Dah nak setahun rupa nya entry ni tertangguh. Harap masih ada yang sudi menjenguk.
Perancangan tahunan untuk tahun ni nampak gaya nya terpaksa ditunda.
Moga COVID-19 cepat la terhapus.
Dah rindu sangat nak naik kapal torobang.
So sempena tak dapat nak ke mana-mana tahun ni, moh la kita cuba mengimbas kembali percutian yang lepas. Ke mana kita ney??!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yeezzza, again ako ke Bangkok!
Kali ni percutian tahunan bersama SisLin.
Flight ke Bangkok awal pagi. Macam biasa, malam sebelum bertolak, kami dah lepak kat airport. Senang sket , tak perlu nak kelam kabut. Lagi pun, flight sislin dari JB pun akan sampai lewat malam tu juga. Jadi kami berpakat lepak mengopi sampai tiba waktu untuk pelepasan.
Tengah syiok syiok melepak ternampak kelibat yang macam kitorang kenal je. Hahahah... rupa nya si Jun pun nak tunggu flight pagi ke Bintulu. Sejak dah kurang aktif berblog ni, memang lama kami tak berkumpul macam dulu. Rezeki plak terserempak ngan boss MSJBOX ni. Maka nya mengopi la kami bertiga sampai tiba masa nya.
Lebih kurang jam 4 pagi kami ke balai pelepasan. Tunggu situ sampai la tiba waktu untuk masuk ke kapal torobang.
Yeehaaa..... we're ready to depart.
Untuk SisLin yang pertama kali dan untuk ako yang kedua kali.
Ayoh, apa yang menanti kami di sana.
Perjalanan dari KL ke Bangkok mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Seperti sebelum nya, ako masih selesa menggunakan perkhidmatan Klook.com untuk pengangkutan kami dari airport ke hotel. Sebab kan berdua je, so book kereta sewa je. Kereta nya sangat selesa, servis pun cepat dan mudah.
Kereta nya pun luas. Dah macam "mem" plak ye SisLin tu. Hahah...
Masih memilih hotel di area Pratunam.
The 93 Hotel menjadi pilihan kami.
Lokasi agak strategik, berdekatan dengan makanan halal dan juga pasar malam pratunam.
Bilik sangat selesa dan luas.
Yang tak best nya servis kat receptionist sangat la 'kekwat'.
Staf kat situ tak berapa nak 'friendly'.
Tak banyak membantu sangat kalau kita bertanyakan soalan.
Takde "bellboy" untuk angkat beg kami yang berat tu.
Takde staf yang menyambut kami masa urusan check in.
So, ako comparekan semasa ako menginap di CITIN Pratunam Hotel, jauh sangat beza servis nya. 😉
Selesai urusan check in, kami ke Maedah Restoran untuk mengisi perut.
Lapar yang amat hahaha..
Kita bagi chance kat kakak untuk pilih menu.
Paling ako suka tomyam kat situ.
Mangga jus memang 'pior' mangga semata-mata.
Ni macam ko minum mangga kat Restoran INSAF.
Perut dah kenyang, hati dah senang.
Moh kita jenjalan naik 'tuk tuk' ke Chatuchak Market.
Pertama kali naik dulu memang rasa jakun la sikit.
Kemain laju budak 'tuk tuk' ni bawa sampai melayang-layang tudung dibuatnya.😂
Baru perasan satu gambar pun takde kat Chatucak Market rupanya.
Adoiii nampak sangat sakan soping nya kan. Hahaha...
Makan malam di hari pertama iaitu pulut mangga.
Gerai pulut mangga ni betul betul kat bawah hotel kami tu je.
Tempat duduk adalah limited, so bila nampak je kosong terus kami melantak dulu.
.:kakak sempat menyoping bag itu di chatuchak:.
Dah kenyang, moh soping lagi hahahaha...
Memang menyoping je la keje nya kami kat sana.
Sambil cuci-cuci mata gak.
Pasar malam dia macam korang gi Uptown la.
Cuma baju-baju dia kadang ada yang x jual kat tempat kita.
Pasar kat situ, waktu malam orang lain jual tau.
Belah pagi nya orang lain plak niaga.
Soping belah pagi senang sikit nak tawar menawar dan harga nya lagi murah berbanding soping pada waktu malam.
Miang Plang Pao atau Ikan Bakar Garam.
Korang yang pernah ke Bangkok, ada try tak ikan bakar camni?
Ikan bakar guna garam je pun, bole laku juga eh kat sana... eehehe..
Agak-agak kalau kat Malaysia, boleh jalan tak bisnes camni?
Dah puas jalan-jalan, soping, makan, moh la kita masuk beradu.
Esok masih ada.
Esok takde soping.. eh ye ke?
Hahha... so kemana kita esok??
Tunggu!!!😁
Nota Jemari: setahun membisu.... akhirnyaaaaa
5 Comments
Alahaiii sedapnyaa ikan garam tu weyyy...betapa nikmatnya makan malam tu kannn...dan malam -malam seterusnya hahahaha
ReplyDeleteHahahaa... Syurga makanan 😂😂
DeleteAlaaaa....rindunya nak pi sini....kalau korang pergi sana menyoping..SA more to enjoy the scenery dan of course gambar kena beribu
ReplyDeletehahahaha... depends gak ni.. tgk mood, kalau kali ni menyoping, next time pegi kita cari scenery plak.. wah.. berapa kali nak kena pegi kan wkakaka
Deleteikan garam tu paling best ada satu restoran tu kat bawah jambatan, lupa plak nama dia..memang fav tu. pratunam market..yes pagi org lain, malam org lain berniaga. byk lagi port best shopping ni..kat chinatown..ada byk kain lace murah2, pas tu platinum pun best shopping. Icon siam gi tak? shopping mall paling baru (tahun 2019 tu la) saya puns empat gi 2-3 kali je, sbb feb 2020 dah balik dah...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com