Good morning Seoul!! Yeehaaaaa pagi ni kita akan ke Busan. Dari Dongdaemun, kita naik subway menuju ke Seoul Station. Tiket ke Busan ni korang boleh beli online atau terus je beli kat kaunter. Tak silap kat kaunter macam mahal sket. Cuma ako x berapa nak ingat harga tiket tu. Kalau rajin, cuba korang gugel kat sini --> Korail
Baru lepas beli tiket kat kaunter. Nak masuk ke laluan tren, dah macam kat airport, siap kena scan luggage. Ke kat Malaysia pun camtu juga ke? Al-maklum ako dah lama tak naik ketapi.
Stesen dia besar la juga, so pastikan korang di landasan yang betul ye sebelum nak turun tu. Sebelum turun tu, korang beli la snek ke air ke sebab perjalanan agak jauh juga. Tapi dalam ketapi pun ada je orang jual air.
Bila dah turun kat landasan, pastikan tren korang betul ye. Tengok nombor koc dan juga seat. Jangan plak tersalah naik tren. I is berdebo-debo nak naik tren ni. Tetiba macam terbayang movie "Train to Busan" tu. Kang tetiba ada zombie ke kan... #teruk betul imaginasi ako!!!😅
Tren sangat la bersih. Perjalanan selama lebih kurang 3 jam tak terasa sangat sebab ada wifi dalam tren. Tak ramai pula yang naik dari setsen Seoul. Dah tengah-tengah perjalanan, baru la koc tu penuh. Orang yang dok sebelah ako pun bersilih ganti sampai la ke Busan. Selain naik tren, korang boleh juga amek flight dari Seoul menuju ke Busan. So far ako tak pernah lagi cuba domestik flight ke Busan. Maybe satu hari nanti ada cukup budget, ako boleh try domestik flight ke Jeju ke kan.
Alhamdulilah sampai kat Busan station lebih kurang jam 3 petang (waktu korea). Misi mencari hotel yang dah ditempah awal masa kat Malaysia. First time nak cuba Business Hotel Busan Station. Ako ada je terbaca, hotel ni salah satu antara hotel yang OK kat area busan station. Tambah pulak harga nya pun cukup berbaloi.
Jejak kaki kat Busan Station untuk kali kedua. Ako macam blur kejap. Sebab pertama kali jejak dulu macam lain ghope station ni. Tambah plak, dulu ako sampai terus tahan teksi. Hahhaa... walhal hotel nya dekat ya amat. Ok berbalik nak mencari Business Hotel ni ada tricky sket. Ekceli berpandukan map dan gugel serta bantuan dari blog-blog korang, nampak macam senang je cuma ada step yang macam terlebih simpang dari info yang ako rujuk tu. Maka nya terjadi la tawaf menawaf bangunan-bangunan kat tepi stesen tu. Kesian plak kat anak-beranak tu, memang penat weii berjalan dengan beg tarik dalam cuaca yang sejuk, berpusing-pusing akhirnya jumpa juga kitorang dengan pintu masuk hotel tu.
Hotel ni kecik je tau. Sederet dengan GS25.
Dari KTX Busan Station, korang exit ikut pintu 8 atau 6 dan pastikan korang ikut laluan Toyoko Inn Hotel. Terus je insyallah korang akan jumpa pintu masuk hotel ni.
Jangan risau, nampak macam motel je kan tapi bilik sangat selesa. Hotel ni diusahakan oleh sepasang suami isteri yang sangat peramah. Nasib la diorang boleh cakap english sket-sket so urusan check in sangat mudah.
Kitorang booking bilik untuk 3 orang. Toilet pun siap ada bathtub, sangat bersih. Yang penting dia ada sediakan charger usb. Kot la tak cukup kan usb yang kita bawa, kat situ siap dia sediakan 3 jenis usb. Komputer pun ada, kot la terasa tetiba nak rajin nak update blog ke kan hahha.. Duduk bertiga untuk bilik yang ala-ala motel memang sangat puas hati sebab memang selesa sangat. Untuk harga yang berpatutan dengan budget, korang bole la cuba hotel ni bila datang ke Busan.
Selesai bersihkan diri, jom la kita cari makan. Perut memasing pun dah kelaparan sangat. Dari Busan Station, moh la kita ke Jagalchi Market, tekak dah terasa nak makan pedas-pedas, panas-panas. Oh ye, T-money masih boleh digunakan di subway kat Busan ni. So tak payah pening-pening nak beli tiket. Macam mana nak ke Jagalchi Market? Korang gugel je la eh. Ako sampai kat area Jagalchi, tak ingat keluar pintu berapa. Tau-tau dah nampak pasar nya.
Rambang mata nak pilih kedai. Konon nya kata orang kita boleh pilih bahan mentah kat pasar bawah dan bawa naik ke atas untuk dimasak. Tapi memandangkan harga berlipat kali ganda, maka nya kita pilih kedai-kedai yang kat luar pasar tu je la ye.
Kitorang order ikan bakar.
Pastu order ala-ala ikan asam pedas.
Sedap makan panas-panas. Memang hilang kejap selsema.
Perut dah kenyang, jom jalan-jalan pulak. Salah satu tempat yang ako tingin nak jejak iaitu Busan International Film Festival (BIFF). Memang dapat jejak tapi exact lokasi yang ada kusi macam tengok movie tu, ako x jumpa kat belah mana.
Ako ada terbaca, hotteok sedap adalah di Busan. So mari lah kita mencari hotteok untuk dirasai. Seriously bgtau ni, memang sedap weii hotteok kat Busan klu nak dibandingkan yang ada jual kat Myeongdong tu. Isi nya ada biji kuaci, dan tak berminyak sangat. If ada peluang, cuba la. Yang paling femes adalah di area Nampo-dong.
Belakang yang ada tanda hijau tu la Jagalchi Market. Memang berdepan je dengan BIFF ni. Cuma ako tak pasti pintu gerbang BIFF ni pintu gerbang utama atau ada pintu gerbang yang lain. Kita gerak ke depan sket , ingat nak cari kawasan yang penuh dengan kerusi tu. Tapi macam tak jumpa-jumpa pun kawasan lapang. Yang ada deretan kedai-kedai. Oh ye, ako ada masuk salah satu kedai kosmetik kat situ, harga kat situ lagi murah berbanding kat tempat lain. Menyesal pulak tak soping banyak-banyak. Sebab takut harga kat Seoul lagi murah kan tapi rupanya kat situ lagi better sket harga nya.
Jalan jumpa mende ni je. Jom la gerak ke destinasi seterusnya kan.
Nak ajak korang ke "40 Step Culture & Tourism Theme Street". Untuk ke situ, korang boleh naik subway ke Jungang-dong Station (Busan Subway Line 1), Exit 13. Jalan menghala ke arah Gwangsan Hospital. Tak jauh mana pun, lebih kurang dalam 5 minit je jalan kaki.
Kawasan ni ada sejarah nya. Kat sini terletak nya tapak rel ketapi Busan yang memula dulu. Yang penting ako nak jejak 40 anak tangga masa Running man shooting kat situ. Sejarah tentang setiap arca kat situ, korang boleh baca kat sini --> History of 40-step. Kalau korang jenis pencinta sejarah, memang tempat ni wajib korang singgah. Walau ako bukan la penkaji sejarah hatta pencinta, ako ke situ atas alasan sebenar nya nak bergambar depan tangga tempat running man shooting je pun. hehehe.. tapi tak sangka, menarik pula kawasan ni bila dah pusing-pusing.
Meh tengok apa yang menarik sekitar kawasan ni.
Pusing punya pusing, tup tup ternampak deretan pokok kaler kekuningan menunjukkan perubahan musim sedang bertukar. Cantek kaler kuning keemasan.
So next destinasi adalah ke Haeundae Beach.
Hahahhaa... sesejuk pegi pantai. Ada apa ek? Ekceli nak cari Hard Rock Cafe kat area situ tapi puas juga la berjalan, tak jumpa pun. Lagi pulak sebab dah terlalu penat, tambah plak cuaca yang dingin, takde mood plak nak mencari dengan terperinci.
Take line 2 to Haeundae Station and leave exit 5. Head straight and you will arrive at Haeundae Beach.
Ha atas tu cara nak ke pantai. Jauh juga haeundae ni rupanya. Kitorang sampai situ dah malam. Bayangkan la cuaca malam tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bertiup kat muka. Best cuma sejuk ya amat!!!! Jadah la ko gi pantai time musim sejuk ni kan. hahahaha.. bertabah je la.
Sepanjang jalan nak ke pantai tu, ada pulak show sempena nak krismas. Pastu ada arca-arca comel ni. Kat area situ, ada deretan makanan halal. So kalau korang terasa lapar, jangan risau. Cuma ako rasa harga agak mahal sket kat area situ sebab tempat banyak tourist kan.
Tengok pantai je pun. Jadi laaa. Kat sini kalau musim panas memang meriah.
Sepatut nya ako pegi Gwangaili Beach kan boleh tengok jambatan yang ada lampu-lampu tu tapi dah kata konon nak cari Hard Rock, tu yang kitorang ke pantai Haeundae je. Pastu ingat nak juga main bunga api, mercun ala-ala macam dalam drama tu tapi takde pulak nampak orang jual bunga api. Nak la juga acah-acah berlari kat tepian air tu tapi bila terkena je tiupan angin sejuk dah membekukan pergerakkan kitorang. Lepak-lepak kat tangga kejap, pastu moh la balik hotel. Esok masih ada banyak lagi urusan.
Nota Jemari: tercapai dah hajat..alhamdulilah
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com