Gedegang...
(kowang bayang kan aje la bunyi kaca jatuh)...

Jatuh berderai jam tangan yang bakal dijadikan hantaran.
Gurlpppppp!!!
Memasing dah gelabah. Mampos mana plak nak ganti memalam tu kan. (oo insiden itu adalah pada malam semalam).

Kisahnya ako mahu tengok jam yang bakal dijadikan hantaran itu. Tapi ntah mana silapnya, tak sempat nak tengok, baru je nak buka alih2 jam terjatuh ke lantai. Adusss gara-gara tindakan rakus tak pasal-pasal siang tadi kena la korbankan uwang ringgit tuk gantikan balik.


Nak repair memang dah tak sempat la kan. Sabtu ni dah nak bagi sebagai hantaran. Dan tengahari tadi jenuh la juga nak mencari yang serupa tapi harapan je la kan. Takde nya dapat yang sebijik ngan yang asal. Ako beli juga la yang ala-ala camtu gak. Ermm tang rege tu leh tahan gak arr.... Melayang gak ar RM RM RM.

Banyak sangat pilihan. Ikutkan hati ako, nak je ako beli kaler MERAH. hahahaha tapi kang terperasan plak dek bakal pengantin. Maka ako beli mengikut citarasa warna dan bentuk beliau.

Kowang rasa ako patut senyum ker sedih ker masam ker marah ker apa ek??
Yang pasti gigil juga la nak mengeluarkan beberapa keping not RM50.
Walau bagaimana pun, jam yang berderai tu tatap akan dihantar untuk dibaiki.

pstt ako ghase kan bila jam yang asal dah baik pulih, ako nak minta tukar. Erkk korang rasa ok tak ek? hehehhe....

psstt... mahal wooo yang ako beli tu. Hampir suku gaji ako. *wink*

Nota Jemari: Lenkali kena hati-hati kan..