Dah ready nak balik Seoul? Aiyoh kita bersiap! Nasib la hotel ni berdekatan je dengan KTX Busan station. So takde la nak rushing sangat. Beli tiket kat kaunter je tapi ekceli beli tiket on da spot ni memang agak mahal sket. Kena asingkan sesiap duit nak balik Seoul ni, kang kalau tak cukup, ada yang bermalam kat Busan lagi ni kang.. 😅
Tren berlepas jam 10:00 pagi. Kali ni ako minta seat duduk berdepan. Senang nak communicate walau takde la nak borak sangat pun. Penat berjalan 2 hari di Busan masih berbaki lagi. Masa ni la amek peluang untuk lelapkan mata kejap. Alhamdulilah, 3 jam perjalanan tak terasa lama mana pun bila dah menidokan diri kan ahhhaa..
Sampai Seoul, kitorang terus check in kat 24 guesthouse Namsan.
Dari subway Myeongdong, korang boleh exit 3, pastu korang akan nampak Pacific Hotel. Ikur laluan belah kanan Pacific Hotel, jalan daki bukit sikit hingga ke hujung simpang tiga. Guesthouse ni terletak kat hujung simpang tu je. Kalau korang bawa luggage yang besar, korang check in dulu kat pintu yang ada tanda "Nescafe" tu, tapi luggage korang boleh ikut pintu warna kuning. Sebab kuar masuk ke bilik better ikut pintu kuning tu sebab ada lif. Tempat yang ada tulis nescafe tu kaunter check in dan tempat untuk breakfast. Ada je laluan dari dalam tapi kena ikut tangga la ye.
Gambaran bilik untuk kami bertiga. Honestly bagitau ni, kat 24 Guesthouse Namsan ni, bilik nya adalah sempit sikit. Macam untuk kami bertiga, bila dah letak 3 buah beg trolley kat kawasan depan fridge tu, memang ngam2 je laluan nya. Tambah-tambah bila dah buka katil tarik, memang takde ruang sangat. So sebelum katil bawah tu ditarik, baiklah selesaikan segala urusan mandi, solat & makan dengan segera. Toilet dia pulak, takde la nak cakap bole see-thru cuma masih boleh nampak bayang-bayang la sket. Toilet tu pun x besar mana, cukup muat-muat korang berdiri mandi & buang air kat dalam tu. Walau pun kecil tapi tetap puas hati, janji toilet tu masih dalam bilik kan 😉
Lapar!!!
Check in dah nak dekat jam 3 petang. Patut la lapar sangat.
Dah jom kita isi perut dulu. Arini pun aktiviti tak berapa nak banyak sangat.
Dah kat Myeongdong, moh la kita makan kat BusanJib je. Memang takkan bosan kalau melantak kat situ. Cukup kena dengan selera anak tekak kami bertiga.
Kita kasi chance anak banak ni pilih menu.
Macam-macam menu ada. Semua pun nampak menyelerakan.
Tteopokki tu harga nya dalam KRW10,000 won.Sedap!!! Pedass!!
Memang berbaloi cuba.
Tambah plak dengan Soft Tofu Stew, perghhhhh memang #thumbsup la!
Harga stew tu pun dalam KRW10,000 won.
Alhamdulilah kenyang tak terkira. Destinasi seterusnya adalah nak cari Hanbok FREE. Kata nya senang je nak cari Hanbok free ni. Korang kena pergi kat Myeongdong Tourist Information Center. Tapi tempat tu bukan la betul-betul kat area Myeongdong. Camne nak ke sana, korang leh refer kat bawah ni k
Directions
[Subway]
Euljiro 1-ga Station (Seoul Subway Line 2) Exit 6.
Take the first left out of the exit, walk straight and the Tourist Information Center will be directly ahead.
Alternatively, from Euljiro 1-ga Station enter the Euljiro Underground Shopping Center and exit through the shopping center's Exit 2. The Information Center will be directly ahead on the left (90m).
Masuk kat dalam tu, korang cari kaunter yang ada tulis bahasa English. Meaning orang yang jaga situ akan layan korang dengan bahasa yang korang pilih tadi. Kena isi nama untuk cuba Hanbok ni. Alhamdulilah masa kami sampai memang takde orang pun jadi takde la nak tunggu giliran tu lama sangat kan. Lepas isi borang terus dia bawa kita kat satu bilik macam mini studio. Kat situ juga korang boleh tukar baju ke Hanbok. Banyak pilihan cuma pepandai la cari mana yang sesuai ngan korang. Lepas dah tukar baju, korang diri la depan screen macam tibi besar. Ada butang pilihan, korang boleh pilih nak gambar tu lokasi kat mana.
Janji dapat pakai Hanbok free kan. Lepas snap gambar, korang boleh email terus gambar-gambar yang korang amek tadi.
Setel pakai Hanbok, moh kita soping plak. Jom je Namdaemun!!
Naik subway je, turun kat Hoeyeon Station (line 4) pastu korang leh exit 4,5 atau 6.
Dah sampai sini memang rambang mata sikit. Macam-macam ado, sumer barang pun terasa nak dibelinya. Soping berpada-pada je la ye sebab ni baru hari ke-4, masih berbaki lagi 6/5 hari kat bumi Korea. Tapi kalau dah nama nya pompuan, bukan takat berpada-pada, nampak yang berkenan kat mata, mesti nak sambar terus.
Abaikan baju-baju yang bersangkut-paut.
Abaikan kekusutan keadaan beg-beg itu.
Yang pasti ako nak tunjuk kat korang, "sempitkan"!!?
Nota Jemari: soping memang seronok... tapi jangan sampai tak beringat
6 Comments
Hahaha weii tang toilet tu xboleh blah oii, jadi samar-samar le nampk body ko ek hahahaha..
ReplyDeleteKalau kita xboleh ni , aje gile sempit hehehe lg plak kita badan membesar hahaha
Hahaaa.. aku mandi x yh la ko pi ngadap toilet tu haha.. cuma tang berak tu je kena hati2 takut ada bunyi wakaka
DeleteMampossss.....hahahahaha adoii xboleh aku bayangkannnnnn
DeleteNak try tak 😁 haha
DeleteThe same hostel aku duk aritu. Bilik berdua. Memang bercinta gila bila nak mandi. Siap ingatkan sepupu aku berulang kali, jangan gatal nak pandang kat cermin toilet. Adoilah rindunye Seoul!!
ReplyDeleteHahhahaaa kaann... Part nak membuang tu mmg adoii .. tp overall ok esp ngan owner dia laki bini friendly.. so bila bkfs tu rs selesa
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com