Pernah dengar "sensorineural hearing loss atau dalam bahasa melayu hilang pendengaran sensorineural?

Sensorineural hearing loss (SNHL) is a type ofhearing loss, or deafness, in which the root cause lies in the inner ear or sensory organ (cochlea and associated structures) or the vestibulocochlear nerve (cranial nerve VIII) -wikipedia

Hilang pendengaran sensorineural terjadi akibat ketiadaan atau kerosakan sel deria (sel rerambut) di dalam koklea dan kebiasaannya akan kekal. Turut dikenali sebagai “pekak saraf”, hilang pendengaran sensorineural boleh berada di peringkat ringan, sederhana, teruk atau parah - http://www.myhealth.gov.my


Rawatan untuk masalah pendengaran sensorineural: Masalah pendengaran sensorineural adalah kekal. Rawatan yang paling banyak digunakan dan berkesan adalah akan bantu pendengaran.
Kehilangan pendengaran sensorineural berasal dari telinga dalam atau saraf pendengaran. Umumnya disebabkan oleh kerosakan sel pada organ pendengaran.
Sensorineural merupakan satu jenis pendengaran yang umum. Hampir semua kes kehilangan pendengaran sensorineural dapat diperbaiki menggunakan alat bantu pendengaran atau implan koklea.




Dipendekkan cerita, ako telah di diagnos menghidapi kerosakan di bahagian belakang telingan yang dipanggil "hilang pendengaran sensori-neural"

Ako pun first time dengar. Setelah mendapat nasihat pakar, maka nya, jalan penyelesaian hanya lah memakai alat pendengaran. 

Jadi untuk permulaan, ako berjumpa dengan pakar audio sekali lagi untuk mencuba alat mana yang bersesuaian dengan tahap keperluan ako.



Dan setelah berbincang dan mencuba, akhirnya ako memilih wireless NuEar Intro 1200.
Harga nya boleh tahan mahal gak untuk sebelah telinga.
Alhamdulilah ako mendapat bantuan dari opis ako bagi menanggung pembelian alat tersebut, sangat bersyukur!!! 


Set alat ini disertakan sekali dengan bateri tester, berus pembersih, dan alat ganti audio.


Dapat sekali dengan cleaning set kit.
Ingat kan alat ni pakai letak pakai letak je.
Hahaha rupa nya kena tau juga cara pembersihan dan penyimpanan supaya alat ni sentiasa dalam keadaan yang elok dan bersih sentiasa.


Drying cup ni adalah tempat simpan alat ni bila dah tak guna.
Setelah lama kita guna kan, waktu malam sebelum tido tu, kita simpan la alat pendengaran tu kat dalam drying cup ni supaya alat tu sentiasa dalam keadaan yang kering dan terhindar dari kuman.

Ada kawan tanya, so macam mana pendengaran ako sekarang setelah dah pakai alat tu?
Jawapan ako,

"macam dilahirkan semula!"
hahahahaha.......... 



Sila baca artikel ni sebagai rujukan tambahan ;

Nota Jemari: Kalau korang rasa x sedap telinga, cecepat la gi ENT ... jangan jadi cam ako.. sumer dah terlambat...