Tengahari semalam kowang tengok tak citer Jalan-jalan Cari Makan? Serina bawa makan kat satu restoran kat area Setapak. Nama kedai itu Restoran Liki-liki. Lebih specific lagi kat area Platinum Walk, Danau Kota. Ok memandangkan macam menarek kan makan stimbot, so mengajak ler si carneyz tuk lunch sesame. Tapi bila sampai kat situ, kedainya tutup pulak. Aduss putus anak tekak, hilang selera, mati napsu. Pada pemikiran mungkin kah mereka tutup pada hari minggu??

Last-last kami sepakat ke Wangsa Walk sahaja.

Dalam banyak-banyak kedai akhirnya kami memilih untuk melantak di "Little Wok Kitchen". Ini makanan chinese style. Kebulur dibuatnya, sudah jam 4 petang masih belum makan tengahari.

Kisahnya mahu merasa teh cina barang secawan dan seteguk sahaja. Tapi sebabkan salah pemahaman, tak pasal satu teko dia hidangkan pada kami. Gurlppp... sudah lah si carneyz x minum sangat teh itu. Takut kerugian terpaksa la juga ako ngabihkan satu teko teh cino itu. Terkucil2 dibuatnya.

Wantan goreng. Sedap mmg pebret ako nih. Cicah plak dengan sos cili thai camtu. Perghhhh, memang masyukkk arr!!

Ini nasi goreng cina bersama seketul ayam goreng. Ini makanan si carneyz. Ishh ishh owang tua2 cakap x elok makan dalam kuali. muahahahaha.

Dan ini pulak set sutun dan udang butter style. Ermm ok laa tak ghase pape sangat. Tak tawar , tak manis. Sesuai arr kang ko melantak manis,masin kang banyak kolestrol plak.

Lepas makan, jalan-jalan pusing satu wangsa walk. Pastu kepenatan. Sudahnya perjalanan kami berakhir di kedai tukang urut area platinum walk. Perghhhh syiokk nya dapat massage2!! Lega segala urat-urat sendi. Harus kena terai urut badan plak lepas nih.

Nota Jemari: senang berurusan dengan owang-owang BUJANG dan SOLO!!