Summer trip: Hong Kong 2018 Day 1 (KLIA - HKIA, Garden of Star, MA's Restaurant)

Alhamdulilah kamie dah pulang ke tanah air pada 10 September yang lalu. Bila tengok berita tentang taufan di Hong Kong semalam, seriau juga tapi sangat bersyukur sebab sepanjang kamie kat sana, alhamdulilah percutian, perjalanan dan urusan di sana dipermudahkan dan dijauhi sebarang kesukaran. Memang sebelum terbang ke Hong Kong ada gak terbaca bulan september akan ada taufan typoon di sana. Berdoa sangat agar semasa di Hong Kong tiada sebarang kejadian yang tidak diingini terjadi kepada kamie. Takut juga, apa tak nya lepas je beli tiket Malindo, baru la terhegeh nak check cuaca kat sana. Kebetulan Malindo ada buat tiket murah masa ako beli tu, tu yang tak pikir panjang, kasi beli tiket then baru nak check cuaca dan lain-lain. 

First time ako nak naik Malindo Air. Flight kami adalah pada 6 September jam 10:00 pagi. Tapi memandangkan Sis Lin dah turun ke KL malam sebelum nya, maka kamie pun berjanji untuk berjumpa di KLIA malam 5 September. Kira kan kamie bermalam di KLIA aje malam tu.

Walaupun flight malindo yang kitorang naik tu takde la besar mana sebab seat nya hanya 3-3 je, tapi cukup puas hati sebab legroom nya sangat luas. Tambah pulak ada free entertainment juga. So perjalanan selama 4 jam memang tak terasa lama. Tambah syiok lagi ada makanan free lagi tu. Sebenarnya ako tengok movie dalam flight tu sekejap je sebab terlampau penat, apa taknya hampir 12 jam tak tido-tido. Konpom memang dalam flght tu ako dah berdengkur hahaha... Nasib flight tak penuh sangat, pakcik sebelah tu pun dah tukar seat duduk bahagian depan. Nasib baik juga, dapat la tido dengan selesa. Kakak sebelah tu, tak tau la join ako berdengkur atau tahan mata sampai ke Hong Kong.
#tenkiu sislin tolong snapkan gambar

Selesai urusan kastam & Imigresen, alhamdulilah proses sangat lancar. Keluar je lepas amek luggage, korang cari la kedai 1010 ni untuk beli simkad. Kamie beli simkad jenis macam dalam gambar bawah ni. Telco CSL dengan harga HKD118 untuk 8 hari unlimited wifi, 5GB data. Sangat berbaloi line pun cepat. Agak-agak ada sesape nak ke HK dalam masa 3 bulan ni, boleh la kot pinjam simkad ako ni cuma perlu topup aje.
Ako tak pasti penggunaan korang macam mana, tapi so far, banyak juga ako amek gambar, video, surfing, upload gambar & video kat IG & FB, alhamdulilah laju. Maklum la ada sesetengah orang kata 5GB tu sikit sangat untuk diorang. Nasib la penggunaan kamie memang sangat mencukupi.

Selesai beli simkad, lepas tu kitorang ke kaunter tren laju ni untuk beli Octopus kad pulak. Harga octopus card tu HKD150 (termasuk HKD50 deposit). So korang topup la sket supaya senang tak perlu nak topup banyak kali. Macam kitorang, kitorang top up lagi HKD100. Hari terakhir, korang boleh pulangkan balik kad tu kat kaunter tapi nanti masa pulangan korang takkan dapat balik deposit HKD50 bulat-bulat. Dia akan tolak fee pulangan kalau tak silap, so korang hanya akan dapat balik deposit tu dalam HKD42++ (sorry lupa plak berapa baki yang dapat balik tu).
Kad ni banyak kegunaan nya. Naik bas, naik MTR, naik Ding Ding semua nya pakai octopus kad ni je. Even korang beli barang kat 7-11 pun boleh bayar pakai kad ni. (kenapa msia tak boleh bayar pakai touch & go ye kat 7-11). Setel simkad & octopus kad terus kami plan naik bas sahaja untuk ke Hotel. 

Ekceli sepatut nya ako kena singgah kaunter CTS untuk tukar tiket the peak yang ako dah beli online masa kat msia tapi dah naik bas baru ako teringat. Gelabah juga sebab bila lagi masa yang ada nak datang balik kat Airport. Ada juga terpikir nak tukar je kat opis HQ dia area Tsim Tsa Tsui tapi dalam berpikir-pikir tetiba terperasan, esok pagi nya ada masa lagi sempat sebelum jejak Disney, boleh terjah Airport dulu. Kebetulan laluan pun dah sama arah. So setel segala kegusaran.
Jom cari hentian bas. Sebenarnya ada banyak cara korang boleh naik untuk ke bandar/area hotel. Memandangkan kamie dah booking Hotel King yang terletak di kawasan Yau Ma Tei, setelah baca banyak review, naik bas A21 adalah paling senang dan dekat dengan hotel kamie.
Korang ikut je signbod, insyallah tak sesat. Pastikan laluan bas mana korang perlu naik. Macam kamie kena naik bas A21 jadi kami akan ke kanan tempat tunggu bas.
Nasib tak perlu nak tunggu lama. Dari jauh dah nampak bas nya. Bas 2 tingkat. Bahagian bawah memang ada disediakan ruang letak beg. Dalam bas memang ada CCTV untuk ko monitor beg korang. So tak perlu risau kalau beg terjatuh ke, atau mengganggu laluan orang, semua nya korang boleh monitor kat cctv dalam bas tu.
Pastu dalam bas ada skrin yang memaparkan hentian-hentian yang dia akan berhenti. Macam kamie, kamie perlu turun di hentian ke 9 iaitu Man Ming Lane, Nathan Road. Korang boleh refer lalaun bas nya kat sini. Ada juga  route yang lain korang boleh check.
Antara pemandangan yang akan korang lihat sepanjang dari airport ke bandar. Hong Kong ni memang terkenal dengan pelabuhan kan, so memang banyak la kapal-kapal yang berlabuh. Perjalanan dari airport ke hotel kamie amek masa lebih kurang 45 minit ke sejam bergantung pada kesesakkan ketika tu.
Ekceli bila dah sampai hentian 9 Man Ming Lane tu, tak susah nak cari hotel ni. Korang kena lintas jalan, nanti korang nampak ada park kat tepi trafic light. Lepas dah lintas, dari jauh dah boleh nampak bangunan hotel ni. Depan pintu masuk hotel ada padang court. Alhamdulilah nasib tak sesat sangat cari kedudukan hotel ni.
Kamie stay di King's Hotel selama 5hari4malam. Kamie booking melalui agoda.com. Dengan promo dan point yang ako ada, kamie dapat booking hotel ni dengan harga RM600 seorang untuk 5hari4malam tu. Semasa check in kena letak deposit sebanyak HKD500. Bagi ako hotel ni sangat selesa. Walau bilik nya takde la besar untuk harga macam tu tapi memang cukup selesa dan masih ada juga ruang untuk solat dan letak beg. Cuma yang tak best nya staff kat situ kurang peramah sket. Urusan check in sangat mudah, kitorang dapat bilik kat tingkat paling atas.

Jom kita tinjau-tinjau bilik sikit.
Toilet tu sebenar nya kecik je tapi nampak luas sebab dikelilingi cermin. Hahaha tapi jangan risau, nasib dia ada sertakan langsir kat toilet. Kalau tak, jenuh gak ako pikir camne nak mandi penuh dengan cermin je. Ater nak belek badan sendiri macam tak lalu je hahahaa. Towel pun ada disediakan, simple toiletteries pun ada. Cuma bilik ni takde almari. Dia hanya provide ruang gantung dengan beberapa hanger. Jadi laaa.... Kettle, peti ais dan paling sonok sebab banyak plug, senang nak charge henpon tak yah berebut-rebut. Iron je korang kena minta sendiri kat receptionist. Tapi nasib ako ada bawa iron travel, sangat kecik & ringan. Mudah dibawa dan tak yah susah-susah kena call minta iron. Terima kasih Kak een sebab pinjamkan iron travel tu😉

Dah bersihkan badan, sempat la rehat kejap sebelum kuar balik tuk cari makan malam.
Sebelum tu niat nak tengok Sympony of Light . Tapi sebelum tengok lampu, kita nak tengok Jet Li dulu. Maka nya kita ke Garden of Star la terlebih dahulu.
Seriau bila nampak tangga ni la hahaha...
btw, untuk ke Garden of Star dari MTR Yau Ma Tei, 
Yau Ma Tei (Tsuen Wan Line) --> Tsim Sha Tsui --> Walk to East Tsim Sha Tsui (West Rail Line), cari lif di pintu Exit P1. Naik lif tu dan tekan "PD Floor". Kuar je korang terus dah sampai Garden of Star
Senang kan?!!!
Kat sini sila la berposing sakan. Asalnya patung-patung pelakon & yang sewaktu dengan nya terletak di Avenue of Star tapi kawasan tu tengah dibaikpulih. Tu yang dipindahnya semua sementara waktu kat kawasan ni. Kalau nak tengok tapak tangan artis-artis HK, sini la tempat nya. Nak tengok patung Jet Li, Anita Mui pun kat sini juga. Jom layan gambar dulu.
 #cer teka, Jet Li yang depan ke yang belakang 😅
#konpius mana satu Anita Mui ni... hehehe...
#view kat situ memang sangat cantek waktu malam
  
Sebab dah nampak lampu-lampu kat bangunan seberang tu, so ingatkan tempat kitorang melepak tu macam OK la kan nak tengok Sympony of Light. Tapi sayang seribu kali sayang, tak nampak apa pun. Silap pilih tempat. Hanya dapat tengok lampu-lampu yang memang dah terpasang je kat seberang tu. Memandangkan tak dapat nak tengok sympony light tu, so kita plan nak terjah esok malam je kat tempat yang sepatut nya tapi sudah nya memasing dah terlupa haaaha... Walhal malam terakhir tu bukan nya buat apa sangat pun tapi tu la bila dalam kepala hotak pikir nak soping, memang tak ingat menda lain lagi dah kan hhaaha. Maknanya kena repeat lagi kah??!

Dah setel 'sympony' konon nya, moh la kita cari makan malam. Perut lapar bebenor dah ni. Kami hanya mencuba nasib. Nak try makan di Ma's Restaurant. 

Dari MTR Tsim Sha Tsui (Tsuen Wan Line) --> MTR Prince Edward, Exit E.
  1. Keluar je exit E tu, korang kena jalan sket dalam 100 meter @ 5 minit gitu. 
  2. Jumpa "Summit Insurance Building" belah kiri, terus je jalan ke depan lagi. 
  3. Korang akan nampak trafic light di persimpangan Boundary Street.
  4. Lintas jalan tu nak make sure korang ikut laluan belah kanan.
  5. Terus je nanti korang dah nampak kedai Ma tu betul-betul kat simpang pertama (Poplar Street) selepas trafic light.
Kitorang terpusing jauh sket, tu yang rasa macam jauh je kedai nya.
Masa kamie sampai tu nasib ada meja kosong lagi.

Macam-macam menu ada. Bila tengah lapar, sumer pun nak dimakan. Untung nya kalau pegi waktu lunch sebab ada set lunch yang berbaloi untuk korang share. Pulak tu waktu siang takde service charge tapi bila malam dikena kan servis charge sebanyak 10% bermula jam 5:30 petang ke 11 malam.
#Nak order apa ye? Semua nya nampak menarik
 #Nasi Goreng ayam Spicy - HKD80
Seriously bagi ako takde la pedas mana pun. Tapi still sedap dan portion adalah sangat besar. Boleh share 2/3 orang.
 #Soup Noodle - HKD68
Ako kurang gemar sket mi tarik.
Tapi kuah nya memanng sedap!!
Ada rasa pedas & manis.
#Beef Goulash (2 pcs) - HKD40
Sedap tak terhingga!!!!!
Kulit nya macam kulit roti canai.
Dalam tu isi daging lembut, dia letak sos tiram kalau tak silap.
salah satu dish yang korang wajib cuba kalau makan kat chinese restoran di HK ni.

Kitorang tak order banyak, cukup la 3 menu ni saja. Itu pun jenuh gak nak ngabihkan. Tak sangka pulak portion nya adalah banyak. Btw, air dia boleh tahan mahal gak tau. Kitorang amek air coke je. Cuma beza nya ako tak minta ais, sis lin minta ais. Beza harga with/without ais adalah sangat besar beza nya. hahaha... Ako tak berapa ingat sangat harga tapi ako bole bagi gambaran harga air coke tanpa ais - HKD18 dan air coke with ais HKD 27. Camtu la lebih kurang beza nya. Hahaha ingatkan ais tu FREE je rupa nya kena gak charge.

Jujur ako kata kan, makanan di HK memang agak mahal.
Nak beli sebotol mineral sahaja sampai HKD20 bersamaam RM10....#pengsan
Tu belum lagi kalau tetiba nak air manis ke... so korang budget la sendiri ye.
Lepas makan, moh jalan-jalan waktu malam di bandar HK..
Kami sempat la juga singgah ke Ladies Market.
Plan nya baru nak usha-usha aje tapi terbeli juga barang seketul dua di situ.
Kami sampai kedai dah mula nak tutup. Nasib la tak perlu nak gaduh-gaduh bila tawar menawar. Ada tu belum lagi tawar terus dah bagi harga murah. Rezeki jangan ditolak. Betul la ako ada baca review, better korang pergi situ time-time derang nak tutup kedai. Insyallah mana tau ada rezeki korang dapat harga yang berpatutan kan ;-)
Nampak comel beg kasut tu. Menyesal pulak tak beli lebih.
Purse tu murah gila. Satu set (ada 4 ketul).... tawar tawar dapat la 1 set tu dalam RM12. Kami beli 8 set sorang. Berbaloi bagi souvenir kat kengkawan.

Malam pertama di HK.
Sangat nyenyak dan puas hati...
Esok kita sambung lagi ke Disney plak...

Nota Jemari: tetiba rasa nyesal tak soping sangat.... huh?! macam tak caya je kan haha

8 comments:

  1. alhamdulillah selamat pergi dan balik ke Malaysia. mmg itu antara yang takut kalo pegi jalan. cuaca yang tak menentu tapi insyallah doa banyak2 before pegi. menariklah gambar banyak i is suka.. stakat ni belom tergerak hati nak jalan2 ke HK insyallah one day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu berdoa sgt agar diprmudahkan segala urusan semasa bercuti..

      Delete
  2. Bestnyaa..yang tak best part rega makanan tu je la kan..hahahha..

    Tapi ada konfius gak tadi,tengah baca blog sis lin ke blog kak retna..hahhaha!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah part makan tu mmg kena pejam mata.. klu x nk mkn luar, kena bw la mknan dr msia hehe

      Hahaaa lain lain blog kitrg hehe ada beza kan 🤭😉

      Delete
  3. Hahahaha Sunah.. Sis tadi nk komen cmtu gak .
    Byk gambo aku kat sini hahahaha
    Nanti blog Sis banyak le gambo Retnanya hahahaa
    Gitulah kalau pergi berdua kann ..

    Teringat² itu mee soup uii, sedapnyaaaa hirup panas² malamm tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahaahahaha... Ater gambo aku bkn nya byk..

      Byk lagi ni gambar2 bakal menyusul

      Delete
  4. Wowwww sonoknya korang berjalan :))
    Meriah ret dgn sis lin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...
      berjalan bercuti mmg sonok kan...
      cuma budget je la hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com