, ,

Bangi Kopitiam @ Batu Caves

Semalam lepas setelkan urusan si putih, melepak arr ako kat tempat ni.
Sesaje ekceli nak cari wifi free.. Dah lama sebenarnya nak melepak kat sini tapi segan sengsorang.
So, dah alang-alang semalam ako cuti, mengajak la adinda-adinda kat umah tu untuk lunch di sana.

Pernah la juga dengar kopitiam nih.
Tapi sebab nama pun Bangi so konpom la yang branch utama nya di Bangi sana nun...
Bila dah ada kat area umah ako, dekat-dekat ngan kawasan perindustrian Batu Caves, maka terus tak lepaskan peluang melantak kat sana.

Makanan kat sini biasa-biasa jer la..
Nama pun kat kopitiam so kowang leh bayangkan la jenis makanan kat sini ya.
Nasi ada, mi ada, roti ada yang penting KOPI ada eehehe..
Harga pun standard la ye harga kedai2 kopitiam ni..

Meja tu nampak biasa jer kan.
Tapiii..................

Cuba kowang pandang ke bawah..
Taadaaa.........
Kaki meja tu adalah bekas kaki mesin jahit dolu-dolu..
Memang setiap meja kat situ dibuat daripada mesin jahit.
Cuma ada la beberapa meja biasa kita lihat macam dalam gambar bawah nih.

Memang boleh dikatakan bahan-bahan dekorasi nya adalah daripada barang-barang lama.
Nampak tibi lama kat belakang kusi meja tu?
Skrg klu ada pun kat umah-umah konpom jadi perhiasan jer kan ;-)

Dinding kedai tu pun terhias gambar zaman dolu-dolu...

Kami duduk di bahagian yang beraircon..
Klu tak nak duduk tempat sejuk, leh ar duduk kat bahagian luar.
Memang tenang arr melepak kat sini.
Lepak lelama pun x de orang kisah.

Nampak gaya lepas ni klu ada peluang, slalu la ako menghabiskan masa bertenet kat sini ya.. ;-)
Pada kowang yang duduk kat area batu caves/batu muda, kedia ni terletak sederet dengan Pejabat Pos Laju Batu Caves. Kedai nya kat korner, senang je nak cari..

Share:

2 comments:

  1. Yeee...lepas ni pastikan ko bwk aku minum kopi kat sana..
    dn juga aku akan bwk lappy aku bila ke rumah ko..hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha oraitt tarak hal... best!! ahhaa

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.