Good morning Bangkok!!
Hari Kedua di bumi Siam.
Waktu di sini adalah lewat sejam dari waktu di Malaysia.
Maka nya kalau jam 8 pagi di Kay Ell, jam 7 pagi kitorang dah sesiap kat Bangkok cari sarapan.


Oh ye, hotel yang kami stay memang ada sediakan sarapan vege.
Tapi lokasi nya di hotel CITIN branch lagi satu.
Tak jauh pun dari hotel kitorang.
Yang ini branch dia, tapi urusan check up semua kat branch CITIN yang kami stay.


Nama pun vege sarapan.
Jadi laaa... memang semua nya berasaskan sayuran aje la.
Nasib la ada roti ngan cornflakes dan susu..
Mati kutu juga nak makan nasi lauk sayur je pepagi buta hahaha.


Salah satu kemudahan kat CITIN hotel ni, diorang ada sediakan perkhidmatan Tuk Tuk secara PERCUMA. Tapi memandangkan waktu operasi ada lah jam 11 pagi, jadi nya terpaksa la cari Tuk Tuk yang berbayar.


Kemana kita pagi ni? Cadang nya nak ke Chatuchak Market (atau sebutan nya Jatujak). Google lagi, paling senang naik BTS kan. Tapi takkan nak jalan kaki lagi ke BTS terdekat??! Kebetulan ada satu tuk tuk ni memang tengah tunggu customer kot. Dia approach kitorang, tanya nak ke mana. Dah alang-alang, kitorang cakap je la nak ke Chatuchak. Dia offer nak hantarkan dengan harga THB100 sahaja weii.... MURAHHHHH!!!!!!!

Tapi kitorang macam takut x selesa plak.
4 orang big size dalan tuk tuk yang comel itu kah????
hahahaha... ermm tengok keliling macam takde plak tuk tuk lain. Awal pagi la katakan.

Last-last setelah berbincang, kita setuju naik je la tuk tuk yang ada ni berhimpit sikit.


Ya allah, laju yang amat mamat ni bawa tuk tuk dia.
Rasa nak melayang tudung hahahaa..
Tak sangka chatuchak ni jauh juga. Tuk Tuk melalui jalan yang besar.
Seriau gak berlumba dengan kereta kiri kanan di jalan yang besar.


Ekceli, masa memula deal ngan mamat tuk tuk tadi, sebelum dia hantar kita ke Chatuchak , dia minta kita singgah dulu kat tempat jual madu ni. Untuk komisen dia kata nya. Kitorang ok je janji bayaran tetap THB100 hahaha... Setelah dapat kata sepakat, maka tu yang sampai kat tempat jual madu ni. Beli ke tak beli, tak kisah. Janji mamat tu hantar kita ke kedai, dia akan dapat komisen. Kalau pelanggan ada beli barang, komisen derang akan bertambah la sikit.


Alhamdulilah, nasib la tak kena tipu naik Tuk Tuk ni.


Lepas beli madu, akhirnya sampai juga kitorang kat Chatuchak ni.
Tempat yang wajib singgah di hari minggu bila dah sampai Bangkok.
Apa yang ada kat situ ye? Moh kita siasat :p


OK, masuk masuk je dah nampak ni!
Cover passport. Terus je buat, tak pikir panjang.
Memang salah satu mende yang dicari bila ke Thailand.
Colorful! Sangat menarik. Murah-murah sangat.
Kalau kat malaysia, mau nya berpuluh-puluh hinggit, tapi yang itu baru RM13 sahaja.

Bukan takat cover passport, macam-macam ada.
Lanyard, purse coin, file bag, handbag...etc
semua nya pun boleh letak nama.


Antara jualan yang terdapat di sana.
Macam-macam ada. Ini baru suku je yang kitorang singgah.
Tak dapat nak cover semua bahagian. Takut terlalu over berbelanja di situ aje.


"Beli apa aje tu kakaks oii??"

Singgah nampak kain, lepas tu ako dah x larat dah nak jalan-jalan lagi hahaha.
Bukan tak larat sebab apa pun, sebab x larat nak hangkut kain-kain yang diborong tu. Berat OK!, terus hilang mood nak jalan-jalan ahhaha.. Next time kalau datang lagi, rasa macam kena bawa troli gi paso tu la hahaha.. Baru betul-betul seronok nak soping.


Respek the Kakaks ni... Sumer pun 'sihat' bila bab menyoping.
Itu, kalau tak ditegah, mau bergondang-gondang plastik nya hahaha..


Kami di Chatuchak memang setengah hari je pun.
Ikutkan memang nak melepak sampai ke petang tapi maybe next trip la kot hahaa..

Nak juga merasa halal food kat situ. Insyallah ada rezeki panjang umur, boleh datang lagi.


Tak payah mimpi nak naik BTS balik hotel hahhahaa...
Amek teksi dari chatuchak pulang ke hotel dulu.
Hantar barang-barang belian.


Dah ready nak explore Bangkok lagi???
Jom...


Kali ni dapat jugak naik Tuk Tuk yang free.
Bapak laju dia bawa tuk tuk ni weii... Rasa nak melayang dibuatnya. Nasib la tuk tuk yang ni selesa sket. Minta dia hantarkan kita kat BTS yang berdekatan.


Kali ni kitorang naik dari BTS Ratchathewi menuju ke MBK Mall.
Nak makan tengahari, kata nya.


Sudah tentu nya pilihan kami ada lah di Yana Restoran.
Kali ni nak merasa menu-menu wajib kat situ.


Sharing some of the menu there.
Kot la ada sesape nak singgah makan situ, at least dapat juga gambaran makanan dan harga nya sekali kan.


Dah kata Thai Ice Tea dia memang sedap kat situ.
Tu yang the Kakaks repeat minum air yang sama.
Ako order "pinky milk" @ strobery milk shake nama nya.
Sedapppp!!!!!!


Semua pun sedap sangat!!!!!
Cuma kalau nak bandingkan lauk ikan tu, ako lagi prefer yang dimasak di Maedah Restoran.
Di Yana ni lauk ikan pedas tu agak terlalu masam sangat.
Kitorang moskel gak, sebab order ikan pedas tp awat rasa nya masam-masam dan kurang pedas.
Jadi, kesedapan ikan, ako lagi suka di Maedah ya!!!


Lepas makan, kita soping kejap di MBK / Siam Center.
Pastu kita plan nak melepak di Asiatique.
Kata nya waktu senja ke malam area situ sangat cantek.
So moh la kita.

Camne nak ke sana?
Rata-rata info yang ako dapat suggest naik shuttle feri.
Dari BTS Siam ke BTS Saphan Taksin. Pastu naik feri kat jeti berdekatan dengan harga THB30 sorang sehala.


Menyusuri sungai Chao phraya sambil ditiup angin sungai di waktu malam..




Dah nampak ferry wheel ni makna nya kita dah sampai la ye area Asiatique tu.


Posing ... lepak.... melantak...
Sumer pun hepi..

If korang nak tengok ada jualan makanan-makanan exortic, korang leh cari kat asiatique ni.
Kot la ada yang nak cuba makan kala jengking ke kan , lipas ke kan hahha..

Kalau nak cari makanan halal, korang ke kawasan yang berdekatan dengan masjid..
Kena jalan kuar sket dari asiatique ni.


Kami cuma nak makan pulut dan mangga...
Haeven !!!!
Manissssss......
Lemak...
Berkrim..
Pasti disukai ramai.

Dah puas dapat mangga dan pulut..
dah puas tengok tengok orang...
dah puas jamu mata, moh la kita balik.

Cara yang sama juga, pulang dengan feri.
Pastu naik BTS ke Ratchathewi.
Tapi macam dah x larat nak jalan kaki.
Call grab, setia menanti.


Jalan masih sesak di waktu malam hari.
Nasib la grab senang didapati.
Wakau kena tunggu lama sikit, janji sampai hotel dengan selamat.

Malam tu memasing dah mula mengemas sikit-sikit, check, kot ada barang tak beli lagi hahahaa.
Oh ye malam kedua, kamu akhiri dengan call for foot massage di dalam bilik saja.
Harga mahal sikit je kalau urut di kedai.
Sangat lega dan selesa klu kat dalam bilik hotel sendiri kan..

Lepas selesai urut, kami pun tido... zzzZzzzz

Nota Jemari: Area hotel kami memang banyak tempat massage. Hari pertama kami massage betul-betul berhadapan hotel je.