, , , ,

Summer Trip: Hong Kong 2018 - Last Day (HKIA-KLIA-KLIA2-JB)

Hari terakhir di bumi Hong Kong.
Kejap je nak balik dah...
Flight kami adalah pada jam 3:15 petang.
So pagi ni memang rilek-rilek je sesiap nak check out.

Asal nya nak check out lambat sket tapi bila kamie pun dah ready jam 9:30 pagi, maka nya moh la kita gerak je. Proses check out smooth cuma biasa la receprionist nak betul-betul confirm kan keadaan bilik dulu then baru dia boleh returnkan deposit HKD500 tu. Alhamdulilah takde sebarang kerosakkan atau kerugian so dapat la pulangan deposit penuh.

Dari hotel nak ke airport kita naik bas A21 je la. Dekat je pun bus stop nya.
Sampai-sampai bus stop bas pun dah ada.
Penuh juga bas ni especially tempat barang/beg tu dah penuh bahagian bawah, terpaksa la gigih mengangkut beg untuk diletakkan di ruang paling atas. Pastu kamie ke tingkat atas untuk duduk. Seat bahagian bawah sumer dah penuh.

Yang best nya naik bas ni, diorang ada CCTV tau. So boleh la monitor keadaan beg korang kat tingkat bawah tu. Ako ada terbaca, dulu2 ada kes beg kena 'ceroboh' oleh orang yang tidak dikenali. Risau juga sebenarnya bila ada terbaca kes macam tu. Bukan apa, takut gak tetiba beg kita diisi oleh sesuatu yang tak diingini kan. Naya ke nak balik Malaysia ni weiii...!! Jangan buat hal. Memang sepanjang ke airport tu, mata ako tak lekang asyik la dok ngadap CCTV tu. Takott weii!! Tapi alhamdulilah takde kejadian buruk berlaku.

Yeay nak balik dah kan!! Senyum sket awak oii... ye ye kita tau awak dah rindu asam pedas kat Malaysia tu hahahaa..

Oh ye ingat tak Octopus kad?!
Korang nak refund tak?
Jom kita tukar kad kat kaunter tren laju tu.
Cakap je nak refund kad, nanti dia bgtau exact amount yang kita akan dapat balik setelah ditolak fee charge apa tah  hehehe.. Deposit kan HKD50 tapi kalau tak silap korang akan dapat balik dalam HKD45 gitu. (). Jadi la, dapat deposit HKD500 dari hotel plus deposit octopus kad.. Yeayy bole soping lagi ni. hahaahha...
ingat ingat lupa plak jumlah nya

Oh ye sebelum tu sila check dulu flight korang kena check in kat Terminal 1 atau 2.
Macam kitorang, kena check in kat Terminal 2. Patut nya naik bas tu tak payah turun kat terminal 1, diorang akan berhentikan kita kat terminal 2 juga tapi sebab kan ako x perasan terminal mana kena check in, tu yang nampak orang turun, kita pun ikut juga turun.

Kalau tak sure, boleh tanya kat information center derang k. Sangat membantu.

Kitorang sampai kat airport lebih kurang jam 11 pagi. So ada lagi masa sebelum boleh check in kan. Tapi memandangkan kita kena check in kat Terminal 2, so moh la kita gerak ke sana dulu. Tengok-tengok keadaan, cari dulu kaunter mana kena check in, so nanti takde la rushing sangat.

Dah confirm kan keadaan kat terminal 2, meh kita sambung soping dulu. Hehehehe rambang mata sampai tak tau nak beli apa lagi. Semua pun menarik. Kat terminal 2 ni ada 2 lokasi kedai Disneyland tau. Satu sebelah kanan, satu lagi kat sebelah kiri. Ada beza sket la barang antara dedua kedai tu. So rerajin la singgah dan belek k.

Alhamdulilah nasib beg tak beranak pinak hehheee... Tapi yang pasti keberatan beg ako bertambah dari masa datang aritu. Aiyaakkk nasib la dapat luggage 25kg dari Malindo. Terima kasih malindo. 25 kg memang sangat banyak dan berguna OK!! Harap flight yang lain tu dapat la bagi luggage sebanyak itu dengan percuma hahaha.. (dalam mimpi je la...)

Plan nya nak check beg dulu then baru nak g cari lunch. Kata nya ada kedai halal Popeye kat terminal 1. So gigih la tunggu kaunter buka. Bapak lama derang ni baru nak buka kaunter. Perut dah kebulur sangat. Hati dah panas, kepala dah pusing. Buka je terus terjah kaunter untuk drop bag. Tapi sebelum tu kena plak print boarding pass yang kita dah web check in. Kisah nya kan malindo kalau nak web check in kena 48 jam sebelum. Maka nya sehari sebelum nak balik, baru la kitorang web check in so takde la nak print kan boarding pass tu. 

So bila tanya kat information counter, derang cakap kena print juga. Maka nya gigih la cari tempat nak print boarding pass. Terletak sekali dengan wrapping bag tau. Tapi ya ampun mahal cekik darah betul!!!!!!!!

Satu kertas HKD4.
So ako fwrd la email boarding pass yg ada pdf tu ke printer derang.
Sekali kuar depan belakang pastu ada la saki baki mcm lebihan page yang ketiga.
Itu baru boarding pass ako. Belum boarding pass sis lin. 
So bila dah print semua sekali, jadi nya paper tu dikira 2 helai setiap sorang.
Ako kena bayar harga 2 helai kertas tu dengan harga HKD8 bersamaan lebih kurang RM5 ....
##nak mecarut je rasa!!!!!!!

Oiitttt kat Msia print tak sampai singgit pun!!!! Ako siap bertekak dengan orang yang jaga printer tu. Tapi nak tak nak kena bayar gak... Bongok betul laaa.. so next time korang please bare in mind, kalau nak print, pastikan pdf korang tu tak lebih satu mukasurat ye.

Lepas check in, terus kitorang bergegas ke terminal 1 balik.
Nak cari makanan punya pasal tapi rupa nya kedai Popeye tu bukan kat luar.
Tapi kat bahagian dalam yang lepas korang dah check kastam sumer tu....
Adoiiiii ni memang nak kena maki juga airport HK ni.....

Sudah nya kitorang decide moh je la kita masuk ke boarding area terus.
Mana tau, kat terminal 2 ada tempat yang kita boleh 'cuba' cari makan.
Dapat minum kopi pun jadi la...

Oh ye nak ke gate pelepasan kitorang kena naik sky tren ke hape nama nya. Kira kat tempat lain la flight nak boarding. Tapi tengok betul2 tau no gate korang sebab ada 2 perhentian. Gate kitorang di hentian yang kedua.

Keluar je terus cari kedai makan.
Nan ado!!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Laaapaaarrrr!!!

Pastu ako nampak Pacific Coffee...
Arghhhhhh terus order cappuchino ice ngan beli roti salmon.
Ok ni memang tawakal.  Sebab isi pun memang salmon ngan telur sahaja.
So ngappp aje la!! Janji dapat isi perut.
Alhamdulilah, kali ni kamie tak terkejar kat pintu gate berlepas (teringat kes kat airport vietnam)

Dah kenyang baru la muka ada berseri seri sket nak tunggu flight balik.

Kecik je kapal torobang kitorang. Anyway, tengkiu Malindo Air sebab offer tambang murah ke Hong Kong dengan keselesaan dan luggage plus makan yang sedap. Insyallah ada rezeki naik malindo lagi, dapat offer yang OK, apa salah nya kita cari destinasi lain plak kan sislin. 😉

#Grilled Chicken Tight with Creamy Black Pepper sauce

Sedap sangat ke sebab ako memang tengah lapar eh?! hahaha tapi seriously memang sedap!!

First time naik malindo.
Sangat berbaloi...
Terima kasih.. nanti kita cuba naik lagi.

Yeay nak sampai KL dah...
Kamie touch down awal dari yang sepatut nya.
Sampai je KLIA, terus amek luggage terus amek ERL, kita gerak ke KLIA2 pulak.

Terus tunggu flight ke Johor Bahru jam 10:55 malam.
Selamat sampai di Johor Bahru jam 12 tengah malam.

Dan berakhir sudah cerita percutian ke Hong Kong.
Tahun depan kita kemana pulak sislin???
NZ? Japan? Yeehaaa tunggu... Jumpa tahun depan ye insyallah.

Nota Jemari: tengkiu pada yang sudi baca..moga memana info boleh jadi rujukan korang nanti.
Share:

3 comments:

  1. Lepas ni ke mana lagi Ret?
    Insya Allah Riani plan nak gi nippon :-p
    Tengah kumpul info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada plan Hokkaido 2020 ngan member opis...
      Tapi ngan sis lin ni belum plan pape lagi hehehe...
      Tapi awal Jan 2019 ke Bangkok dulu..

      Riani,
      Nippon 2020 laaa.. sukan Olimpik hehehe

      Delete
  2. omg i miss flyinggggg

    www.raydahalhabsyi.com

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.