Followers

Tuesday, June 22, 2010

'Kecoh Betul' arghhh!!!

Yeehaa angre angre!
Welkam back dari alam percotian.
Huh, ghase cam malas gitu kan tapi klu x keje kang mana lak nak cekau duit, ye tak?!
So, nari harus gagahkan diri tuk semangat datang bekerja.

Sabtu kenduri, pastu mmg flat arr, penat giler!!
Tapi ahad bole plak bersokaria kejap.
Ala bukan buat hape pun, just releks kan kepala hotak jer.
Kowang ingat tak lagi family day department ako yang lepas?
Then ako dapat tiket wayang FREE khas tuk orang-orang SINGLE?
Maka, ahad yang lepas berpeluang la ako nak menggunakan tiket tersebut.
Tiket nya dari GSC, jadi ke Midvalley saja ye arah tujuan menonton wayang.

Niat di hati mau layan filem 'Lagenda Budak Setan' (LBS) tapi memang setan betul arr. Ghamai pulak umat manusia di ketika itu. Padahal, ako sampai kat sana bukan la waktu tengahari atau petang tapi di waktu pagi ye kawan-kawan. Punya la ghase nak menjerit jer tengok orang yang terlalu ramai siap beratur mahu tengok wayang juga. Aduhhhh ni bukan nya boleh rileks tapi menambahkan lagi tension dan stress ada lah!!

Ok ok sebab hati gedik2 gak nak tengok wayang, so nak tak nak kena la beratur juga kan.
Tengah-tengah beratur, ada annoucement dari GSC. Pada yang nak beli tiket-tiket wayang (sesetengah filem je) boleh la beli kat kaunter Gold Class. Memandangkan filem LBS ada dalam senarai maka ako pun terus ajer ke kaunter gold class.

Seribu kali sayang, waktu tayangan yang ada tidak menepati citarasa ako.
Nak layan filem yang lain, ermm macam x berminat. Sudahnya tak pasal-pasal terpaksa juga la beli tiket tuk filem 'Kecoh Betul'. adussss memang bongok betul arr tengok citer nih!!!!

Ha memang sesuai arr dengan tajuk filem tu, kecoh betul!!!
Ntah pape jer jalan citer nyaa...
Ako ghase cam nak menangis layan filem ni.
Adehhhh sengal, citer paling terhape-hape jer.
Makin serabut kepala hotak ako dibuatnya!!!

Ako tak cakap ako tak layan filem melayu cuma ermmm tak tahu la nak komen camne.
Kecoh! Kecoh! Kecoh!
Yang pasti memang rata-rata penonton adalah orang MELAYU sesajo dalam panggung tu.
Eeee tak paham ako nape musti layan filem nih???!!!
@#$$$%$%%* arghhhhhhh tension weiiii!!

Frust arr tak dapat tengok LBS!! huwaaaaaa, walau ada yang cakap tak best, ako tatap nak ghase dan lihat sendiri kehebatan filem tu.

Nota Jemari"filem yang paling lucu?" erkk lucu kah? Konpius jap

2 comments:

ch@ said...

tak penah tgk pun, iklan filem ni kat TV? erm...

AKO @ retna said...

ala hero dia Nabil raja lawak ngan heroin dia Diana Danielle.. plus ramai pelakon-pelakon baru..

Saiful Apek just penyeri jer..