ReplyDeletedulu bebudak main kat court badminton dpn balai raya sbb situ je permukaan yg rata hahhaa
bagus usaha kampung budaya ni
ia lebih daripada sekadar 'sebuah muzium' dan tempat lawatan
sy tak pernah smpi sini lagi
kalau smpi nnt kompem ralit sy dok kat sini hahaha
Langsung saya SAVE tulisan iniiiiii ❤️❤️❤️❤️❤️
ReplyDeleteSebenarnya kemarin baru baca museum Terengganu dari tulisan kak SA. Tapi rumah budaya nya lebih menarik jugaaaa. Ada makanan zaman dulu, dan saya dah lamaaaa nak coba main Enggrang atau kaki hantu 😍😍😍😍. Hahahahah penasaran.
Alhamdulillah lihat harga tiket untuk foreigners ternyata murah. Tak lah sampai Rm100 macam yang di Johor itu 😅😅🤭
Memang tak masuk saya kalau 100 ringgit 😭😂
Baru kot Kampung Budaya ni. Sebab tak pernah dengar sebelum ni. Seronok baca trip Ako ni, rasa nak drive ke sana esok 😍😍
ReplyDeletebest cuti2 trg! MZ selalu lalu trg ni kalau balik kelate via LPT...kami pernah jugak cuti2 ganu last few yrs...beria nak flight hahahah (Sbb menang contest dpt tix flight domestic)
ReplyDeletebaru tau jugak kat Terengganu ada kampung budaya. Boleh masuk list kalau nak jalan2 ke sana lagi.
ReplyDeleteSha baru tahu ada Kg Budaya ini.. Lama betul tak gi Terengganu..
ReplyDeleteBest kalau cuti ramai anak sedara gini.. ada juga pengisiannya, ni kalau aku semua dah remaja, memang idakk laa kan nak bawa sini ermmmm
ReplyDeleteGreat post! It looks like a really interesting place to visit. It’s neat that they have so many traditional games and craft demonstrations for visitors to try out. Thanks for sharing your experience!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com