Abesh je kenduri sabtu lepas, terus ako vrroommm ker Jay Bee. Niat nak menyinggah ke Sedenak tapi apakan daya, masa dan keadaan tak mengizinkan. Sowi la ye mat, maybe lenkali ako buat appointment dengan ko. Yang pasti kek eskrem vanilla ko memang kelaasssssss!!! I like!! *psstt kek besday ako tarak kah? :p*

Sampai di Bukit Indah lebih kurang jam 6:50 petang. Ekceli patutnya ako bole sampai kat sana awal tapi ntah macam mana tersalah masuk simpang dan tak pasal2 terpaksa la ikut jalan jauh sket nak masuk area bkt indah. Penat dan penat dibuatnya!! Penat tak penat bakang citer, janji malam tu lebih kurang lepas maghrib kami sumer terus vrooomm ker Pandan City untuk bertemu dengan kak CT sekeluarga.

Memasing dah malas nak melepak tempat lain, maka gerai-gerai di situ menjadi pilihan kami melepak. Ditambah plak sekarang ni kan tengah musim bola, so lagi ramai la umat-umat manusia yang melepak sambel dok layan bola kat skrin besar yang disediakan di situ. Walau ako bukan spesis yang meminati bola, nak tak nak kasi layan juga la tengok ngan derang kan.

Tapi daripada ako melayan bola, mata ako lebih tertarik nak melayan abang rockers berbaju merah dihadapan kami itu. Memang klu tengok dari belakang, ok la kita bleh agak pasti abang 'rockers' itu betul2 mmg meminati aliran rock. Memang tiada apa yang menarik tentang abang rockers cumaaaaaa......

Ako tak tahan tengok kasut yang dia pakai. Adehh.... abang rocker oo abang rocker, banyak-banyak kasut takkan la sampai kena pinjam kasut bini!!! Wakakkakka... memang tak agak2 OK. Mau tak tergelak nak guling-guling kat situ tapi harus la kita kena kontrol lobang idong. Kang gelak lelebih terkena lak kat batang sendiri. oppsss maksud ako batang idong sendiri.. ishhh!!

Ini pulak kisah keesokkan harinya. Hujan yang lebat membuatkan ako terpaksa menagguhkan niat untuk pulang ke kolumpo. Jam 4 petang masih setia menanti di bukit indah. Hati serba tak kena, mahu pulang jam berapakah ako ini?? Dan tak pasal-pasal akhirnya terpaksa mengekori mereka berjalan-jalan terlebih dahulu. Waktu itu hujan sudah pun berhenti.

Jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang. Ke mana sahaja la mereka mahu pergi? Apa la yang dicari di pasar waktu petang-petang begitu???

Laaaa mahu panaskan badan ghopenyer. Memasing mengidam mahu makan doghian. Ako pun dah lama x makan nih. Klu nak makan kat KL sengsorang, memang jangan harap la kan. Pape pun terima kasih la kat en sabar ye sebab bertungkus lumus belikan, carikan buah yang sedap dan lazat lemak berkrim pasti disukai ramai itu. hahahaa

Dah dapat makan, amboiii tak pandang dah kiri kanan depan belakang.
Tapi siyes memang puas kan makan doghian ramai-ramai macam ni. Sonok dan kepuasan yang penting. Tengok ajer la 'kakak-kakak' berdua tu bila apa yang diidamkan terlaksana sudah. Ewah-ewah makan tu ingat-ingat sket owang sekeliling.


Ha tengok tu..
Sape yang melantak lebih tu weiiii???!!!!!!

Dan yang pasti anak dara berdua ni memang tak pandang langsung. Al-maklum mahu jaga sore ek. Kan lepas panaskan badan, kami reramai panaskan sore pulak.

Dek ikutkan mereka, tak pasal-pasal ako sampai KL tepat jam 2:15 pagi keesokkan harinya. Aduussss nasib badan!!

Nota Jemari: thanks a zillion to ALL