16 April 2010.
Balik bercoti dari korea tempoh hari, jumaat sudah masuk opis. Memang penat la jugak. Jumaat tu plak kena gi PD sebab ada urusan persiapan untuk family day department pada keesokan harinya. Ako, Sri, Murshi, Kak mas, Ryn dan kak maznah telah bertolak ke PD awal daripada mereka yang lain. Begitu juga dengan Pian dan rizuan, lagi awal dari kami.

Macam-macam urusan before bertolak dan kami selamat tiba di PD tepat jam 3.30 petang lebih kurang gitu. Perkara utama harus check-in dulu. Oh ye family day kali ni diadakan di resort peranginan BNM di Port Dickson.

Beberapa persiapan terakhir perlu dibuat sebelum berlangsungnya hari keluarga department ako. Banner digantung bagi menyambut kedatangan mereka. 

Mereka bertungkus lumus meniup belon. Panas di tepi kolam sambung plak di dalam banglo.

Mereka memang bekerja keras bagi sama-sama menjayakan majlis ini. Terima kasih sumer.. eheh macam ako plak yang 'berkuasa' kan wkakakakaka..

Setelah berpenat lelah bekerja waktu siang, malam nya plak kami disaji oleh masakan kedai. Kira malam tu bos banjer makan yaahooo..... Pengarah ako ni ober excited, dia la owang paling awal sampai pada petang jumaat tu. Hhehhehee...

Sabtu, 17 April
Hari-hari yang dinantikan oleh warga keluarga JASM.
Yeehaaaaaa... erkk kisahnya kami sumer bangun lambat pagi tu. Tak pasal2 sumer org dok menunggu esp pagi tu patutnya kena join xtvt poco-poco aka senamrobik. Mati la kena kutuk sebab muncul lepas xtvt senarobik selesai. Gurllppp... taaakottt!!

Pastu bekfes...
Then ucapan dari Pengarah secara langsung merasmikan acara hari keluarga JASM 2010.

Acara pertama pada aritu adalah buat kanak-kanak berumur bawah 5 tahun tapi biasa la kan, slalunya mak bapak yang terlebih excited dalam acara2 macam ni. Muahahhaha Lihat aje la aksi para ibu bapa memberi kata semangat dan tunjuk ajar pada anak-anak mereka yang tak tahu pape itu.

Seterusnya acara kepit bola. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan. Merah, Biru dan Kuning. Hehehehe memang lucu arr klu tengok aksi derang dalam game ni. Macam-macam gaya. Tapi derang memang sporting abeshh laaaaa!! Pedulik ghope dah macam hape janji masing2 bersungguh-sungguh nak menang.

Bersilih ganti acara budak2 dengan dewasa. Kali ni budak2 berlumba meniup dan memecahkan belon. Macam biasa, sape yang berkaja pecahkan belon dulu, dia dikira pemenang. Memang la anak-anak excited tak lepas juga mak bapak dengan kata2 semangat untuk menang.

Patutnya ni acara kanak-kanak tapi dah cukup, campurkan aje la owang dewasa dalam ini permainan. Ala, adat bermain musti ada yang nak menipu punya. Its just a game, rite.. For FUN only so tak yah la nak heran sangat bila ada yang main tipu hahahaha.. Tak tipu tak meriah suasana, betul tak?!!!

Banyak lagi acara-acara yang berlangsung pagi itu. Acara berakhir lebih kurang jam 11 pagi. Kemudian penyampaian hadiah kepada para pemenang. 

Pemenang sukaneka hari itu jatuh pada rumah merah. Tahniah! Group ako, kuning berjaya meraih tempat kedua dan kami dapat paper beg 'cycle' sempena kempen bumi hijau ni kan. So pasni klu nak soping just bawa je paper beg kat atas tu. hehehehe

Cenderahati untuk sumer staff JASM. Yang tak datang pun still dapat juga. Tengkiu JASM.

Pastu ako antara 20 orang yang 'lucky'.... Dapat le hadiah macam kat atas ni.. jadi la kira bertuah juga la kan. Sape kata tak bawa 'laki' takkan dapat 'lucky'.. hahhaa

Memandangkan yang bawa family, anak2 mereka dapat goodies, so bagi kami yang SINGLE ni plak, dapat la 2 keping voucher GSC. Yeehaaaaa mau deting tengok wayang arr lepas ni...!!

Family day kali ni berakhir dengan jaya nya pada tengahari itu. Lunch dan kemudian adalah acara bebas. Apa lagi berendam dalam kolam.. gedebuussssshhhhhh!!!


Meh kita lihat aksi-aksi mereka sepanjang family day tempoh hari.

Aksi para ibu berkepit bersama anak mereka.

Selain 'ibu', anak juga mahu berkepit dengan bapa mereka.

Tak lupa juga masing-masing mahu tunjukkan betapa mereka sayang antara satu sama lain. huh... jeeelesssss nak jugaaaaa!!!! :p

Dan antara keluarga bahagia... 

Aikkk mana pigi yang SINGLE??? bersambung....

Nota Jemari: huhu....