, ,

MyEG oo MyEG

Road tax ako akan mati pada 13 Mac ini. Baru2 ni ako dah renewkan insuran. Memandangkan ako punya geran kete ada kat johor maka nak renew roadtax konpom la amek masa seminggu gitu. Dok bermalas2 nak gi ambank alih2 kawan sebelah soh terai renew roadtax kat myEG. Ooooo pernah gak dengar tapi camne leh terlupa ek?! iskk....

Pagi semalam ako online la di myEG. Isi pape yang patut. Senang sungguh x yah penat nak terkedek2 gi JPJ. 

Tup-tup petang semalam juga ako dapat pesanan dari unit mel. Katanya ada surat untuk ako. Aikkkk memang la b4 ni slalu gak ako buat urusan di unit mel tapi setahu ako semalam, ako x de la plak order pape. Tapi memang surprise la sebab roadtax ako dah siap! Perghhh...... ok ok ako memang x tahu eh b4 ni renew thru myEG sangat2 la mudah dan cepat.

So kengkawan, pasni x yah susah2 lagi. Sumer boleh dibuat di myEG. Syabasss!! I like!

Nota Jemari: suker bila sesuatu keje dipermudahkan
Share:

4 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.