,

Dapat 'DURIAN' dalam dusun je la

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Koperasi BNM telah mengeluarkan cek pemulangan lebihan potongan  gaji tuan/puan yang berlaku pada bulan Jun 2011.
Sila datang ke Koperasi untuk mengambil cek tuan/puan dengan secepat mungkin . Bagi ahli-ahli yang berada di cawangan, tuan/puan bolehlah menghubungi Koperasi ( Puan Suzana -Samb.8631) atau e-mail no akaun tuan/puan kepada zanakoop@yahoo.com  untuk urusan mengkreditkan cek tersebut ke akaun tuan/puan.
Sekian harap maklum dan terima kasih

Yahaya
Koop BNM


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila kowang dapat email bertajuk "Cek Pemulangan Lebihan Potongan Gaji", konpom excited terlebih-lebih kan?!! Apa taknya, kira macam durian runtuh la gitu. 

Time-time takde duit, alih-alih ada orang nak bagi cek.
Mau nya tak excited!!!

Gigih la berlarian, berkejaran dan berterbangan 
(walau tipu je pun tapi ibarat di awangan gitu bila sebut duit), 
menuju ke kooperasi opis ako ni.

Ermmm............ dapat dah!
Cer kowang tengok.

Terus cam gedebuk terduduk jap bila tengok an jumlah yang lebihan derang nak bagi tu.

Dah dah malas nak citer lelebih ...
Konon nya nak dapat 'durian runtuh', terus jadi 'runtuh luluh' sanubari ni...
huwaaaaaaaaa...............

Ok ok kena bersyukur juga walau .....
Alhamdulilah, tak dapat beli doghian, beli aje la roti perisa doghoyan kan...

Terima kasih, klu ada lebih, lebih dan lebih, jangan lupa kasi lagi..

*tunduk dan berlalu pegi dengan hati yang sayu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yeay!
Yeay!

Dah dekat dah...
Tak sabar 'balik kampung'!

Ha 'balik kampung' ni dapat la juga makan doghian.

Jadi la kan daripada tak merasa langsung..

Ok ok siap dah signbod untuk sabtu ni.
Klu kowang terlalu ke jalan sg lui, hulu langat,
ternampak plak signbod ni,
lambai-lambai la kami kat dalam dusun tu ye.

Nak ajak makan sekali, erkk bukan dusun ako,
so pepaham sendiri je la ye.
hehehe *wink*

Nota Jemari: semangat hilang ke mana?
Share:

5 comments:

  1. heheh :D ok la tu ret...lepas beli mekdi utk lunch :D

    ReplyDelete
  2. Retna..balik kampung lagik best..tak moh cheque.......

    ReplyDelete
  3. Erin,
    aha bole la kan,
    janji dapat belanja makan :p

    Ila,
    ala nak dedua tak leh ek :p

    ReplyDelete
  4. Wei..soploh hinggit tu boleh beli la..durian satu peket...hehehe

    ReplyDelete
  5. ala doghian soploh hengget kecik2 je huhu.... :p

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.