Salam pagi sabtu yang mendung.

Hujan pagi ni. Mungkin hujan RAHMAT, alhamdulilah.
Awal pagi dah kena bangun.
Jam 9 pagi dah kena gerak ke masjid untuk upacara akad nikah.
Sumer berkumpul di masjid dan tepat jam 930 pagi acara pernikahan berlangsung.

Pernikahan dilakukan sendiri oleh ayah pengantin pompuan.
3 kali klu x silap ako akad nikah dilakukan.
Tak tahu apa yang tak kena dimata dan tinger para saksi.
Namun, akhirnya selamat juga bergelar suami dan isteri.
AMINNNN.

Menjadi adat upacara membatalkan air sembahyang.
Bertukar-tukar tanda.
Seutas gelang pemberian suami tercinta.

Dan dibalas sebentuk cincin daripada isteri disayangi.

Disudahi dengan adegan bersalam-salaman sesame laki-bini.
Sambel disaksikan oleh berpuluh-puluh anak mata.

Disulami ciuman di dahi oleh sang suami buat si isteri.
Para tetamu mengusik dengan gurau-gurauan.

Dan yang pasti para lelaki sekadar memerhati.

Yang terlalu nyibuk, para pompuan.
Alahaaaaiiiii...................

 Terjawab sudah, arahan sultan Johor tak membenarkan pernikahan dilakukan di masjid.Lihat sahaja lah aksi-aksi mereka. Walau ianya sepatutnya adalah majlis BAIK namun terlalu mengikut ADAT, sampai terlupa tatasusila dan adab bila berada di rumah ALLAH.

Selamat Pengantin Baru buat sepupu ako,

Norlailawati bt Abu Bakar & Syahrul Isnahar b Naam



Nota Jemari: Bagus juga ek arahan baginda...