Taaadaaaaaa!!!
Rasa dah lama tak gi holiday kan.
Setelah setahun beli tiket, akhirnya tarikh 26-29 Jan 2019 kami terbang ke Bangkok, Thailand.
Yeehaaa.. ni first time nak jejak negara Siam ni.
Debo pun ada gak, tambah-tambah kena bawa The Kakaks gi bercuti, lagi ar tambah debaran.
Kena prepare mental dan fizikal ni sebab 100% persiapan sumer mengharapkan ako sorang.. #pengsantapiahkakisSUKA hahaha
Sumer pun dah sedia maklum kan, sekarang ni kalau terbang dengan AirAsia, check in adalah sendirian berhad. Sumer pun kena buat sendiri. Dari mula ko check in, print tag, print boarding pass, pastu check in bag pun sendiri je buat. Senang je ekceli, orang yang first time pun confirm terror punya la.
Pasti kan korang print dulu tau tag bag tu. Gi print kat kioks yang bole print boarding pass tu. If let say, korang ada masalah macam tak cukup plak kg yang korang beli tu, jangan risau, korang mmg konpom tak boleh nak teruskan check in sndri tapi korang bole proceed ke kaunter bayaran untuk beli extra luggage tadi. (paham kan..?!)
Kali ni ako menggunakan khidmat wifi dari roaming man.
Sangat berbaloi, murah dan tiada deposit untuk warga tempatan.
Book online , pastu korang bole pickup wifi tu kat KLIA or KLIA2.
Roaming Man ni kalau kat KLIA2, dia terletak kat Level 3, International Departure Hall (kat belakang check in luggage row Y, sebelah dengan kedai HengHeng Local Delights). Memang senang je nak spot tempat roaming ni.
Kalau korang kat KLIA, korang bole spot kedai roaming man ni kat International Departure Hall (depan McDonalds).
Kali ni trip bawa the Kakaks gi jalan-jalan cari makan sambil soping soping cuci mata.
the Kakas dah ready dah terbang jauh!!
Dah la first time nak jejak Bangkok ni.
Bangkok, here we come!!!
Tunggu kami sampaiiiii...............hahhaa..
2 jam perjalanan dari Kay Ell.
Yeehaa kita dah sampai, yeay!!!
Bangkok is sejam lewat dari Malaysia.
Memandangkan kami naik AirAsia, maka kami berhenti di Don Mueng Airport.
Transport nak ke bando agak leceh sket klu nak hangkut the Kakaks sumer naik bas kan.
Jadinya ako dah book sesiap van dari Klook.com.
Ko kluar je lepas cop passport dan amek luggage, ko akan nampak banyak betul sign board kat luar.
Just spot je nama ko, nanti orang dia akan approach n inform driver. Kena tunggu driver lebih kurang 10 minit kata nya.
Soploh minit yang dijanjikan, mpv yang kitorang booking pun muncul. Alhamdulilah, risau gak ekceli sbb soploh minit tu rasa macam lama sangat. Hahaha payment dah buat sesiap, buat nya tak sampai2, memang ada yang hentak-hentak kaki kang kat situ hahaha.
Pape pun alhamdulilah, selamat dah perjalanan kami dari Airport menuju ke hotel di area Pratunam. Kami sampai dah nak waktu tenghari, maka nya jalan ada sikit sesak.
Rasa nya dari airport ke pratunam ni macam x jauh, lebih kurang setengah jam je tapi sebab kan sesak, jadi nya perjalanan tu macam lama la sikit.
Kami stay kat CITIN Pratunam Hotel.
Booking melalui booking.com
Bayaran dekat hotel. Tiada deposit!!
Proses check in sangat mudah dan cepat.
Cuma nya, sebab kan kami book bilik connecting, dan kebetulan bilik tak ready lagi, jadi nya kami plan untuk makan tengahari dulu.
Ramai plak time ni nak check in juga. SO moh la kita gi melantak dulu.
Urusan check in nya cepat cuma nak tunggu bilik ready tu yang lama.
Jalan - jalan area pratunam, ternampak kedai makan MAEDAH. Bila dah jumpa kedai halal, so apa lagi, terus terjah. Kelaparan memasing.
Kedai ni 2 tingkat.
Ada aircon.
Toilet pun ada, bersih sangat.
Waktu malam memang FULL kedai ni.
So makna nya memang OK la kan kedai ni. hahaha ke memang itu je satu-satu nya kedai makan HALAL area Pratunam eh? Ako takde la nak explore sangat, dah jumpa satu, memang situ je la arah tuju. Al-maklom trip the Kakaks ni kena paham-paham, nak jalan jauh-jauh cari makan, kang ada yang mood ke laut memanjang. Perot mengatasi akal haaaha oppss... #okAbaikan
Makanan dia memang thorbaekkk!!!
Dijadikan citer, kita order TOMYAM tapi sampai ke sudah TOMYAM tak muncul-muncul. Rupanya tukang yang amek order boleh lupa nak bgtau orang dapo soh masak TOMYAM kitorang. Tapi sebab kan memang tujuan utama nak makan tomyam kan, jadi nya kitorang tetap setia menunggu sampai TOMYAM tu masak. Dan hasil nya memang sangat puas hati!!
Sedap tapi takde la pedas sangat pun.
Sesape yang tak tahan pedas, still leh makan la.
Pebret dish kitorang lauk ikan ni.
Memang FRESH, SEDAP hingga menjilat jari! hHAHA
Dua kali kitorang repeat makan kat kedai tu, tetap order ikan ni lagi. Sangat puas hati.
Tu ako letak antara menu yang ada kat situ.
Dah kenyang, moh balik hotel.
Alhamdulilah bilik dah ready.
Kami amek connecting room.
Ini bilik no 1, katil double queen.
Bilik yang ini sangat luas bandingkan dengan
Itu pintu tembus ke bilik sebelah.
Bilik no 2, 2 katil single.
Kecil sket keluasan bilik nya tapi masih lagi selesa.
Masih ada lagi ruang untuk solat dan melepak.
Bilik air pun sangat selesa.
Meja solek.. complimetary just kopi dan mineral sahaja. Yang lelain kena bayo ye.
Hotel ni nampak macam hotel lama tapi dari segi keselesaan & kebersihan, memang recommended!! Staf pun friendly dan sangat membantu.
Dah masuk bilik, dah selesai segala hajat, dah bersihkan diri, jom kita kuar balik.
Plan asal memang dah lari sangat ni, so terpaksa tukar itineri.
Memandangkan ako kena collect rabbit card kat Siam Center, ahjom la kita ke sana dulu.
Macam mana nak ke sana?
Google, paling senang naik BTS dan benti kat stesen SIAM.
Tapi kalau dari hotel macam mana pulak nak ke BTS stesen??
Google lagi kata nya jalan kaki dalam 10 minit je.
Ok la jom kita jalan kaki je ke BTS dengan berpandukan google maps.
Sekali hamek ko, dia soh nya ikut laluan landasan keretapi.. haaaadddooiiiii!!!!!!
Kita follow la, lorong umah orang kat tepi tepi sepanjang landasan tu. Ekceli seriau pun ada sebab first time kan, lalu pulak kawasan yang tak familiar.. Ater konpom orang-orang kat situ pun dok moskel tengok kitorang. Kita kena confident, walau sesat pun, muka kena tetap konpiden hahahaa..
Sebab rasa tak selesa kan, ako nampak lalang-lalang dah kat depan tu, ako pun xde la ikut google maps dah lepas tu. Terus ikut naluri hati. ecehhh.... Nasib la naluri membawa ke jalan yang benar hahah alhamdulilah rasa bersinar mata memasing bila dah nampak stesen depan mata.
Dari hotel kitorang ada 2 stesen BTS yang berdekatan boleh naik.
Satu BTS Phaya Thai & satu lagi BTS Ratchathewi.
Kami terjumpa BTS Phaya Thai, so apa lagi jom naik 'ketapi' derang.
Sebab kita belom ada rabbit card kan, so kita beli je kad single journey.
Dari BTS Phaya Thai ke BTS Siam, hanya 2 stesen je, harga dalam 23 THB (bersamaan lebih kurang RM3). eh eh mahal juga eh 2 stesen je pun...
Ketapi ada lah sangat penuh! Maybe time orang balik keje. So sangat la padat.
Tren derang sangat luas dan setaraf la dengan subway macam kat korea.
Yeay dah sampai pun SIAM Center.
Sebelah SIAM center adalah SIAM Paragon.
Senang kot nak soping.. eh xde la mcm KLCC, macam apa eh sesuai nak compare ngan KL???
Ako beli rabbit card dr klook.com
So kena la collect kat booth klook yang terletak kat SIAM center.
Senang je nak cari booth derang, masuk je pintu, terus jalan straight dah nampak!
Proses collect pun senang sangat. Tunjuk resit beli, nanti derang scan bar code, dah siap!
Taadaaa macam touch n go. Dalam tu dah ada duit sesiap dalam THB200.
Cuma hanya boleh guna untuk pengankutan BTS Sky Train & Bus Rapid Transit sahaja.
Boleh la juga guna kat convenient store tapi ako nak bayar kat 7-eleven, diorang cakap tak boleh pula. So ako pun x sure convenient store mcm mana yang bole buat payment guna rabbit card.
Dah dapat kad, jom kita jalan-jalan sekitar kawasan situ.
Oh ye memandangkan ako nak ke Hard Rock dan mengikut kata google maps, ianya terletak berhampiran situ juga. Jom la kita cari...
Jalan-jalan akhirnya jumpa juga. HRC ni terletak kat belah belakang SIAM Center.
So pepandai la korang cari ye. hehehe..
Setel HRC, moh kita masuk balik Siam Center.
Tujuan nya nak cari bra!!
Kata nya bra-bra branded kat thai ni murah-murah.
Jom la kita tengok.....
Cantek-cantek... memang lain dari yang lain pattern nya hahaha..
Tapi takde la semua nya murah sangat.
Mana yang kitorang rasa berbaloi murah, kitorang sambar la jgk barang seketul dua. Ofcoz, the Kakaks yang soping sakan item yang satu ni hhahaa..
Cuci-cuci mata, soping apa yang perlu, tup tup dah senja dah.
Kitorang plan nak dinner kat Yana Restaurant yang terletak di MBK Soping Mall.
Tak
jauh rupanya MBK ngan Siam Center ni. Boleh jalan kaki je hahhaa.. tapi
sebab kan kitorang first time kan, so naik juga la tren dan benti kat
BTs National Stadium (satu stesen je pun).
Lenggang je.... satu stesen je pun hahaha..
Yeay dah sampai MBK Center.
Dah terbayang makanan kat Yana ni..
Tapi baru teringat, member ada pesan beli bag kat Naraya.
NaRaYa ni adalah produk branded dari Thailand.
Kalau kat Msia, harga dia memang agak mahal juga.
So dah alang-alang ada kat Thai ni, moh la kita singgah menyoping kat NaRaYa @ MBK.
Opkos the Kakaks yang banyak memborong.
Ako siap bole lepak kat McD dok tunggu derang soping.
Hahhahaa sakan weiii... tapi betul gak, nama pun trip menyoping dan melantak kan.
Pengsan, hari pertama je dah soping sakan.
Dah abis soping kan, the kakaks??
Jom arr cari air....
Masa soping x ingat lapar dan dahaga.
Google bagitau Yana Restaurant ditingkat 5, dan akan tutup jam 9:30 malam.
Waktu dah jam 9:10 malam.
Ermm sempat ke lagi ni??
Gamble je la kan, dan alhamdulilah derang masih terima pelanggan lagi.
Lapaar??? Tak sebab dah kenyang dengan soping tadi hahhaa..
Maka nya kita order yang light-light aje la ye.
Tapi haus memang sangat haus.
Kami order air mangga & Thai Ice Tea.
Air mangga tak sesedap yang di Maedah Restoran tapi Thai Ice tea dia memang sedap!!
Dah kenyang.. dah penat, korang rasa the Kakaks mampu ke nak balik ke hotel naik BTS??! Hahaha memang tak la kan. Barangan soping je dah memberatkan pergerakan. Jadi nya kita naik je la teksi.
Suka la sistem teksi di MBK. Siap pakai no giliran.
Sangat efisen, so takde la orang berebut-rebut kan.
Ruang menunggu teksi pun sangat selesa dan luas serta berhawa dingin. Part ni memang ako kasi thumbs up!!
Berakhir la cerita hari pertama kami di Bangkok.
Sebelum membuta ako sudahi malam pertama dengan seteguk air yang maasaaamm...
Hhahhaha ngek betul, ako ingat air susu macam susu korea.
Tak perasan itu ada lah air yogurt!
Sekian, nasib la ako x cirit malam tu. hahahaha
Nota Jemari: tunggu apa jadi hari kedua plak ye....
6 Comments
Aku baru ingat, Laki aku ada belikan bag kat Naraya tu, reben bagai, untuk letak telekung lawa ler..
ReplyDeleteUii tak sabarnyaaa.....
Hahahhaaa....
DeleteOk next bole collect bag lain plak nanti.. ;-)
dulu pergi bangkok singgah kejap je sebelum ke pattaya...tak merasa sangat jalan2 bangkok tu...dia punya rabbit card tu macam JR pass jepun lak ek..
ReplyDeleteLebih kepada Tmoney kat korea.. or touch n go kita
DeleteSA suka pi Bangkok..selalu memang trip kerja la..kat Bangkok SA suka cari dress kerja..lagi satu SA suka explore makanan dia yang sodap....
ReplyDeleteyes..naraya, masa nak balik msia selalu beli souvenir naraya tu...senang and leh diguna.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com