Good morning Bangkokkkkk!!!!
Brekafast dengan Kopi Caramel & Megi Cheese ..
Eerkkkk... hahaha jadi laa.
Brekafast dengan Kopi Caramel & Megi Cheese ..
Eerkkkk... hahaha jadi laa.
Hari kedua di bumi Thailand.
Plan arini nak jalan-jalan melawat kuil.
Hahha matilanak, kat msia pun x pernah nak jejak.
Alih-alih sampai Bangkok, tergedik ko nak masuk kuil eh.... 😜
Kali ni perjalanan kita guna BTS je k.
Ni macam LRT la kalau kat Malaysia.
Nak ke BTS paling dekat iaitu Ratchaprarop (Airport Rail Link Route-ARL) kena la jalan kaki sikit. Sambil jalan-jalan tu, ako tengok banyak betul kedai makan selera india kat situ. Dah rasa macam jalan kat Bombay plak hahaha.
Kami akan menaiki ARL (line merah tu) menuju ke BTS Skytrain Phaya Thai (line hijau muda).
Rabbit card (macam touch n go) tak boleh guna kalau naik tren ni.
So kena la beli cip coin.
Yeay dah sampai Phaya Thai.. Satu station je pun dari tempat kitorang.
Ok kat sini dah boleh guna rabbit card tu. Moh kita top up dulu ye.
Matilanak nak mendaki tangga tu. Hahahaa kat KL pun dah lama tak mendaki camni.
Chaiyok SisLin ...pepagi dah eksesais kaki ye😜
BTS SkyTren ni sama je lebih kurang macam LRT kat KL.
Pastu line dia pun x banyak. So untuk pertama kali jejak kaki kat sana dan pertama kali nak naik BTS ni, ako rasa korang tak de la nak pening-pening sangat nak baca map station dia.
Hari kedua ni kami plan nak ke Chao Phraya River.
Kata nya nak ke kuil kan.
So camne nak ke sana ye?
Dari Phaya Thai Station , korang leh amek Skytren ni menuju ke Saphan Taskin Station (Silom Line). Pastu dah sampai sana korang Exit pintu no 2 dan terus ke jeti.
Kat situ nanti korang leh cari kaunter tuk beli tiket nak naik bot. Ada 5 jenis bot; 'Orange Flag', 'Yellow Flag', 'Green Flag', 'Blue Flag (Tourist Boat)', 'no flag (Local Line)'. Setiap jenis bot ni ada laluan derang sendiri dan akan berhenti kat berlainan tempat.
Kitorang kan tourist. So kami plan amek 'Blue Flag' bot.
Kitorang amek pakej 'one-day river pass' berharga 200 baht.
So korang bole turun naik bot ni sepanjang hari.
Antara laluan bot ni, korang boleh pegi "Wat Arun Temple" , "Wat Pho Temple", "Muzium Siam", "Wang Lang Market", "Flower Market", "Chinatown" dan banyak lagi.
Tengok bot ni teringat "Hop on Hop Off" bas kat KL ni. 😍
Kata nak tengok pemandangan kan, moh la kita dok kat dek atas yang terbuka ni.
Pastu kasi pose sikit.
Pastu bot gerak gerak, dah kita rasa nak muntah. hahahaa...
Pastu kita dok pikir....
Nape la kita berpanas kat atas ni ek?
Hahaha.... terik nya weiii!!!
First pit stop, Wat Arun Temple.
Cop!! Hahah tapi kitorang tak masuk sampai ke dalam.
Takat pintu gate sudah...Tiket masuk dalam 50 baht.
Jadi la, janji dah sampai depan pintu nya kan. hahaha...
Pusing-pusing keliling Wat Arun ni, pastu kitorang naik bot ke tempat lain plak.
Second pit stop, kita ke Wat Pho - Temple of Reclining Buddha.
Yang ni memang ako nak tengok sangat.
Buddha terbesar tengah baring dalam kuil.
Nak masuk kena la beli tiket dulu.
Harga tiket dalam 200 baht.
Beli tiket masuk, dapat air mineral percuma.
Nak masuk ke dalam kuil ni kena buka kasut n topi.
Diorang akan sediakan plastik untuk kita letak kasut.
Korang bawa la plastik berisi kasut tu sepanjang korang kat dalam kuil.
Sebab nanti pintu keluar nya kat tempat lain.
Reclining Buddha ni antara wishlist ako nak tengok.
Patung buddha ni panjang nya 46 meter dan tinggi 15 meter menjadikan ia antara buddha terbesar di Thailand.
Kawasan Wat Pho ni besar.
Selain korang leh tengok buddha terbaring tu, korang bole gak melawat kawasan keliling nya.
Lagi detail, korang leh baca je kat wikipedia pasal Wat Pho ni.
Dah puas berjalan keliling Wat Pho, moh kita naik bot lagi ke tempat yang lain plak.
Third pit stop, kita singgah kejap ke ICONSIAM.
Satu-satu nya soping mall yang berada berdekatan situ.
Antara wishlist juga ni sebab kata nya kat dalam mall ni ada 'indoor floating market'.
Kata nya kat dalam ni ada makanan halal.
Jenuh juga sebenarnya nak mencari kedai yang jual makanan halal tu.
Pusing punya pusing akhirnya terjumpa juga.
Gerai jual pelbagai lauk nasi campur.
Memang ramai sungguh orang, sebab situ je satu-satu nya kedai halal yang ado.
Pastu kita cuba la eksrem kelapa jeli ni.
Pastu minom plak Thai tea ni. Nikmat nyaa!!
Melepak kat ICONSIAM, sedar sedar dah petang.
Moh la balik, tapi sebelum pulang kami sempat la menyinggah ke MBK Shopping Center.
Saja jengah-jengah cuci mata.
Pastu tetiba cam kelaparan. (memang ke bangkok ni asyik makan je koje nya)😅
Yana Restoran menjadi pilihan bila dah berada kat MBK ni.
Ni kira makan malam bagi kami.
Pegi siam tak sah kalau kita tak pegi massage, betul tak? heheh...
Kali ni massage dalam bilik je.
Kasi call, booking masuk bilik...
Selesa sket.
Pastu kami akhiri malam kedua dengan sebotol susu pisang....
KrrooHhhhh......
Nota Jemari: betul betul jalan jalan cari makan ni ahahah😆
8 Comments
Rindunya ngan Bangkok!
ReplyDeletehahahha ada rezeki jom kita pegi lagi hahaha
DeleteHarusss
DeleteBab makan2 tu memang awesome kan....
ReplyDeleteyezzaaa....
DeleteNanti kalau nak repeat ajak Sa tu...hehehe...dah kurus sikit ni..kena la makan2 trip lagi...
ReplyDeletewakakkakaka kan!
Deletedah kurus bole buat trip jjcm plak ye :p
oo..pegi pun iconsiam..best kan? suka sgt deco2 kat sana, cantiks... lagi satu prestation food nya....kreatif. windunya bangkok...3 tahun lebih dok sana...7 eleven kat sana pun best, kan?
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com