Baru je balik dari bermain salji, alhamdulilah berkesempatan pula untuk jejak semula ke Korea untuk merasai musim bunga. Ikutkan hati setiap kali musim berubah, memang tingin betul nak 'pulang ke kampung' hhaha tapi apakan daya, masa dah uwang belum mengizinkan lagi ;-)
Kali ni misi dijayaka bersama-sama rakan-rakan seopis.
Asalnya misi ni sekadar misi jalan-jalan cari makan selepas rasa tak puas nak melantak makanan korea musim sejuk awal tahun aritu. Dan asalnya misi ni hanya untuk trip 3hari2malam sahaja tapi dilanjutkan menjadi 5hari4malam gara-gara yang join misi kali ni adalah pertama kali nak jejak bumi Korea. Yang dah pergi memang bertambah excited bila tarikh dipanjangkan. Setelah berbincang maka tarikh 7 hingga 11 April 2018 menjadi pilihan kami. Masing-masing mencari tiket yang murah dan alhamdulilah semua pun dapat harga yang memuaskan hati.
Flight kami jam 8:45 pagi pada 7 April tu.
Plan berkumpul di rumah Cik Zu awal tengah malam.
Kami gerak dari Kajang jam lebih kurang jam 1:00 pagi ke KLIA2 dan park kereta di sana.
Boleh rujuk parking rate kat sana --> http://www.klia2.info/about-klia2/facilities/parking
Untung nya kalau parking kat situ lebih dari 3 hari, tak silap dia akan charge RM20 flat rate sehari. dan untung nya lagi kalau korang gi ramai-ramai, boleh kongsi bayar parking tu nanti, kalau nak dibandingkan korang kena naik taxi airport or amek uber/grab, parking kat situ lagi berbaloi rasanya.
Nasib kami baik, dapat pulak park betul2 berdekatan dengan pintu masuk.
Lebih kurang jam 2:05 pagi kitorang dah sampai KLIA2.
Bila dah sampai awal pagi ni, moh la kita supper merangkap bekfes terlebih dahulu.
Melantak sambil membawang hahaha...
Memasing dah tak sabar nak jejak kaki kat bumi Korea.
Macam-macam dah terbayang makanan korea terutama nya hahaha...
Jam 4 pagi kitorang dah ready beratur nak check in.
Memasing muka dah mengantuk sangat sebenarnya tapi takpe kat dalam ruang menunggu nanti kita cuba lelapkan mata sekejap sebelum masuk perut kapal torobang ye.
Kan slalu nya kalau kita hand carry luggage, pihak penerbangan akan hanya bagi 7kg je setiap orang kan. Memandangkan mereka tak beli luggage so memasing dah risau dah sebab hand luggage derang tu dah melebihi 7kg rupanya. Bagi mengelakkan dari kena tahan or tak lepas check point tu, memasing pun plan tuk pakai baju2 yang perlu selai demi selai hingga la yakin barang yang tinggal dalam beg tidak lebih 7kg. Kadang kalau nasib baik, pihak yang jaga kat check point tu tak check pun luggage kita tapi ye la sape nak tau nasib memasing kan. Kalau dapat yang jenis strict sangat tu yang kadang tak lepas. Alhamdulilah, setelah bertungkus lumus mengemas balik beg memasing, akhirnya kami berjaya melepasi check point tersebut TANPA kena check beg pun... (tak tahu nak nangis ke nak marah or nak hepi..korang korang je paham perasaan kita masa tu)...
Yeay... dah sedia nak berlepas!!!
Perjalanan 6 jam, konpom makan & membuta je la dalam flight..
Dah sampai Incheon Airport lebih kurang pukul 3:30 petang waktu tempatan.
Kata nya dah masuk musim bunga tapi suhu masih ditahap menyejukkan.
Cuma tak perlu pakai pakai winter coat atau winter boot.
Cukup sekadar bawa baju jaket atau pakai je kasut sukan.
Kesian derang terpaksa tunggu beg ako.
Lambat pulak beg keluar dari perut kapal terbang.
Sesambil tu memasing menghapdet status kepada laki masing-masing.
Kami dah book guesthouse kat area Myeongdong. Cara ke sana, samada korang boleh naik subway atau pun macam kami, kita plan amek bas je paling senang. Bas ke Myeongdong dari Airport adalah no 6015 dan harga tiket KRW15,000 won seorang. Korang boleh refer kat blog ni untuk lagi detail route bas dan sebagainya. Perjalanan ke Myeongdong kalau tak jam, lebih kurang sejam jugak la. Dalam bas ni siap ada wifi tau.
Sekali lagi kami memilih 24 Guesthouse Namsan Garden sebagai penginapan kami sepanjang 5 hari kat sana. Lokasi yang strategik dan bilik yang luas.
Kami tempah bilik untuk 4 orang, tak sangka bilik nya sangat luas. Yang syiok nya sebab toilet pun dalam bilik tu sekali.Fridge pun ada, simple toiletteries pun ada disediakan. Untuk family, memang sangat-sangat rekomen korang pilih bilik ni. Cuma kalau nak makan tu tak digalakkan la makan dalam bilik ye. Guesthouse ni ada sediakan ruang makan kat luar bilik je.
Plan asal kitorang dah lari sangat ni.
Waktu check in guesthouse ni dah jam 7 malam.
Perut pun dah lapar so moh la kita isi perut dulu.
Lepas tu baru pikir agenda seterusnya.
Dinner kitorang malam tu adalah di Restoran Kampungku yang terletak tak jauh dari guesthouse kami. Dalam 5 minit berjalan kaki.
.:pinjam gambar dari carian google:.
Asal nya restoran ni kat tingkat atas je. Awal tahun aritu, diorang dah besarkan lagi kedai ni. So atas dan bawah adalah milik Kampungku sepenuhnya. Dan menu derang pun dan dipelbagaikan. Dulu kalau tak silap hanya ada makanan dari Malaysia sahaja tapi sekarang diorang dah tambah juga menu-menu dari Korea. So sesape yang ngidam nak makan makanan korea yang halal, lepas ni dah tak payah nak pening-pening cari. Di KampungKu insyallah semua nya ada.
Harga nya bagi ako memang munasabah gak la.
Takde la mahal sangat kalau ikut standard rate sana, (sila jangan convert harga-harga ke RM)
Sweet Crispy Chicken - KRW9,000 won
Sedap sangat!
Tak payah order sorang sepinggan, order satu cukup, share ramai-ramai.
Ramyeon ni ako lupa lak berapa harga nya.
Kalau tak silap lebih kurang je harga dalam RM6,500 won kot...
Nasi goreng Kampung ni sangat sedap!!
Memang menepati citarasa tekak ako.
Datang jauh-jauh makan nasi goreng je hahaha..
takpe baru malam pertama kan.
Nasi goreng ni harga nya KRW7,000 won.
Sesape nak try boleh la datang ke Restoran Kampungku
Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam waktu Korea dan ditutup setiap hari Ahad
Subway: Myeongdong Station ( Line 4), Exit 3
Email: kampungkuseoul@gmail.com
No.Tel: +82 10-2145-1848
Eh eh... kalau tingin sangat Teh Tarik & Roti Canai, kat KampungKu ni semua ada. Korang cuba la ye!! 😉
Dah kenyang kan, jom kita ke agenda seterusnya iaitu mendaki Namsan Tower.
Walau dah banyak kali jejak Korea, tapi ni pertama kali ako nak ke Namsan di waktu malam. Selalu nya ako lebih prefer ke Namsan ni waktu pagi sebab tak ramai orang. Tapi kali ni, saja nak cuba-cuba merasai suasana malam di atas bukit Namsan.
Oh ye walau kata nya dah musim bunga tapi suhu bila waktu malam ni tetap la sejuk membeku juga ye. Kalau tak tahan, bole la bawa sarung tangan dan juga menutup mulut tu.
Dari Kampungku tadi, kita jalan kaki je untuk ke cable car namsan tu.
Adalah dalam 20 minit berjalan. Tambah dalam cuaca malam yang sejuk, memang terasa macam jauh sangat.
Tengah jalan-jalan tu tetiba nampak bunga cherry lebat berbunga.
Nampak macam pokok diselaputi salji je kan.
Naik tangga. Sikit je lagi dah nak sampai cable car.
Kalau rasa macam tak larat nak daki bukit & tangga, korang boleh je amek bas dari depan Myeongdong subway tu. Tapi ako lupa plak no bas nya. Korang try la gugel ye hehehe.
Yeay dah sampai dah kat cable car.
Ni memang confirm sampai atas jadi lapar balik ni hahaa.
Oh ye harga tiket cable car ni KRW8,500 won pergi-balik.
Details lagi boleh refer kat sini -- > KLIK
Taadaaaaaa amek ko!!!!
Bapak ramai orang pegi namsan waktu malam.
Tapi alang-alang dah sampai, gagah juga la kan beratur.
Rata-rata yang pegi waktu malam ni ramai couple & family.
Untuk grup-grup macam kitorang ni boleh dikira juga la.
Betul la orang kata, view waktu malam memang lagi cantek.
Pemandangan bandar Seoul dari atas.
Kita kasi peluang sahabat--sahabat ini bergambar sakan di Namsan Tower.
Lenkali boleh bawa laki masing-masing ye.
Bole fefeling star trek eh silap fefeling drama "My Love from the Star". 😍
Ha ni salah satu lokasi shooting dalam drama tu.
Sape layan mesti tau kan.
On da way nak balik ke guesthouse, kita jumpa lagi bunga cherry ni.
Suhu pun dah 3 celcius ahkak-ahkak oiii..
Moh la kita masuk bilik.
Esok nak bangun awal pagi.
Jam pun dah dekat 11 malam.
Penat travel dari KL pun belum hilang lagi.
Dan malam tu semua pun tido memang lena sekali.
Nanti kita sambung hari kedua....
Nota Jemari: rindu nak balik sana...
4 Comments
Perghhh akhirnya...
ReplyDeleteRindu Seoul ..alahaiii..
Kaaaaannn...
DeleteIkut hati nak terbang lagi tapi pujuk hati..nanti la dulu hehee
sama la suka dok myeongdong
ReplyDeletedah ada restaurant halal ni, lagik laa syok dok situ
Kan kan... Btul lg plk area tu mcm kemudahan senng.. paling penting subway dia konpom2 ada esklator hahaha..
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com