Followers

Saturday, September 3, 2011

Raya 2011 bagi KAMI

Selamat Hari Raya!
Wah memasing masih dalam mood beraya lagi gamaknya.
Ako???
Ermm... dah takde dah.
Sebab budak-budak kecik sudah pulang ke 'sangkar'.
Jadi ada sunyi sket kat umah ni.
Otomatik mood nak beraya tu macam slow arr sket.

Pagi raya, sibuk menyiapkan budak-budak kat bawah nih.
Terutama sekali yang si abang tu.
Excited terlebih, dah tak sabar nak pakai baju raya.

Tema derang kaler hijau.
Dek memandangkan baju raya ako yang gedabak tu, so terpaksa la cari alternatif lain untuk beraya.
Tu yang tak pasal-pasal boleh tersama plak hijau ngan tema derang.

Budak atas ni memang dari malam raya lagi dah tak sabar-sabar nak bergaya.
Menten ok, bergambar PEACE kat mata tu.

Encem juga budak gumuk ni.
Hahahha... kan encem klu pakai lengkap macam tu.
Tapi kejap je dia nak pakai sampin, pastu abesh je bergambar terus dipaksa nya kita buka sampin tu. Rimas lagaknya. Aisshh....

See!!
Hilang dah encem nya tu.
Togel je rasa baju tu kan?!

Nak wat camne, klu tak buka, mau menjerit-jerit melalak sampai satu taman bleh dengar.

Adoiyaii... berat betul budak ni la.
Baru 3 tahun dah 18kg.

"Oh NO!!!!"
ABINN........ pasni kena gi joging tetiap pagi ye.
Tu dah nak masuk kategori obes dah utk budak baya dia.

Si adik menten comei-comei gitu.
Adik pun bakal nak membolat lagi tu.

Eh eh aunty nana pun sama bolat la skrg ni.
Gurlpp..... huwaaaaaaaaaaa

Raya pertama kami berempat.

Raya pertama kami hanya ke selayang, beraya ke rumah PakTeh.
Malam ke Gombak, beraya umah PakChik plak.

Bila ada budak kecik yang cepat sangat tak reti nak dok diam, harus la macam payah nak beraya banyak rumah. Tambah plak klu budak tu pantang panas sket, konpom meraung tak henti2.

Aiyaakk...
Abin, tahun depan kita raya berdua je la.
Susah kan bawa adik.
hehehe... 

Raya kedua, kami beraya bersama-sama.
Sumer pakat balik serentak.

Cuma tak cukup korum..
Klu lah mak ngan abah ada....
huhu

al-fatihah

Raya kedua kami ke Klang.
Kemudian ke Kelana Jaya.
Malam nya kami ke taman Rowther je.

Walau tak banyak rumah tatap rasa nak fengsan.
Perjalanan satu tempat ke satu tempat je dah amek masa.
Klu dah melepak reramai harus la lama kan.
Jumpa setahun sekali, konpom berborak sampai tak ingat waktu nak balik.

Tahun depan masing-masing dah besar.
Harap-harap takde baby yang bakal kuar lagi.
hahaha.. senang sket nak jalan raya tanpa baby.

Hi semua!
Kami adalah sepupu.
Kami adalah sebaya.

Hi, nama saya Aqeem.
Helo, nama saya Rayyan.

Sorang lahir bulan 3, sorang lahir bulan 7.
Dah nampak sama besar plak kowang ye.
Cepat-cepat besar lagi.
Senang aunty nana nak hangkut sumer sekali jalan sesame.

Raya keempat kami pulang ke kampung di rembau, N9.
Kali ni ramai plak cousin-cousin tak dapat join sama.
Al-maklum memasing nak kena beraya ke rumah 'orang sebelah'.
Dah ada family baru la katakan. hehhee...

So mana yang bole join, macam biasa kami konvoi la beraya ke umah sedara mara di sana.
Memang tahun ni agak kelewatan plak kami pulang ke kampung.
Sumer sedara mara dok sakan menunggu kami pulang raya pertama dan kedua.
Nak buat camne, kami tersilap planning.

Tapi alhamdulilah, kami balik juga jenguk derang.
Bukan kami dah lupa.
Walau sibuk macam mana sekali pun,
walau jauh macam mana sekali pun,
kami tetap akan balik kampung juga,
walau uwan ngan atok dah takde pun lagi.

Opkos, cucu-cucu dia akan sentiasa pulang ke kampung juga.
ater memasing dah rindu kenangan beraya waktu kecik-kecik dulu.

Klu masa boleh putar balik......

Ok, so camne raya kowang plak?
Pape pun Selamat Hari Raya sekali lagi.
Maaf zahir batin.

 Sorry la pada yang menjemput datang open house, x dapat nak penuhi. 
Maybe lenkali ye, insyalah ;-)

Nota Jemari: x syiok nak jalan raya sengsorang

11 comments:

fatt said...

raya aku thn ni ok le cuma tak brp best sbb kazen yg kamceng dgn aku dah berlaki, plak tu baru terberanak..lagila dah takleh nak kamceng sbb dia asik dgn anak, pastu nak sembang pun aku dah tak reti sbb citer dia sume psl anak..haih. boring tul. kan....ko rasa tak, kdg2 klu org dh kawin ni dorg mcm dah jadi lain? ke aku sorg je rasa..huhu

sonata anak kancil said...

selamat hari raya - maaf zahir batin

AKO @ retna said...

fatt,
betul2... hahha ako dah lali dah , mmg bila derang dah kawen ni otomatik jadi lain.. Ye la derang sibuk nak layan laki, layan anak ..mana de masa dah nak sembang2 ngan kita yg solo molo ni.. ;)

psstt tapi betul kadang2 ako kecik hati gak ngan derang ni.. tapi kita jgk la yg kena mengalah kan..

alahaaaiii..mencik!!

kak sonata,
samat hari raya juga....

kemang~ said...

slmt ari raye ako! :D

AKO @ retna said...

slmt hari raya juga kemang :-)

Biqque said...

la...ako takde parents dah ke? sorry to hear that...

eh ada yg tak berubah, mcm i, dah kawin tapi still leh per sembang gegila :D tapi betul la, member yg ada anak, sume asik cite pasal anak...err...tatau nak sembang camne dah hahahaha!

selamat hari raya ako, if terbuat open hs tahun ni, datang la ek :D

AKO @ retna said...

aha....
both my parents dah almost 5 yrs takde.. ;) its ok

itulah ekceli depends on ourself jgk kan.. klu kita rs x perlu berubah kenapa nak berubah kan?! mksd nya bkn la dah kawen x semesti nya terus berubah jadi baik2 gitu..just be urself je la kan ;)

lagi satu, it depends on their hubby or wifey gak, klu pasangan x sporting n memahami, ermm ssh la nak ckp kan ;)

insyallah,, klu xde aral leh je dtg opn hse tru

cikyatz said...

selamat hari raya ako..
carilah pacar lau xnk beraya sengsorang..hehe..gurau2 aje..

AKO @ retna said...

samat hari raya juga yatt...
pacar ye.. ermm...

jap jap agak2 cari kat giant ada tak? :p

ch@ said...

eh, dah ada orang buat open house ke kakRet? mcm tak dpt nak join je thn ni.

AKO @ retna said...

cha,
nape x dapat join?
awak soh en abi hantar laa ;-)