Followers

Thursday, March 28, 2013

1 Million Women Purple Walk

Bila ek??? Erkk jap jap nak check tarikh.
Ooo ye 17 Mac aritu kan sibuk satu Malaysia pasal "Purple Walk" ni.
Mula cam x moh pegi tapi macam jeles kan tengok orang sebelah dapat tshirt free. Padahal sibuk dengan annual report tapi tetap gedik nak join berjalan juga.

Last minit kan, nasib baik ada t shirt extra.
Maka, tercapai juga hajat nak berjalan dengan orang sebelah ni.
Hahaha sangat poyos!
Tapi takpe kowang tetap nak baca juga kan :p

Jam 5 pagi gigih dah bangun.
Walhal klu time-time cuti hujung minggu memang konpom terlajak subuh... wooppssss

Sebelum jam 6 pagi dah terpancul kat opis.
Erkk tengok takde owang, cuak juga.
Ingat salah hari.
Wassapp member sebelah, dia dah on da way.
Fuh nasib baik, memang dah betul la hari nya tu.

Sempat subuh jap kat surau opis.
Eh subuh tu kan wajib.
Jadi kita subuh la dulu kan. hehehe

Lebih kurang jam 6.45 pagi baru bas bergerak menuju ke Putrajaya.


Bekfes dulu dalam bas.


Rasanya lebih kurang jam 7.30 ke 7.45 ek sampai kat Putrajaya.

"Eh dah sampai?"
Memasing macam blur.
Tapi masih tahap rendah lagi kebluran nya tu.


Macam lengang je kan.
"Eh mana tempat event nya ni?"
Nampak anak panah tu?
Nun hujung kat belah sana tu ada muzik-muzik.
Tapi kami masih x tahu lagi kat mana kena pegi.


"Saya adalah selalu berurusan dengan AG opis"...
begitu luahan hati beliau....


Kami adalah jarang jejak kan kaki ke Putrajaya.
Lebih-lebih lagi ako.
Bole dikira dengan jari berapa kali ako pernah ke sana.
Patut la klu pegi mestinya sesat mesat.

Kesian!


Pelik!
Kenapa mereka berjalan ke arah bertentangan?
Ke mana kah tempat yang sepatutnya kami kena tuju?
Ini lah menjadi persoalan antara kami bila sampai-sampai je kat sana.

Dah la takde sebarang papan tanda.
Nak tanya pegawai bertugas pun x de langsung.
Aishh... camni la klu ***men buat event wooppsssss :p


Sudahnya memasing melepak je la kat tepi.
Dah tau mana nak tuju
Tanya orang lalu lalang pun, derang sendiri pun x tau.


Jam dah nak dekat 8.30 pagi ni.
Aiyoooo.... "ntah-ntah sumer orang dah jalan kot?"


Mereka pun masih berkeliaran di situ.
Tetiba terdengar satu sore.
Macam kenal.
Rasa macam sore AC dan juga Honey madu.

Kami bergerak ke depan lagi tanpa arah tuju.
Tup tup ternampak satu belon warna pepel.
Sah mungkin di sini tempat nya.


Kami nampak ramai orang.
Kami ikut saja la.

Ghope nya ada senamrobik.
Senamrobik seni nama diberi.

Dalam bulatan, mereka yang mengetuai senamrobik pagi itu.
Jangan susah hati.
Kita hepi-hepi.


Yeeehaaa....
Goyang goyang....


Apsal baju merah lagi banyak dari purple kan?
Apsal la kaum adam lagi banyak dari hawa ni?

Hahahhaaa.....
Patut kena tukar nama event ni..*wink


Takpe takpe kita kasi goyang lagi badan.
Ewah ewah...


Goyang lagi kak..
Kanan, kiri, kanan kiri...
Kanan lagi... 


Lenggang lenggang....
Lenggang kanan dan kiri..


Dah abes senam, orang jalan, kita pun jalan.
Ngekot je la.
Ater memasing pun x tau apa nak buat.


Jalan-jalan sambel nyanyi lagu 1Malaysia.
Pastu lagi I am 4U....
Pastu tengah nyanyi-nyanyi orang benti.

Aik?!


Rupa nya dah sampai depan pentas.
Erkk...... aiyo inikah event jenjalan nya tu?
Awat kejap benor?
Tak berpeluh pun.


Pastu kan kita tompang la bergambo ngan sepanduk makcik ni.
Erkkk dah opis kita tak bawa sepanduk kan.
Seb baek makcik-makcik tu baik kasi kita bergambo.
Takpe makcik, muka makcik glamer masuk blog kita.
hehehe

Lepas tu lepas tu kan, kita dah tak dengar dah apa yang derang dok sibuk-sibuk atas pentas.
Kita haus dan panas.
Jadi kan kita gi la cari tempat berteduh.
Sambil minum air 100plus.

Perghh nikmat dodok dalam auditorium.
Sejuk ada aircon.

Haippp syyhhhh....!!
Kita dengar la PM dok rasmikan apa nama tu, PUWARNI? PUSRAWI? erkkk.. apa ek lupa plak? PAWARNI???

Gurlpp...... ada wani wani la kan kat hujung tu.
Tak kisah la, janji kita dah datang meramaikan majlis pepel ni tau!


Dah sejuk badan, dah moh kita balik.
On da way balik cari bas, kita dengar Stacy tengah melalak atas pentas.

Sekian saja citer pepel walk kami.
Penat tau jalan-jalan tanpa arah tuju.
Rasa nya dah lebih 3 km kita kena berjalan cari main stage.

Lenkali, harap pihak penganjur kasi info tepat la sket ye.
Kesian kami x tau mana nak pegi.
Sekurang-kurangnya, letak la informer atau tanda arah kat tepi-tepi jalan.

Pape pun, tahniah majlis tetap berjalan dengan lancar.

Nota Jemari: Makan FREE, t-shirt FREE, boleh claim plak lagi tu! Heaven! hahaha

3 comments:

ch@ said...

hahaaa klaka. nama pun walk, kira dah cukup syaratla tu, jenjalan tanpa arah.

cikgu_aare said...

hahahaha.kelako..tu namanya window walking..hihihi

anakomak said...

ch@ & cikgu aare,

hhehehe ok la tu kan, janji jalan juga :p