Suka makan McD?
Pernah guna apps Mcdonalds yang baru?
Selalu buat order melalui mcdelivery?

Ha, kalau korang pelanggan yang tegar macam ako, konpom korang perasan contest yang satu ni iaitu #Fattzura hantar McD. Contest ni dibuat dalam bulan Ogos yang lepas. Sebulan je pun contest nya. Syarat dia senang sangat, just beli mcDelivery dalam masa sebulan tu, lepas tu isi borang online kat apps mcD. Semasa isi borang online tu, pilih la artis mana korang nak dia hantar mekdi ke tempat korang, samada Fattah Amin ataupun Fazura. Ako pilih Fazura dengan harapan KALAU menang, takde la segan nak pelok ciom bagai. Hahahaha awal-awal dah pasang niat nak pelok ciom bagai..hahah #verangan itu percuma kan 😁. Simple sangat-sangat kan syarat nya. Dek sebab senang dan simple la ako sesuka masuk contest ni dengan niat memang tau takkan menang punya la. 

Masuk je bulan september ako dah lupa pasal contest ni. Padahal baru je beberapa hari berlalu hahha. Ada satu miscall. Ada la berkali-kali juga la no tu call. Ako ni, kalau no yang takde dalam phonebook, ako memang malas nak jawab. Masuk la satu mesej kat Wassap tapi ako tak terus baca wassap tu. Ako biarkan aje dulu. Esok nya baru ako tergerak nak baca wassap tu. Gurlppp terkejut macam tak caya!!
Memandangkan mesej tu semalam nya kan, ako takut la mesej tu dah tak valid lagi. So ako pun reply dengan harapan dia akan call ako balik. hahahaa.. Tak sampai lima minit lepas dia baca, dia terus call ako. Borak... cakap itu ini... tanya itu ini... so akhirnya terjawab sudah.

YES!!! I'm the winner!! Meaning FAZURA akan datang rumah iols la kan?!!! OhmGeeeeeee!!
Yeehaaaa.... rasa nak melompat gumbira!!!
Kegembiraan ako tu dirasai together2 ngan rerakan opis yang lain.
Masa tu kitorang tengah on d away nak kuar lunch ke SPM.
Hahah semua pun tumpang gumbira.

Oh my god!!
Menang weiiii!!
Seriously???
Tak pernah-pernah masuk contest terus menang.
Haahhaaah...
Tuah di kala umur makin 'senja' kah?! wkaakkaa...

So, ako inform Shah, lepas ako balik bercoti, ako memang available.
Maka nya kami pun set la the date.

Pastu terus ako tergerak nak check kat website mcD.
 #woot eh ada la nama kita !
  
Sehari sebelum kejadian, Along, assiatant Shah plak mesej bagitau schedule terkini.

Hari yang dinantikan.
Detik yang ditunggu-tunggu.
23 September 2018
Tarikh bersejarah.

Along sampai dulu dalam pukul 1:50 petang.
Dia tengok keadaan dan situasi tempat nak shooting.
Pastu tetiba segerombolan rombongan wakil pihak mekdi dan orang perseorangan yang lain pun sampai lebih kurang jam 2:30 petang. Perghh ramai gila weii!! Meriah la kejap kawasan kejiranan ako ni. Hahahaha dah macam tengah shoot drama plak aii rasa. 

Then ako diperkenalkan dengan assistant director, ntah lupa lak nama dia.
Dia bagi serba sikit penerangan, apa yang harus ako dan tetamu ako buat untuk shoot mekdi bersama Fazura ni. OK, kita kena berlakon la sikit ye kengkawan sekalian.

Dan bermula la persiapan setting lampu, kamera dan 'kamie'.
Time ni memasing tengah cuba nak menghayati watak. hahaha.. Jom tengok persiapan pihak crew yang lain.

Separuh setup nya di luar rumah. Tak sempat plak nak snap yang bahagian luar.
Siap buka khemah lagi. Dah ingat ada kenduri plak kat rumah ako. hahah

#Stand by dah kat tepi pintu.

Sebelum shoot ngan Fazura, derang ada prektis dulu. Dia soh kita shoot tanpa Fazura dulu. Jom layan bideo pre-shoot before jumpa Faz.



Take 1
Take 2
Take 3
Action!!

Hahaha takde banyak take pun.
Sekali cukup... ni pro punya pelakon pembantu hahahaa..

Berpeluh tunggu Fazura muncul.
Jom kita tinjau dia tengah shoot kat luar rupa nya..
Laayaann..



Haha baru tengok dari jauh je ni, halus je orang nya ek!
Cop! Awal-awal nak bagitau, harap maaf kalau audio, gambar dan apa-apa je la yang kurang jelas.
Ater sumer pun excited sampai tak boleh nak fokus. Blogger tak boleh nak upload video panjang, dah terpaksa edit jadi kontot-kontot.

So are you ready?!!! It's time!
Here we go!!ACTION!

Fazura : Assalamualaikum
Ako : Waalaikumsalam. Abin, mcd dah sampai tu.
Ako : Arghhhh.... FAZURAAAAA!!! Abin, fazura datang! Betul ke ni?? Macam tak caya je.
Fazura: Saya cari Retna nak hantar mcdonalds.
Ako : Betul betul.. 
Fazura: Boleh saya masuk?
Ako: eh masuk masuk!!

Pastu mmmmuaaachh pelok ciom!!
Haaa.. niat nak pelok ciom kan?!!
Berjaya! hahaha..


Ok situasi dalam rumah bila Fazura masuk memang tak terkata dah...
Lintang pukang bideo nya. Ini pun terpaksa edit hahaha...


Ommmooooo mooo macam tak caya je kan!!
Fazura in da House!!



Ha pastu kita tanya soalan la sikit kan.
Ekceli masa ni semua tetiba macam blur, terdiam kejap.
Hotak blank sebab tak terpikir soalan.
Hahhahadoiiiii.. awat la tetiba otak jadi beku.
Bukan ako sorang, semua pun sama.
Terkedu kot kekdah nya.
Semua teruja dan tergamam tengok Fazura depan mata.
Cantek!!
Comel!!
Ntah apa yang ako tanya walhal dah tau pun dia baru balik dari LA.
Soalan tu juga ko nak tanya balik cik retna oiii...

hhahahaha... jadi laaa.. dah memang tak boleh nak capture soalan-soalan lain dalam kepala hotak ni.
Pastu tetiba Abin soh Fazura nyanyi!!
Hhahahah... amek!!
Ok sore sedap!
Pass!

Next....

Dah borak, dah makan, kejap je dalam lebih kurang 30 minit kot lepak ngan Fazura ni.
Kita selfie dan boomerang.
Konpom ada yang dah tengok gamabr-gambar boomerang kitorang kat IG story missfazura.


mmuaacchhhh cikit 💕

Maka selesai la sudah sesi #Fattzura hantar mcD.

Dah jom balik kata nya! hahaha
 
Ako tak tau plak mcdelivery ada yang guna kereta.
Hahha ke sebab nak shoot untuk contest ni je?!
Pape pun tengkiu Mcdonalds sebab pilih ako jadi salah sorang pemenang.
Rezeki retis datang rumah ko!!

Dia ni la assistant director.
Tapi ako lupa nama dia hahahha..
Kot la dia terbaca, terima kasih untuk semua krew-krew production sekali ye!!

Last but not least, tengkiu mcd, dapat cenderahati lagi.
Tshirt dengan tanda tangan Fattah & Fazura.

Yiippieeeeee!!!

Untuk tetamu tetamu ako, terima kasih sebab sudi memeriahkan suasana. Korang memang ohsem!!!

Nota Jemari: tunggu official video dari pihak production or mcD.. tunggu iklan kot kat FB/IG mcdonalds.