Followers

Monday, November 15, 2010

RUMITNYA MEMAHAMI HATI NURANI SEORANG WANITA

Ako dapat dari email..
Kelakar pun ada..
Tak tahu plak camni ghopenyer hati wanita.. Eh eh ye ker? Tapi meh kita kaji dulu ya..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Laki talipon,

"Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?"

Bini jawab,
"Takmau bang, bini awak diet.."

Laki pon balik umah, goyang te*o tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
"Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii"....

Bini jawab,
"Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr...."

*Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?*

-----------------------------------------------------------------

Laki talipon bini,
"Petang ni awak nak masak apa Yang?"

Bini jawab,
"Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah"

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...

Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
"Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!"

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

*Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?*

----------------------------------------------------------------

"Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih"

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok anak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
"Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?"

----------------------------------------------------------------

"Bang, ujung mingguni balik kampung nak?"

"Abang keja lah yang...."

"Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik."

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

"Abang bila nak balik ambik kitorang bang?"

----------------------------------------------------------------

"Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang..."

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

"Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? Kenapa spender ni awak lipat tiga? Kenapa? kenapa? kenapa?"

---------------------------------------------------------------

"Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju... Bini abang nak mandikan anak yang sorang lagi...."

"Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?" <--- laki tanya

"Alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul tu...Pakaikan jerlah baju mana-mana pon. Bukan ada org nk tengok ponnn..."
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha..."
 
Kesimpulannya, sebenarnya apa yang kuar dari mulut pompuan ni, bukan itu yang dia mahu. Malah klu dia cakap A, ekceli dia nak perkara B yang berlaku.. So owang lelaki, sila memahami betul2 ya hati seorang pompuan ni haha... erkk ako macam tu tak ek??? *jeling jeling manja...*
 
Nota Jemari: Peel lelaki macam mana ya?

12 comments:

cha said...

lelaki simple ada lelaki yg suka bila perempuan berterus terang dgn dia, lelaki yg berkarisma, akan faham bila perempuan menggunakan bahasa sindir. =)

AKO @ retna said...

ch@,
wow lelaki berkarisma je ek yg paham isi hati pompuan... i like! ehehe

fieyda said...

hehehehe entry ni mmg mcm akak jerk...
kuang kuang kuang

AKO @ retna said...

kak fieyda,
hehehe rasa mostly pompuan mcm ni kot hehee ;-)

mekchu said...

sib baik aii feremfuan.. feremfuan senang nak faham feremfuan.. omg..

AKO @ retna said...

hahaha ya betul pompuan tahu pompuan... tapi ye ker? hahaa

shay said...

apa yang pening nak faham... simple je tu kan...

AKO @ retna said...

shay,
hahhaha tu kena tanya pada lelaki la kan :p

aku mama chami said...

sebenarnya lelaki tak faham bahse kiasan nih. klu ada ape2 ckp direct je. bg diorg pompuan ni complicated..hehehe

AKO @ retna said...

mama chami,
hhahaha complicated ek kaum pompuan nih??? kdg2 pompuan tu penuh dengan keMALUan so tu yg dia segan nk cakap direct hehehe bukan apa takut nnt jawapan dari lelaki bkn seperti yg diharapkan haha

farhana_aziz said...

hahahahaha..gelak besar!

sebijik la kak..memang pompuan macam tu kot.hehe.ambik ko kena batang hidung sendiri.kuang3.

AKO @ retna said...

hahhhaa kan kan :p