Awal pagi dah bangun. Hari ni nak jalan jauh sket. Plan nak ke Maeklong Railway Market dan Samnoen Saduak Floating Market. Kedua-dua tempat berada di luar Bangkok. Jadi adalah elok kalau perjalanan hari ini dimulakan seawal pagi. Trip yang ini ako amek pakej dari Asia Discovery. Bila bawa the Kakaks, elok la amek pakej ye untuk perjalanan yang jauh ni. Pakej ni bukan pakej private, so memang la bercampur dengan yang lain. Yang best nya sebab dia pick up kita betul betul depan hotel. Dan balik nya nanti dia akan drop off kita kat hotel or kat memana yang kita nak area Bangkok.

Seawal 6:45 pagi, tour guide dah datang amek kami depan lobi hotel. Dalam van dah ada sefamily dari India dan 2 orang kawan dari Dubai. Lepas pick up kami, derang pick up satu lagi couple dari Germany, then baru shoot terus ke Maeklong.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 9:45 pagi kami dah sampai di Maeklong Railway Market. Tour guide siap pesan, tren akan berlepas dari stesen jam 10:10 pagi, jadi lepas tengok tren, pastikan berkumpul semula kat pintu masuk dalam jam 10:30 pagi.

Rata-rata ako baca, ramai yang bagitau antara waktu perlepasan tren ada lah jam 11 pagi. Tapi waktu kami sampai, tren akan berlepas dalam jam 10:10 pagi waktu tempatan.


Masa kami sampai, berlaku kesesakan di bahagian hadapan market.
Terlalu ramai umat sampai tiada ruang untuk kami meloloskan diri.
Tapi dengan gigih akhirnya kami berjaya juga melepasi kawasan yang terlalu sesak. 

Kat sini macam-macam ada jual.
Sayur, ikan, buahan....
Pasar railway ni memang dah lama wujud kan.
Ako respek betul peniaga-peniaga di kiri kanan landasan ni.

Ada terbaca, pihak kerajaan derang memang dah sediakan tempat untuk pasar baru tapi sume peniaga tak nak berpindah ke lokasi baru. Sebab nya nanti dah takde tarikan dan hilang la punca pendapatan derang. Bila dipikirkan, ada betul nya juga kan cuma agak agak sampai bila la pasar ketapi ni akan bertahan ye?!


Yeay, nasib dapat spot yang OK!


Kedengaran pengumuman ketapi nak berlepas.
Semua peniaga dah ready tutup khemah memasing.
Para pelancong pun dah siap sedia dengan kamera di tangan.
Kami pun tak lepaskan peluang yang ada.
Posisi dah sangat cantek dengan view yang sangat jelas.


Ketapi bergerak dengan perlahan-lahan sambil membunyikan hon untuk bagi amaran kat orang ramai. Memasing memang gigih nak dapatkan video dan gambar yang menarik.




Alhamdulilah , berjaya juga misi untuk jejak ke market ketapi ni.
Antara wishlist bila dah jejak Bangkok.

Tepat jam 10:30 pagi, semua pun berkumpul dan kita bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ke floating market. Tak jauh tempat nya, adalah dalam 10 minit perjalanan dengan kenderaan.


Pakej yang kami amek tu dah termasuk bayaran untuk bot di atas.
Naik bot ini untuk menuju ke floating market.


Bapak jauh perjalanan nya tu. 
Melalui sungai yang kiri kanan nya adalah rumah orang.
Ako dah seriau dah, bot ni adalah laju.
Merecik recik air, sebab nya hahaha ako dah terbayang sisa buangan dalam air sungai tu oiii...
Bertabah aje la kan...



Akhirnya sampai juga kat kawasan floating market.


Sampan yang ini tak termasuk dalam pakej ye.
So, kalau nak naik, ada 2 jenis bayaran.
Satu, if korang nak naik sampan share ngan yang lain, bayaran nya adalah THB150 seorang. Dan kalau korang rasa nak book satu sampan utk korang korang sahaja, harga nya adalah THB700 per sampan. Kami pilih naik bot berasingan je.


Bayaran sumer dilakukan oleh tour guide kami.
Kami hanya tunggu giliran untuk naik sampan sahaja.


Sampan dia kecik je, rendah pulak tu.
Terhoyong hayang masa memula nak naik.
Hahhaha nak balance kan kedudukan..

Kata nya yang kurus kasi depan, yang gumuk dok belakang!!
OK ermm... no komen 😆




Macam-macam ada jual. Mostly barang-barang souvenir la kan.
Kata nya harga lagi mahal dari kat bandar Bangkok, maka nya takde berani kami nak menyinggah dan bertanya harga... Tapi pengalaman di floating market ni, derang akan tarik sampan kita tuk singgah kat kedai derang. Terpulang la kepada korang, kalau nak beli, berhemah la bertanyakan harga, kalau rasa tak nak, berhemah juga la tolak permintaan derang.


Selain barang souvenir, ada juga derang jual makanan dan minuman tapi memang was-was la kan. Walau kata nya "halal" tapi aishh macam tak sanggup pulak ahkak nak membeli. Ako peratikan, rata-rata yang pemes kat situ coconut ice cream. Ermm teringin juga nak cuba tapi ermm takpe maybe kat tempat lain aje la kan ehhehee...

Setelah hampir setengah hari tour kami, maka nya tiba lah masa untuk pulang ke pangkal jalan.
Perjalanan 2 jam untuk kembali ke Bangkok terasa sangat la lama apabila tetiba aircon di bahagian belakang van tidak berfungsi. Aiyoooo.... memang kelemasan kami yang duduk di bahagian belakang sekali. Dah nak sampai Bangkok, traffic jam pulak. Kepala dah memang pening, rasa nak pengsan dah memasing menahan bahang.

Kami tiba di hotel lebih kurang jam 4 petang.
Lapar dan penat! Terus kami ke Maedah untuk mengisi perut.
Asal nya nak ke Farida Fartonee tapi dah tak larat dah nak jalan jauh, maka nya ke Maedah saja la.


Masih mengekalkan air mangga yang ohsem!!!!!!
Dek kelaparan, dah takde mood nak snap gambar makan hahahaa..

Lepas makan, terus kami balik hotel dan berehat.


Lepas maghrib, kami keluar semula.
Kali ni malam di Pratunam Market sahaja.


 Dinner kami memang plan nak makan pulut mangga sahaja.
Kebetulan, pulut mangga yang halal ada je kat area kawasan hotel.


Masing-masing dah tak sabar nak melantak.


Pulut mangga yang sangaaaatttt ohsem!!!
Harga THB180


Bak kata ahkak ni, "pulut mangga is SEDAP!!!" 😜

Dek kerna terlampau sedap, kami bungkus pulut mangga tu bawa balik KL hahaha...
Bukan pulut je tau, kami bawa balik juga sekilo mangga. Dapat la dalam 5 biji..
Mangga dia memang maanissss ya ampunnn!!

Selesai makan, sesi menghabiskan duit di pasar malam pratunam.
Kali ni macam-macam ada juga.
Barang pun murah-murah kalau banding kat tempat lain.
so, apa lagi bertambah la borongan nya tu.

Bukan borong baju je tau, dengan buah-buahan sekali kami borong bawa balik KL.
Hahhahaa... kami tanya pihak AA, untuk buahan, boleh je bawa by hand asal tak terlalu banyak.
Kami borong mangga, dokong, stroberi, jambu batu, nenas.... Aishh sumer pun sedap-sedap belaka esp ako suka sangat dokong sana. Besar dan manis.

Pasar malam Pratunam memang best!
Macam-macam ada weii...
Itu belum termasuk pasar pagi kat Pratunam.
Peniaga-peniaga nya berlainan tau, pagi dan malam.
Cuma yang pasar pagi tu tak silap dia buka dari jam 4 pagi sampai jam 8:30 pagi.
Selepas waktu tu, jalan tu akan dibuka macam biasa untuk laluan kenderaan.
Pasar pagi ni berdekatan dengan Baiyoke Sky Hotel.
Harga di pasar pagi adalah sangat murah-murah belaka.
So kalau pandai tawar menawar memang berbaloi la dapat beli dengan kuantiti banyak dengan harga yang berpatutan. 

Kami jalan-jalan di pasar malam hingga lewat malam.
Pulang ke bilik, sesi mengemas bag bermula.
Hahhaha pening kepala tengok segala barang belian.
Nasib la kami memang dah budget luggage akan bertambah.

Malam terakhir di Bangkok....
Esok dah nak balik.... nanti sambung lagi...

Nota Jemari: Kg bertambah gara-gara bag beranak hahaha