#Patut 3 Jan dah publish entry ni tapi lewat sebulan dah, ni baru dapat sambung balik n publish

Ok moh sambung...
It's da day!!
Reunion "Fabulous 40" party @ Bar Rio, Hotel Casa Del Rio Melaka

23 Disember 2018.
AJK semua berkumpul jam 10 pagi di Casa. Last preparation sebelum acara bermula. Gigihnya semua orang memainkan peranan, last touch up memana yang patut.

Tambahan menu, candy buffet in the making. Tapi bila dah 4 series, almost memasing dah kurang makan manisan kan hahaha.. Tak makan takpe sekadar penyeri antara menu menu yang ada 😆

Ruangan hadiah.
Hadiah lucky draw.
Hadiah gift exchange.
Hadiah untuk yang sporting.
Aish macam-macam hadiah sampai tak muat meja yang sedia ada tu.

Gigih mengepam dan meniup.

Sampai kena minta tolong budak yang jaga bar tu. Terima kasih adik adik sekalian.

Haa ada lagi hadiah game pula.
Aish bak kata memasing takkan pulang dengan tangan kosong la aritu.

Backdrop in the making untuk photo booth. Sangat teruja tengok sebab sangat la "wow". Walau kami takde la mengharap sangat memula tu atas sebab teknikal tapi sangat syukur and terima kasih banyak banyak kat Cikyu n family. Backdrop ni ni berjaya juga terhasil akhirnya.



Yeay, ready dah meja registration.

Candy buffet pun dah siap!










Food pun dah ready. Moh kita sesiap untuk majlis. Pendaftaran mula jam 1:30 petang. Kelam kabut juga la nak siap dan solat. Ada plak jam 1 dah sampai kat situ tapi pendaftaran tetap buka jam 1:30 ye.

The AJK of Fabulous 40 reunion.

Mama Eka & Ms Eta dah ready menanti di meja pendaftaran.

Yeehaaaa, orang pertama yang register dulu. Otomatik dapat hadiah kategori sampai awal haha.






 Macam-macam fesyen & ghope. Al maklum sume pun dah semakin "matang". Bapak lama tak jumpa ngan derang ni. Sorang selatan, sorang utara. Kalau takde event mcm ni, alamatnya memang takkan jumpa la sampai bebila kan.

 Ni geng-geng "mak datin" antara yang lambat sampai.. 

Aiyo, camne cikgu disiplin palingg lambat datang?! Hahaha ni memang kena denda la gamaknya..

Ada je alasan cikgu tu ye hahaha...

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ms Eta. Mengigil ahkak eta kita bila kena paksa baca doa. Almakkum zaman sekolah jadi "ustaz"..nasib baik dah berubah jadi "ustazah" hahaaa

Speech by our VIP aka our lovely teacher, Puan Hjh Ramenah sekaligus merasmikan majlis reunion pada petang itu.

Cikgu paling strict dan paling sporting. Still da same, still the old cikgu ramenah. Masih lagi garang & masih lagi lantang bersuara. 

Our cikgu Sejarah.. 
Hahaa still ingat lagi tiap kali subjek sejarah ni, harus la kena siap sedia. To be honest, ako mmg kureng sket subjek sejarah. Dari dulu sampai sekarang, ako susah nak ingat tarikh penting & info sejarah. Sepanjang 5 taon belajar sejarah, ako rasa tak pernah sekali pun jadi hebat time exam haha.. 

Ahkak memang fail bab bab sejarah ni. Aishh ntah kenapa, susah betul nak masuk sagala fakta info lam kepala hotak time tu.

Kek perasmian.
Bake by Cikyu

Bila lagu sekolah berkumandang..
Semangat semua!!

Jom kita makan dulu..
Sambil makan-makan tu kita cabut la nama untuk  lucky draw round 1.

 Kita main game "mummy"
Ni pose sebelum kena balut.
Manis manis sumenya. Ko tunggu hasil kena balut, ada manis lagi ke tak?! Haha

Sesi sedang membalut...
Mata mana mata?!
Aishh ni korang memang saja hilangkan seri derang ye :p

Hasil "mummy" nya ..
1. Vogue mummy
2. Original mummy
3. Mummy tak sempat siap eh.. adeh deh 😂


Pastu kita ada game teka tajuk filem melaluu aksi.
Yang ni memang lawak.
Macam macam gaya.
Bukan senang nak describe tajuk klu tak kena gaya.


Hepi besday Cikgu!!
Kebetulan bday cikgu dalam bulan disember, tu yang kitorang celebrate sekali. Kek tajaan dari pihak hotel, tengkiu Casa Del Rio for the complimentary cake tu.

 Makan sudah, main game pun sudah, moh la kita mengabadikan saat saat manis ni bersama sama dengan beberapa keping gambar sebagai kenangan di hari tua nanti hahaha... Layaann

Wakil kelas 5B

 Wakil kelas 5C

Wakil kelas 5D

Wakil kelas 5E

Wakil kelas 5F

Ini wakil bebudak yang study kat GS sampai form 3 je...

Wakil beboodak band...tanpa korang dulu, tak meriah life kat sekolah haha


Last but not least, sesi photog beramai-ramai. Terima kasih semua sebab sudi menjayakan majlis "Fabulous Forty" dengan jayanya. Insyallah ada rezeki kita kumpul lagi , 25 tahun jubli perak ke kan *wink

Nota Jemari: Kadang susah nak kekalkan hubungan persahabatan... #muhasabah diri