Kisah dah berlalu dah ni.. kira kita throwback la sikit ye.
Kejadian berlaku pada 14 Julai yang lepas.
Persiapan dah dibuat setahun yang lepas. (ye kot hahha)
Hari yang dinanti sudah tiba. Memasing pun sangat la excited!!

 Pagi-pagi lagi dah sampai kat Legoland.
Harus kena sampai awal sebab sarapan pun ada disediakan.
Senang, isi perut dulu baru kita enjoy-enjoy kan.
Tambah pulak bila ko bawa budak-budak, harus la kena kasi kenyangkan perut dorang dulu.
Kalau tak nanti, meragam memanjang, susah kita nak main game kan. 😉

 Ada 4 kumpulan. Semangat derang menghias grup masing-masing.
Ada team hijau - Lloyd
Ada team merah - Kai
Ada team biru - Jay
Ada team hitam - Cole

 Acara dimulakan dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
Ni nak tarik minat derang ni supaya rasa tak bosan.
Tapi sayang la sebab tak ramai yang nak join contest ni walau syarat nya senang sangat.
Kalau la dibagi peluang, nak juga ako join budak-budak ni mewarna.

 Tengah syiok-syiok mewarna, muncul plak watak lego ni.


Sebelum kita start acara sukaneka, jom kita bergambar beramai-ramai dahulu.
Ini lah antara muka-muka warga ekonomi, warga statistik, warga antarabangsa bila bertemu.🙊

Senamrobik.
Sukaneka.
Cabutan bertuah.
Persembahan khas dari warga bank.
Penyampaian hadiah.

Antara aktiviti-aktiviti seterusnya yang tak dapat nak share gambar-gambar kat sini sebab sumer pun sibuk nak masuk bertanding. 😁

Semua orang pun sangat enjoy dan majlis selesai lebih kurang kan 11 pagi.
Lepas tu adalah acara bebas bermain air dan roller coaster.
Yeehaaaaa!!!



  Boodak-boodak memang gumbira dapat main air.
Cuma waterpark Legoland ni tak luas sangat.
Pool air pun just cetek je..
So nak berendam ala-ala dalam swimming pool memang tak yah berangan la ye.
Ko celup-celup kaki pun takat buku lali ko je hahaha..

Yang best nya air yang kita kena pusing satu pusingan pool tu.
Yang tu memang teruja sket la.
Pelampung pun tak payah nak sewa--sewa.

 Dah puas mandi, jom kita naik roller coaster plak.
Ruginya pegi sini memang kena amek 2 hari trip kalau korang plan nak masuk air & theme park sekali. sebab nya kalau satu hari memang tak cukup masa. Yang ni pun kitorang tak sempat nak skodeng ke dalam-dalam theme park sangat. Masa sangat mencerumbui kita. So dapat main sket game je. Nampak gaya memang kena datang lagi ni.

Overall, terima kasih BNM sebab bagi peluang kami untuk bersama keluarga.
Enjoy & puas hati.

Untuk penginapan kami kat JB aritu, kami stay kat Hotel Arianna @ Iskandar.
Sangat berpuas hati untuk hotel budget tapi bilik sangat mewah.
Family room, keluasan yang cukup sempurna untuk keluarga yang besar dan ramai anak.
Tak cukup katil tapi masih ada ruang boleh je bentang toto kat bawah,.


Lengkap ada tv dan ketel elektrik sekali.
Kalau nak buat air panas, ada juga disediakan machine 3in 1 di luar bilik berdekatan dengan lif. 

 Ruang ke toilet, ada tersedia lemari bersiap hanger di dalam nya.

 Toilet siap ada bathtub.
Ruang toilet pun luas, terbahagi 2, ruang mandi & ruang jamban.

 
 Ada juga branda walau takde la besar mana tapi boleh la kalau nak sidai baju basah ke kan.

Kesimpulan nya memang hotel ni boleh rekomen kat korang yang nak stay kat JB tu.
Lebih specific, buat korang yang nak ke Legoland tapi tak jumpa lagi tempat yang sesuai dan dekat untuk bermalam. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel ke Legoland dengan memandu.
Kawasan situ banyak tempat makan.
Ruang letak kereta yang luas.
Boleh buat tempahan melalui agoda.com atau booking.com atau whatsapp je no ni +6011-3527 4262

Selamat mencuba!👌

Nota Jemari: Sekadar share pengalaman & info