Sabtu, 23  Feb - plan ngan makcik makcik bawang ni beberapa hari lepas. Nasib la sume pun available. Yang kat jb pun nasib la kebetulan memang turun kl, maka nya kami berpakat untuk berjumpa sambil membawang di Pickle & Fig di TTDI.


Ako adalah first time nak cuba kedai ni.  Lepas pick up Mas & Eka kat mrt TTDI, berpusing juga la nak cari parking. Al maklum area ni memang azab klu nak dapat parking kosong yang berdekatan. Tambah tambah bila hujung minggu. Jadinya moh la kita park aje kat tempat parking yang mahal sket.


Alhamdulilah dapat parking yang takde la jauh sangat nak menapak.


Yang lelain dah setia menanti kitorang.
Orang paling jauh pun dah sampai awal. Aishhh.....


Sampai terus order. Self service ye. Banyak betul menu nya sampai tak tahu nak pilih yang mana. Memandangkan masa tu adalah brunch time, maka ako order aje la Big breakfast portion besar sekali dengan juice apple. Perghh tak pernah pernah minum juice apple yg masam haha..


Derang order nacho. Sedap sangat sebab dia gaul sekali ngan hashbrown. So takde la ko makan nacho semata. 


Yang ini ako lupa nama tapi pasta letak lemon. Bole la tapi ako lagi prefer olio aglio klu makan pasta.


Beef sandwich. . Lembut dagingnya. Kalau rasa tak nak makan yang berat, pelbagai jenis sandwich korang bole cuba kat situ.


Pasta salmon . Ako tak rasa plak yang ini. Tengok salmon tu macam mentah je, hahaha x teringin nak rasa.


Apple juice and caramel machiato. Sedap dedua pun. 


Taadaaaa... Big breakfast ako!!! Alhamdulilah kenyang , sedapseda puas hati. 


Melantak sambil membawang..
Ini kalau dah jumpa, memang banyak la isu isu tuk dibawangkan🤣🤣 sampaikan orang JB turun KL semata nak join membawang je ni haha dasat!!

Ntah bila nak membawang ngan acik Lin dan acik Linda plak ye?! 😁


Tetiba memasing macam terasa nak makan manisan. Ayoh la kita ke Dotty's plak. Tak jauh pun, selang 2 kedai je pun. Dotty's branch TTDI ni selalu penuh, jadi nya kita tunggu la kejap tuk dapatkan tempat.


Rambang mata, sume pun nampak sedap! Terasa macam sume nak dimakan nya ,haaha bila nafsu makan dah datang gini la perasaannya . .


Last last kitorang amek yang ini aje.
Kek blue velvet, kek caramel ngan salted egg donut yang femes kat situ.


Selalu orang buat red velvet kan tapi kali ni kita nak cuba blue velvet pula. Ok tak rekomen, bukan sebab kaler nya tapi sebab texture kek nya terlalu kering dan kasar. Kasi spoil betul rasa yang macam red velvet.. tapi nasib la ada lapisan coklat kat kek tu. So better la sikit.

Kalau korang suka manis, memang suggest cuba la kek caramel dia. Lembut, manis dan memang sedap sangat!! 

Salted egg puff/donut memang antara  signature kat dotty's. Korang patut cuba tau!


Sambung membawang lagi.. bila dah dapat manisan, sume pun tetiba nampak manis je muahaha..


Dah kenyang moh la kita balik.
Lenkali jumpa lagi.
Terima kasih kengkawan, walaupun kejap tapi tetap puas. Pasni membawang sambil hiking pula la ye hahaaa...

Nota Jemari: kadang tak perlu jumpa selalu