Rindu nya nak balik 'kampung'.
Ini trip terakhir ke luar negara sebelum PKP.
Trip kali ni bersama rakan sekerja dan sekolah.
Trip gabungan keluarga dan orang-orang single hahha.
Ako pun dah tak ingat camne trip ni dapat menggabungkan kedua-dua belah rakan ako.😅
Yang pasti rakan-rakan sekerja ako pun naik gian nak balik 'kampung'.
Dan rakan sekolah ako adalah pertama kali jejak kan kaki ke bumi Korea.
Bila mereka bergabung, maka lengkap la 11 orang semua nya. Kumpulan yang agak besar so far yang pernah ako bawa ke Korea. Alhamdulilah segala perancangan dan perjalanan semuanya berjalan lancar.

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat bersamaan 20 Disember 2019.
Kali ni kami sepakat menaiki pesawat MAS.
Kebetulan kalau dibandingkan harga dengan AA sewaktu itu, harga MAS adalah sangat berbaloi.
Flight kami berlepas jam 11:15 malam.

Selesai urusan check in, kami melantak dulu sebelum masuk menunggu di ruang berlepas.

Berjaya meng'umpan' rakan sekolah untuk join trip kali ni.


Rakan sekerja yang memang 'gian' nak main salji lagi di Korea.



Semasa urusan web-check in, gigih gak la kami nak pastikan seat kami adalah dekat antara satu sama lain. Boleh dikatakan flight kami pada malam itu adalah penuh. 

Memandangkan lagi 2 orang member tak sama book seat ngan kami, maka nya terpaksa la ako duduk bersebelahan dengan sorang ahjuma ni.

Eh tapi mana member ako lagi 2 orang tu ye?👀


Ha... taadaaa....
Mereka adalah penumpang "business class".😁



Nak masuk Korea, kena isi borang imigresen dan borang declare.
Sila pastikan ruang pekerjaan di isi juga. Jangan biarkan ia nya kosong.
Isilah dengan lengkap dan betul. 

Jika korang datang beramai-ramai, pastikan info antara korang semua nya ada lah sama dan lengkap.

Makanan seperti daging, sudah tidak dibenarkan bawa masuk ke sana.
Jadi, kalau korang nak bawa makanan, pastikan yang ia bukan berunsurkan daging.

Oh ye, sewaktu trip kami ke sana tempoh hari, kecoh bila mana pihak imigresen korea sangat strict dan akan random check sesape saja yang datang dari Malaysia. Ini gara-gara banyak kes rakyat Malaysia datang ke sana untuk bekerja secara haram.

Semasa kami buat persiapan, banyak cerita dan info yang kami rujuk.
Persediaan seperti itinerary, tiket balik, surat pengesahan majikan dan macam-macam lagi.
Banyak cerita yang kami baca, ada yang kena hantar balik gara-gara tak cukup persiapan mental dan fizikal. Kami berdoa banyak-banyak agar perjalanan dan urusan kami dipermudahkan. 

Alhamdulilah masa sampai kat imigresen urusan cop passport, segalanya mudah dan senang. Kami bersyukur sangat tiada yang tersangkut untuk di soal siasat.


Menu pertama dalam flight terhidang lebih kurang jam 1 pagi.
Bangun tido terus melantak hahaha...
Makan lasagna awal pagi...perghh memang heaven.
Pas makan tido balik hahah..


Jam 4:30 pagi makan lagi.


Tak leh nak tido dah lepas tu.
Layan movie sampai la tetiba ada announcement yang kita akan mendarat sebentar lagi.
Tengok jam, "dah pukul 6:10 pagi rupanya".



Alhamdulilah selamat mendarat.
Urusan kastam & imigresen pun lancar.
Akhirnya.... yeeehaaaaa kami dah sampai lagi!!!😍


Kepada member sekolah ako ni... welkam to my 'kampung' hahaha....

Kami dah buat booking 2 taxi jumbo sesiap dari Msia.
Penginapan masih tetap setia di area MYeongdong.
Tapi kali ni kami cuba stay di guesthouse yang berlainan.


Memandangkan masa buat tempahan guesthouse agak lewat, maka nya banyak juga GH yang sudah penuh pada tarikh percutian kami tu. Setelah puas mencari akhirnya kami terpaksa menempah 2 guesthouse iaitu "Myeongdong Mom House (Foreigner only)".



Dan juga Myeongdong ECO House untuk mereka berempat.
Nasib la dedua GH ni just sebelah menyebelah je.
Oh ye lokasi kedua-dua GH ni terletak di lorong Hotel Prince.



Kami tiba di Guesthouse lebih kurang jam 9 pagi.
Check in dulu tapi sebab masih awal so tak dapat nak masuk bilik dulu.
Jadi terpaksa la kumpulkan beg n 'park' kat tepi kaunter.





Sesape yang minat Kyuhyun dari Super Junior, mesti suka kalau dapat stay kat Mom House tu.
Guesthouse tu adalah kepunyaan parents Kyuhyun.
Dengar kata nya kat atas bumbung ada replika tangan Kyuhyun yang korang leh salam..
Hahha tapi sebab kan sepanjang percutian aritu, kami takde masa nak jelajah guesthouse tu sepenuhnya. Maybe la kalau ada rezeki lagi, akan ako jelajahi seluruh guesthouse itu sampai ke puncak. 😆

Oh ye, Mom House ni ako ada baca yang diorang ada 2 bangunan tau.
Satu bangunan yang takde lif. So sila mention sesiap yang korang nak stay kat bangunan yang ada lif.
Macam Zurin aritu, dia indicate nak family room. Nasib la kebtulan dia dapat family room yang tak perlu nak daki-daki. Bilik nya di belakang bangunan utama.


Setel urusan check in, kami ke Restoran Kampungku untuk brunch.
Tak jauh pun dari GH kami.


Last time ako pegi, kampungku MART ni belum buka lagi.
Now korang dah senang nak cari makanan halal buat stok kat dalam bilik.
Tak perlu nak susah-susah bawa megi dari Msia.
Susu pisang, honey almond pun boleh dapat kat sini dah.
In case korang masih ada stok nak beli bawa blk Msia, tak payah pening-pening dah nak gi Lotte Mall balik. Terjah je kat Kampungku MART ni.


Nasib la masa kami sampai tu ada lagi tempat untuk duduk.
Sebab nya kalau korang lambat, memang tempat ni akan sentiasa penuh.
So better korang book dulu, wassap at +82 10-4062-2263 atau +82 10-3140-1848





Antara menu yang kami order ketika itu.

Cara nak ke Restoran Kampungku :-
Keluar melalui pintu 3 stesen myeongdong. 
Belok kiri. 
Korang akan nampak Pacific Hotel di hadapan dan berjalan ke jalan kiri di sebelah Pacific Hotel. 
Jalan terus hingga korang nampak signage "Restoran Kampungku" di sebelah kiri korang.


Dah kenyang jom kita start the journey.
Plan asal memang dah lari la kan.
So kita buat plan baru.

Tempat pertama dituju pada hari pertama adalah ke "Namsan Tower".
Ada banyak cara nak ke Namsan ni.
Pastu naik cable car.
Kalau tak nak naik cable car, korang bole juga daki bukit ikut anak-anak tangga

Tapi kami pilih kita naik bas je la.
Sejukkkkkk!!! hahahah....



So macam mana nak ke Namsan kalau naik bas?
Tunggu bas "Namsan Sunhwan Suttle Bus No 5" kat depan bus stop EXIT 3 myeongdong station.
Bas akan berhenti betul-betul kat area Namsan Tower.


Yeay dah sampai!!!
Berkali-kali sampai kat bawah tower ni je la yang mampu.
Belum tergerak lagi hati nak daki sampai ke puncak.😂


Kalau korang naik bas, korang memang akan nampak panda bear ni.
Tapi kalau korang dari cable car, korang takkan perasan tempat ni sebab ia nya terletak di belakang dan bawah tower.



.:abaikan suara-suara itu:.

Sampai-sampai je kat kaki tower, tetiba salji turun dengan lebat nya.
Dah macam ujan cuma takde ribut petir je. hahaha...
Kami adalah jakun seketika.
Memang hajat tercapai, berkali-kali sampai ke sana dalam musim sejuk, ini adalah pertama kali kami dapat merasa salji turun.

.: Kak een n Harris:.

Pertama kali dulu kak een datang bawa anak sulung nya.
Kali ni dia datang ke Korea bersama anak no 2 plak.
Apakah kali ketiga, akan bawa anak no 3 plak? hahahaa.... tunggu!!😜

.:Zurin n Family:.

Kali kedua zurin bawa family dia datang ke sini.
Sumer pun gumbira sebab dapat main salji.

.: Eka n Keesya:.

Anak banak ni adalah pertama kali jejak kaki ke Korea.
Memandangkan anak dia suka sangat KPop, so sedang elok la kita 'jemput' dia join sekali untuk trip kali ni kan.

.:Shima n Eta:.

OPismet merangkap housemate sekali.
Mana-mana pegi mesti berdua.
Dah macam kembar tak seiras plak derang ni.😆

.:Ako dan mereka:.


Dah puas jenjalan kat namsan, moh la kita gerak ke tempat lain plak.
Nak turun dari Namsan, kami naik cable car je.


Jangan plak expect macam cable car kat genting or langkawi ye.


Harga tiket cable car. Rujuk --> http://www.nseoultower.co.kr/eng/visit/traffic2.asp
Rasa macam dah naik sikit harga nya.


Destinasi kedua kami adalah ke kedai buku "ARC n BOOK".

Cara untuk ke lokasi: Euljiro 1(il)-ga Station (subway line 2) exit 1-1


Bukan nak baca or nak beli buku.
Saja nak lepak menikmati keunikkan kekemasan dan susur atur buku di kedai tersebut.
Kebetulan masa kami sampai di situ hujan tengah mencurah-curah turun.

Di dalam kedai itu dipenuhi bukan hanya dengan buku-buku tetapi juga ada kafe-kafe dan juga tempat-tempat bersantai yang lengkap dengan tempat untuk charge bateri. Kafe tu x sure la kan keHALALan nya tapi korang still boleh je lepak lepak minum kopi or teh kat situ.


Destinasi seterusnya kitorang ke Hongik Street.
Ni memang area budak-budak U melepak dan berhibur.
Selalunya hujung minggu derang akan buka jualan dan buat performance street.

Kat area Hongik ni juga terletak nya Hello Kitty Cafe (tapi tak silap macam dah tutup HK cafe kat situ, nasib la dah pernah sampai juga kat HK Hongik ni dulu) & Trick Eye Museum.

Cara ke lokasi : Hongik University Station (Seoul Subway Line 2, Gyeongui-Jungang, AREX), Exit 8 or 9.






Jalan-jalan tanpa arah tuju.
Yang lain sibuk menyoping.
Sambil enjoy tengok street performance.




Dinner kami di The Halal Guys.
Pemes kedai ni. Ini adalah salah satu branch yang terletak di Hongik.


Dah kenyang
Dah penat
Jom balik ke GH.




Bilik kami bertiga , ako Eta n Shima.



Dek malam masih muda.
Dek kami masih bertenaga.
Ayoh la kami sudahi malam pertama dengan supper di "Beans Bins" di area Myeongdong Street.
Dan lepas dapat secawan kopi baru la kami dapat lelapkan mata.

Zzzxx KroHH..... sekian

Nota Jemari: Bilik di ECO Guesthouse adalah bilik dengan tilam tatami sahaja.