Ha yang ini memang x plan!
Asalnya nak buat pot luck raya kat umah ako oleh kengkawan opis.
Sudahnya bila tiba hari Jumaat, sumer senyap seribu bahasa.
Makanya ako assume memang plan dicancel la kan.

Tengok memasing cam bizi je takde respon pun pasal pot luck raya tu.

Pastu men wassapps-wassapps dengan geng-geng KAMIE.
Ada yang teringin nak gi open house.
Ye la masa raya tempoh hari x dapat nak makan makanan raya.
Tambah plak mak pak si #khayla & #khadeeja mau beraya ke umah ako, maka nya ako war-warkan la pada yang lain ajak datang makan-makan pada petang ahad aritu.
Tapi ramai x bole nak join.
Takpe takpe, x ramai pun tapi masih bole buat juga makan-makan kan?!
Sebab tu tajuk entry ni ako nama kan "Mini Makan 2013". hehe


Tengahari tu ako pick up dak Asri kat umah dier.
Kemudian kitorang gi Tesco Ampang tuk shoping pape yang patut.
Al-maklum nak buat makan-makan tapi satu barang dapur pun xde kat umah.

Cadang menu untuk petang itu simple je pun iaitu bihun goreng, nasi impit dan kuah lodeh serta lemang dan juga sambal sotong. Nak buat rendang memang x sempat la kan. 

Lemang tu kita beli tepi jalan je.
Sebatang sudah, sebagai syarat je pun. heheh...

Jemput dak Asri jam 11.30 pagi.
Sampai Tesco jam 12 tghari.
Sudah soping jam 2 petang.
Erkk nak ajak orang makan jam 3 petang dan ke atas.

Perghhh kelam kabut dibuatnya.
Nak masak tu kejap je tapi nak menyediakan bahan-bahan tu yang ambil masa juga kan.


Dah macam nak wat kenduri besar-besaran plak.
Blender pun siap beli baru lagi kat Tesco aritu hahaa...

Mereka berdua menjadi assistant chef pada hari kejadian.
First time nak masak kuah lodeh ni.
Punya la google cari resepi dan cara masak yang paling senang.
Bukan apa, kadang tu ako tengok bahan-bahan dia terlalu byk sangat.
Ako memang pilih yang paling ringkas dan mudah nak buat je.
Sebab percubaan pertama la katakan.

Tapi memandangkan nak cepat dan mudah sangat, abesh sumer bahan ako blender je terus.
Contoh macam serai, elok sekadar kita titik kan aje.
Tapi ako bantai blender sekali dengan bawang dan segala mak nenek bahan yang lain.
Hhaahaha... senang kan!
Janji ada bau dan ghope ye.


Tetamu pertama kamie yang sampai.
Masa ni ako masih lagi sibuk memasak di dapur.
Memang x siap lagi menu nya.


Taddaaaa.... akhirnya menjadi juga kuah lodeh ako.
Nyum...nyumm...
Walau takde la sesedap macam korang punya tapi perasaan bangga tu tetap ada sebab ini adalah percubaan pertama hasil dari air tangan ako sendiri.

Ye ye ako kan mana la reti masak memasak ni.
So, bila satu makanan tu menjadi, rasa kembang juga la lobang idong ni.
Muahahaa... klu korang, tak bangga ke kan?!!


Dan ini juga percubaan pertama ako.
Sambal sotong versi kak een.
Sebab ako suka sambal sotong yang kak een slalu buat, maka nya nak juga la mencuba sendiri kan. Dan alhamdulilah, walau x sesedap macam kak een punya tapi menjadi juga la.

Nampak macam pedas sangat kan tapi hakikatnya bagi ako yang kuat pedas ni, sambal tu cam ada kureng pedas sket la. Mungkin ako terlebih letak gula kot dalam sambal tu hehe..


Bihun goreng yang kurang pedas juga.


Antara menu-menu yang lain juga.
Asalnya nak buat makan untuk minum petang je.
So, plan mmg nak soh si Karni belikan pisang goreng cicah kicap.
Tapi jadi la cucur ikan bilis cicah sambal sotong hahahaha.....

Kuih-muih raya masih banyak lagi kat umah tu.
Nampak gaya kena bawa la ke opis seminggu depan ni.


Dah, tunggu apa lagi?
Jom makan jom!


Chef-chef in da house!


Gosip-ing sambel tunggu budak berdua ni sampai.
Ada kiriman dari orang Selatan ghopenya.
Tu yang memasing sanggup menunggu sampai ke malam.



Hoyeeeee!!
Pemanis mulut sudah sampai!
Terima kasih orang Selatan.
Lenkali bole kirim banyak-banyak lagi :p


Last but not least, dah kenyang dah pung...
Last pic of da day.

Thanks for coming!
Tahun depan kita buat lagi k.

Nota Jemari: Last minit sangat ni tapi alhamdulilah menjadi juga ;-)