"I Love You too"
Satu ungkapan yang sinonim dengan owang-owang zaman skrg nih.
tapi klu disebut; "Aku juga cintakanmu" .. erkk tak ke janggal bunyinya tu.
Ha.. itu lah yang cuba diterangkan oleh penulis buku Badrul Hisham Shari dalam buku yang bertajuk, "I Love You Too!!"

Sangat ringkas dan padat ayat-ayat bahasa yang digunakan dalam buku ini. Seolah-olah ko sendiri berada dalam situasi yang cuba disampaikan oleh penulis. Kisah-kisah yang ditulis memang bersangkut paut dengan kisah harian dan kehidupan owang-owang zaman skrg nih.

Ako baru je baca hingga ke mukasurat 14. Itu pun sudah membuatkan ako tersenyum sendirian. Seolah-olah apa yang tertulis mengenai batang idong ako sendiri. Well, memang apa yang cuba disampaikan oleh penulis kadang-kadang memang terjadi dalam kehidupan seharian kita skrg nih.

Kenapa Tak kahwin-kahwin lagi?
Kahwin ke tak? Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Silap langkah, kahwin bawa bala. Tapi kalau tak kahwin apa pula orang lain kata? Hai masalah betul jadi perempuan ni!!

Muahahaha.... 
Baca-baca dan tengok kartun yang ada dalam buku ni.. hahah kadang betul juga kata penulis.
Mostly pompuan ni menunggu agak lama untuk menemui Mr Right nya. Kadang-kadang ako terpikir gak, kenapa kita lambat kawen? Adakah sebab menunggu Mr Right seperti kata si penulis atau pun sekadar takut pada keadaan perkahwinan skrg yang kebanyakkan kita lihat slalu saja bermasalah? Klu kowang tanya ako, pasti ako jawab , "belum ada jodoh" atau paling-paling pun ako jawab, "no komen".

Ini baru sedikit, banyak lagi kisah-kisah menarik dalam buku nih.
Oppss buku ni bukan berceritakan hal-hal pompuan sahaja, malah dalam buku ni ada juga kisah-kisah menarik tentang lelaki, keluarga, anak, serta bakal mertua.

Cuba lah kowang baca, pasti menghiburkan dan serba sedikit dapat dijadikan panduan untuk diri sendiri. Cara penyampaian yang sangat-sangat bersahaja, tulisan huruf yang simple dan diselitkan ilustrasi kartun supaya kowang cepat paham dan x buhsan.

Pau ni sangat gebu kan?!
Opss aiyak entry disudahi dengan pau yang gebu..
Nikmat!!
 
ps: maaf ye kengkawan, kerna pau itu bukan ako yang beli, ada orang yang banjer *wink*
 
Nota Jemari: tak sabar nak tamatkan buku ni... apakah kesudahan kehidupan kita?