Followers

Wednesday, November 9, 2011

26 Fakta tentang seorang kaki jalan bernama.....

Foooo kanan, fooooh kiri,
rasa nak pengsan dulu!!!
Panjang betul soklan subjektif si fatt ni.
Udah le ako kurang gemor sungguh nak jawab soklan karangan ni.

iskkk tapi memandangkan orang dah TAG kita,
lagi-lagi pakar traveler ni, maka ako dengan rasa rendah diri cuba-cuba juga la ye menjawab soklan-soklan kat bawah ni!

tetiba kepala rasa berat......memory hardisk ako macam TERjamm....

Bismillahirrahmanirrahim

Part I

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Nama ako, retna. 
R.E.T.N.A :)
Tapi dikalangan blogger atau forumner ako guna nickname 'anakomak'. Ntah mana ako dapat, ako pun dah tak ingat. Tapi tang nama RETNA tu memang nama betul la dalam surat beranak. Yang kowang slalu sebut "AKO" .. "AKO" tu erkk ako pun tak pasti nape. Tapi maybe sebab initial nama dalam blog ako letak 'AKO@retna' la kan.. hahahaa...  Ekceli AKO tu makna nya AKU. Saja ako ubah U jadi O. Sentimental value arr sket, kan ;-) Tapi tak kisah la, apa nama pun kowang nak panggil, janji ako paham.


2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Dunia travel? Ermm ako rasa dah lama kot. Sejak zaman jahiliah lagi. erkk maksud ako sejak zaman ako lom akil baligh lagi. Itupun sebab mak bapak ako yang bawa la kan. Klu dah nama pun lom akil baligh, konpom la ako pun x reti nak travel sendiri. Kira tolak campur darab bahagi sumer lebih kurang sekitar awal tahun 80-an la gitu.


3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

Erkk..... rasa nya tourist je kot.. Belum sampai lagi masa nak jadi traveller macam u all :p

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency

Tour agency!!
Hahaha sebab tu ako jawab soklan b4 ni, ako sekadar tourist saja lorrr ;-)
Tapi ada juga yang ako memandai sendiri. Agak-agak juga la, klu tempat tu ako rasa leh teroka sendiri, maka sendirian berhad la ako ke sana. Klu ako rasa malas nak bersusah payah, maka khidmat Travel agency sangat-sangat diperlukan.

5. Siapakah travel partner anda?

Slalu nya family ako la. Ako slalu travel ngan parents ako. Coz arwah abah memang kaki jalan. Tambah plak, adik beradik yang lain sumer dah kawen, so tinggal ako sorang je yang solo, maka senang la pape ako hangkut parents ako je. Pas derang dah takde, ako kerap travel ngan kengkawan tapi x de specific member. Mana yang free, asal boleh je la. 


Part II

6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Sekitar awal tahun 80-an.  

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

Ini dalam negara ke luar negara ek?
Klu luar negara takde la banyak sangat. Cuma pernah sampai ke :-
  • Jakarta, Bandung, Jogja, Batam (Indon)
  • Hong Kong
  • Singapore
  • South Korea
  • Shenzhen (China)
  • Mekah, Madinah (Arab Saudi)
  • Jordon 

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Of course pernah!!
  • Langkawi & Kuching (klu bole tetiap tahun akan pegi, dah jadi macam tempat wajib pegi plak)
  • Singapore
  • Indonesia 

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Korea!
Sebab aritu pegi macam x puas. Dan ada tempat-tempat yang ako nak pegi tapi masa plak tak cukup. Tambah lagi, ako tak sempat TERjumpa pelakon hero kat sana. hahah macam la terjumpa kan..


10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
  • Jepun
  • Australia
  • Bali

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

Bagi ako kenangan berjalan dalam bulan puasa paling manis arr dikenang. Slalu orang takkan berjalan bercuti ke sana sini dalam puasa. Penat kekdahnya, betul tak?! Tapi ako ngan cousin plan bercuti dalam bulan puasa. Penat?? Memang pun! Especiallay bila ko berjalan dalam cuaca yang panas terik, pastu tengok plak apek jual eskrem tepi jalan. Klu iman tak kuat, memang ako bukak je puasa time tu hhaha .. Alhamdulilah, dugaan berpanas terik, kami tempuhi dengan jayanya. Seronok jgk tengok diri sendiri cuba bertahan daripada TERbuka. Masa ni lah kita leh uji diri kita sama ada kuat atau tidak dengan ujian kecik dariNYA tu. 


12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti


Kat korea, derang bawa mandi kolam air panas. Masuk kat bilik persalinan ada banyak locker. Waktu nak tukar baju tu, tetiba ada sorang ahjuma ni lalu la kat sebelah. Mula tak perasan sangat pastu geng2 seangkatan dok sok sek so tertarik plak nak dengar. Ghope nya derang dok mengata dan terkejut tengok ahjuma tu dok jalan sana sini tanpa seurat benang pun kat badan. Aiyoo... 


Pas salin baju, kena masuk satu bilik air ni. Kira kena basahkan badan dl arr ngan air tu. Ada lah sekumpulan ahjuma dah ada kat dalam kolam air tu. Dok berbogel gak. Pastu dok tergelak-gelak tengok kitrg terkedu-kedu dan termalu-malu. Aisshh terus ako x jadi nak mandi weii.. Tak nak ako berbogel kat situ. Yang ahjushi nya plak, seb baek la ko pakai spender. Tapi berboyot2 juga anu kat depan tu.. hahhaa aiyyooooo hilang pahala ako kejap. 


13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?


TAK!! hahaha sebab ako ni jenis memilih sket makanan.
Cuma klu terdesak, ako telan je la.


14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Erkk takde, camne ek? 

Cuma sebab aritu gi korea kan, femes ngan kimchi. So tergedik juga la nak mencuba.
Untuk kimci yg fresh baru dibuat on da spot, ok la masih boleh ditelan.
Tapi bila makan kimchi yang dah diperam lama, erkk langsung tak boleh. Maybe sebab ako kurang gemor sket makanan yang masam-masam ni.

First time makan kimchi sotong yang fresh. Sedap!!


Part III

15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

BEG TROLI!!!
hehehe... siyes memang takde beg backpack pun. Nak redah masuk hutan pun masih nak tarik troli. hahha tapi penipu la kan, takkan masuk hutan nak hangkut troli jugak. Cuma ako akan bawa beg galas belakang je la. Yang macam beg skolah tu. 


16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan

Beg ni ako TERbeli kat Hong Kong tahun lepas. Itu pun sebab beg troli yang ako bawa masa tu dah rosak. So nak tak nak TERpaksa la juga membeli yang baru. So, far klu jalan jejauh je guna beg ni. Sebab keluasan nya, bleh sumbat sumer sekali. Senang!

Yang ni plak kecik sket dari beg kat atas. Dah lama dah.. Klu travel domestik or jangka waktu tak lama, ako bawa beg ni je.. Keluasan nya sederhana. 

Ako pun macam Na jugak. Prefer bawa beg tarik-tarik je. 

Yang ni sampingan je pun. Beg tambahan. Mana tahu slalu orang kata, pegi satu beg, balik musti berbeg-beg. So daripada kena beli beg baik la ready sesiap. Dan klu ako travel 2h1m pun ako akan hangkut beg yang ni je.


17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
  • henpon
  • kamera
  • laptop

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
  • selipar
  • kunci kete
  • sun block

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)


Online facebook. Nak update blog panjang-panjang tu takde la cuma klu TERada masa, update mana2 yang patut je. Amek gambar tu memang WAJIB la kan. Rugi la klu gi satu2 tempat tak snappy-snappy. Gambar leh jadi kenangan. Tapi tu lah dulu2 mana de digital kamera. Sumer masih pakai filem lagi. So, tak banyak dah gambar lelama dalam simpanan ako.



20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?


Suka bergambar. Dari situ kita leh tgk perbezaan gambar kita dulu dan sekarang. Dah membesar atau dah mengecut. Dari muda dah makin matang. Pastu leh arr kutuk mengutuk atau puji memuji gambar sendiri.. :p



21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah



Suka pic ni sebab feel ala-ala winter sonata gitu....


22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?


Jawapan standard, opkos arr fridge magnet & t-shirt! heheh paling senang dan mudah nak dapat.



23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?


Yup semestinya keutamaan pada family dulu ar.. Then baru kengkawan. Itupun tak sumer orang la kan. Klu nak beli tuk sumer, mahu bengkok kewangan ako. ;p



24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?


Keychain!! Paling simple la kan. 
Takpun pen. 



Part IV

25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)


Jordon - ermmm klu kowang tengok gambar kat atas tu, sure bleh agak camne keadaan kat sana. Derang masih kekalkan bangunan-bangunan batu berbentuk 4 segi. Memang sana sini batu-batu dan pasir je. Cuaca agak panas. Sehari dua bole la kot klu nak melepak tapi bagi ako x sanggup nak ada kat sana lelama. Boleh bankrup ako sebab derang meggunakan matawang pound untuk berurusniaga.

Korea - suka tengok negara derang yang sentiasa bersih. Especially derang punya tandas awam. Memang respek kebersihannya. Walau orang sentiasa kuar masuk toilet tapi takde satu pun yang bau hancing atau kotor. Plak tu derang tak pakai air kat dalam jamban tapi tetap bersih. Cuba klu kat msia, ermmm bau masuk  tandas je dah ada satu bau hapak, ngan bau rokok nya lagi. iskk.... 

Singapore - satu satu nya tempat yang ako pegi yang ako akan naik public transport dia. Mudah dan senang nak ke mana-mana. Even naik bas awam pun tak payah nak berebut-rebut. Dan satu yang pasti, pemandu kat sana sangat-sangat menghormati pengguna jalan kaki. Derang akan bagi keutamaan penjalan kaki untuk melintas dahulu. Klu kat msia ni, walau ada zebra crossing, selagi bole lalu, takde nya ko nak pedulik orang yang berjalan kaki. Lagi ko nak tekan pedal nak lepas kan diri ada lah.



26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan mahu dapat suami yang kaki travel dan klu dapat, nak gather-gather travel sesama suatu hari nanti. Ala macam si biqque ngan Na.. Ahkak jeles tengok derang bertravel sana sini berdua. Sooo romantik gitu!! auw
ww:p

Soalan Bonus :


Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)



Alamaakkkk konpom la takde. Passport lelama ntah mana ntah (ke pihak imigresen amek balik ek? ako pun dah lupa) ... Passport yang baru buat masa ni , masih kurang stamp. So takde la yang menarik nak dikongsikan.

Fuh... berjaya jugak ako jawab soklan 'SPM' si fatt ni...
Walau tak sehebat mereka, jadi la kan. Asal terjawab juga sumer soklan-soklan kat atas tuh. ;)
Harap-harap para 'guru' yang bagi markah tu nanti takde la letak kosong ek tuk paper ako ni.. hahaha... Pape pun, puas hati!!

Nota Jemari: sekali sekala berkongsi cerita

23 comments:

Janggel said...

hehe suka versi yang ni sebab lain dari yg lain! :)
teringin nak g Jorden tu...nampak cam seekor ayam golek yg lazat.

AKO @ retna said...

hahaha...
Jordon, ermm bole la klu nk makan ayam golek kat sana :p

bdk2 @ John said...

jap jap...nnt aku baca. tgh rush something urgent. haishhh...dinner pn x sempat lagi nih!


anyway, jeles ko dh pegi jordan! huhuh

kemang~ said...

peh, dah byk pi obersi rupe nye.. tepek la gambo2, suke tgk gambor org gi jln2 ni..hehe

Biqque said...

ye, stuju, cari la hasben yg mcm laki kitorang ye, senang idup nak jalan2 :D aminnnnn!

fatt said...

ako,
terima kasihla sudi melayankan soalan aku. klu aku tau ko tak gemor aku tak suruh..sorila ye..next time aku dah tak tag ko lagi..sori

aku ni bkn apa, saja nak kasik sume org seronok skit sbb lately sume mendung jek..dlm pd tu kita bleh kenal2 blogger dari questionnaire ni..tu je point aku.

anyway, aku value ur opinion & nti aku akan review..byk jgk entry yg submit arini aku nak kena jenguk satu2..so thanks a lot. by end of this week, aku akan close dan pastu kita poll tgk sape punya entry yg menarik..maybe ada reward :)

TQ!

Ely Hasrul said...

kalu aku la pg mandi secara berjemaah gitu kompom kena mandi wajib hahahah okek lawak bodoh.

berjalan time bulan pose nih kite ade pilihan, iaitu musafir xyah pose pon xpe tp mmg byk pahala sungguh la kalu nk pose sbb selain ibadah wajib, travel pon satu ibadah. time aku kt Melben dulu pon masuk bulan pose gak, kena plak mmg tokleh pose, nk mkn/minum dikhalayak ramai cam cuak and malu2, takut kena tangkap kahkahkahakhakah

AKO @ retna said...

John,
aiseyy... insyallah ada peluang ko pun akan jejak gak ke jordon tuh ;-)

kemang,
aishh byk gmbr yg filem punya.. ye la time tu xde digital kamera lagi.. Nanti la klu ada pun ako try amek balik gmbr tu mcm yg ako tempek gmbr kat jordon tu.. ;)

biqque,
jeeellsssss seyyy!~ :p

fatt,
ala rilekss arr.. ako mmg sonok pun join mende2 camni. Tambah plak mmg tgh xde idea nk hapdet blog haha tetiba datang plak soklan SPM ko, so bersyukur sangat2.. sambel update sambel leh story mory kan ;-)

ely,
hahaha alamakk betul ek klu jenjalan time pose x yah poser? haahha klu ako tau, time tu jgk ako melantak eskrem tgh panas terik aritu ahah iskkk rugi rugi :p

MasZuber said...

gambor kat nami island background pokok tue memang terbaek la!!!

salam kenal :-)

AKO @ retna said...

salam kenal mas,

tu la ako pun suka gambar tu.. terbaek dari kamera member ;-)

Intan said...

Wei... jawapan untuk soklan no 12 tu, kelakar giler siottt... Sebaik tak leh gelak guling2 kat sini... hahaha

AKO @ retna said...

Intan,
klakar ek..
adehh tapi cam hape je bila tgk anu orang ke sana ke mari..

iskkk

Leez M. Saaid said...

beshnyaaaa dah gi korea.....tak sabar nak tunggu next year my turn plak...jeles tgk pic kat Nami island tu..huhuh

fatt said...

haluu...aku datang balik. chop! anu ke sana ke mari?? aku takmo bayang...ngerii!!! @__@

okla aku nak review jwpn ko...


1. ko join porem mana? cari ke?

2. dari zmn 80an! peh mmg dah lama

9. gmbr ni kat which part of korea? sbb spjg kat sana sekali pun aku tak pegi ke belah2 pantai

11. ko pegi spore eh time ni? sbb ko citer ada apek jual eskrem...tp mmg penat pun. aku penah jln time bln posa..ya rabbi...dah terjelir rasanya sbb dahaga..tp nasib baik la aku kuat iman

12. aku terbayang camne ko describe ajushi tu...ngeri!! eh tapi yg ko pegi ni mmg jenis yg campur laki pompuan ke?

14. aku tak sempat nak merasa kimchi fresh..asik yg dah terperam jek. tp aku telan jelah...layan~

20. HAHAHAHA...aku suka jwpn ko..aku kdg2 compare jgkla diri aku wlpun tak byk beza. tp slalu yg nmpk obvious muka aku..kalau aku byk mkn muka aku bulat skit, klu aku kurang mkn muka aku kurus skit..

21. gmbar ko mmg tak menahan lelagi tang peluk Jun Sang tu...sabo jela. eh tapi time ni cantek gak ek? ni masa lepas winter ke hujung autumn?

23. hehehe...ya, klu kasi sume bleh bengkok dibuatnye :P

25. ni pes time aku tgk gmbr jordan...lebih kurang cam mekah la eh dia punya bangunan kotak2...aku ingt jordan ni takla kering kontang...rupanya kering kontang! rasa syukur dok msia wlpun panas/ujan sepanjang thn...syukur~

26. angan2 kita sama la...ameen~


terima kasih ako sbb sudi menjawab sume soalan dgn jayanya dan yg paling penting ko sporting nak tayang gmbr diva ko dgn Jun Sang. memula aku tgk haritu dah tergelak ok :D

sekali lagi, masih daun keladi. pasni sama2 la kita tunggu biqque punye soalan sbb dia ckp dia nak buat jgk...hehehe

fatt said...

chop! aku terbaca komen si janggel

"teringin nak g Jorden tu...nampak cam seekor ayam golek yg lazat"

apakah connectionnya???? HAHAHAHA

Janggel said...

Fatt:-

Hahahah apa la ko, maksud tersirat tu! Maknanya aku bayangkan perxutian ke jordan tu sesedap makan ayam golek la....

Ainul Arina Madhiah said...

salam kak retna~ =D

oo, dah pernah dtg jordan eh? tngok gmbr mcm dah masuk kategori zaman lampau je tu. kuning semacam. hehe.. jordan memang errr ke belakang sikit ah kalau nk banding dgn malaysia. setuju2. tapi dia panas time summer je, time winter sejukkkkkk, rasa nk balik malaysia je jumpa matahri. uuu...

eh, dulu dia pakai pound eh? ooo.. sbb skrg dia guna jordanian dinar.

btw, salam kenal~ ^^

AKO @ retna said...

Ainul,
hehehe....
tu thn 2000 klu x silap...
tak sure pound tu currency tambahan kot... sebab ms gi tempat mkan tu, drg soh byr guna pound hehhe...

salam kenal, ainul study kt jordon ke srkrg ni ;)

langkah kaki.. said...

wiwww...soft je care penyampaian sis. terasa masuk satu alam yang sungguh nyenyak. eh? bukan.. x tau nak cakap cm ne. tapi cara penyampaian sis sgt soft la. =) nice

beg tarik2. suke wane purple tu. hehe. suke wane je la. =P.

batam best x? ade org kate best. ade org kate x best. for sis???

btw...salam kenalan n salam kaki jalan.:D

AKO @ retna said...

Langkah Kaki,
hahahaha sebab 'mood' tu teteiba jadi lembut plak masa wat entry ni hahaha...

btw Batam??
ermmm.. so-so je la coz masa kita g dulu gedung Matahari cam baru-baru nak buka lagi..

Skrg ni rasa nya dah byk soping complex n dah byk facilities...

Dulu sebab ikut rombngan dari Kastam, so kena follow je arr mana derang bawa ;)

AKO @ retna said...

Leez,
Jangan jeles2 k...
Tahun depan ut turn plak bergambar sakan kat Nami Island ;)

AKO @ retna said...

Fatt,

Sorry baru ada mood nak reply komen ko panjang ni hahaha jangan marah ek :p

1. Dulu ako aktif kat porum mesra.net & gempaq.com, erkk wujud lagi ke ek porum tu??

2. aha alhamdulilah mmg dah lama sebab mak pak pun kaki jalan gak ;)

9.erkk ako lupa nama tempat tapi ni permulaan kat jeti nak naik cruise tgk seagull ... klu x silap belah2 airport juga tu

11. hahhaha betul2 ako g spore time bolan pose. Giler apek tu melambai2 soh beli eskrem dia :p

12. aha mmg campur laki pompuan..hehehe ako masih terbayang2 sengihan ahjusi tu weiii hahaha

14. terperam tu giler masam weii, ako mmg x lalu nak telan hahah

20. HAHAHA.... ako mmg slalu compare arr gambar lelama dan slalu berazam nak jadi macam gambar yg dedolu hahaha berazam je la :p

21. heeh masa amek gmbr camtu, tetiba punya la ramai berkerumun tgk aksi ako.. MALU weii tetiba jadi perhatian cam artis gitu hahaha... ako gi bulan 4 so dah penghujung winter ;-)

23. kan kan!!

25. Tu laa mmg kering kontang.. tapi tu zaman ako pegi lbh soploh taun, Tak tahu la skrg maybe ada byk perubahan coz makkah pun dah banyak berubah kan ;)

26. AMINNNNNN!! ;-)

Ainul Arina Madhiah said...

baru terperasa reply akk.

aah, sy student jordan skrg. belajar medik kat sana. dah 5 thun dah dekat sini. =)