Maaf ye hampir seminggu berlalu kisah perkahwinan adik laki nan satu nih.
Nak buat camne kan, masa dan mood yang kurang mengizinkan untuk terus berkongsi cerita.
Ok sementara mood dah datang, ako hapdet la mana-mana yang patut dulu kan.
Majlis pernikahan telah selamat berlangsung di Batu Pahat pada Sabtu, 12 Jun 2010 yang lepas.
Maaf kami agak kelewatan sedikit atas sebab musabab kecil.
Harap mereka yang berada di sana memang sabar menanti la ye.
Jam lebih kurang 9:15 pagi rombongan pihak lelaki tiba di lokasi kejadian.
Walau belum terlewat untuk majlis bernikah, namun tok kadi sudah siap menanti.
Maaf sekali lagi pada yang tak jemu-jemu menanti kedatangan kami.
Jemputan buat mereka untuk turut bersama meraikan majlis bernikah sangat-sangat dialukan.
Terima kasih kerna sudi meramaikan suasana dan memeriahkan majlis dengan kedatangan kowang sumer.
Suka pada pelamin yang SIMPLE macam tu. Walau simple tapi tatap nampak menarik di mata ako.
Acara akad nikah diteruskan. Alhamdulilah dengan sekali lafaz, dia sudah menjadi suami orang.
Lepas ni banyak lagi tanggungjawab kena pikul. Harap-harap dia akan melaksanakan segala amanat dan tangungjawab dengan baik dan sempurna.
"psstt Linda, moskel tau, awat awak plak yang sedih lelebih tuh?" hehehe
Selesai akad, acara penyerahan anak pulak berlangsung. Jarang owang akan buat sebab waktu kakak ngan adik ako kawen dulu, takde plak mak abah ako nak buat acara serah anak nih. hehehehe, so kita kasi layan ajer k suasana sepi dan hiba itu. "erkkk hiba kah?"
Dan akhirnya selesai sudah majlis pernikahan di sebelah paginya.
Jemputan dijemput menjamu selera selepas itu.
Makan memang ako suker! hahaha...
Alamak lupa lak nak snap gambar air 'hasil jualan' tu kan?!!!
Pape pun, TAHNIAH untuk kowang!!
Pasni giliran ako plak ek? gurlpp....
Nota Jemari: yuuhuuuu anyone nak kawen ngan ako?? lalalal
3 Comments
e'eh..majlis penyerahan anak?? mmg sedih taw..aku dulu pun teresak2 sayuuu..walaupun pilihan sendiri.hehehe
ReplyDeleteoh ye ker? hehhe sbb family ako even sedara mara pun x buat serah anak ni hehhe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com