Yeay it's time to have fun today!!! Going to Everland.. yeehaaaa!!

As usual, before gerak jom kita breakfast dulu. Kebetulan terjumpa member dari KL yang stay kat guesthouse tu juga. Sarapan bersama Cik Siti Delima dan keluarga.
Kuar je dari guesthouse, terus kakak ni teruja. Apa tak nya, first time jumpa salji. Rupanya malam tadi salji lebat turun. Memang tak sedar langsung. Kitorang memang ada gak tengok forecast cuaca, kata nya memang salji akan turun tengah malam. Tapi bila kitorang dok menunggu, tak pulak salji datang. Tunggu punya tunggu, sudah nya memasing tertido. Ada sikit kecewa juga la sebab terlepas nak tengok salji turun kan. Mengikut forecast cuaca, salji akan turun lagi before kitorang balik Malaysia nanti. So ada harapan lagi kan.

Hari ni sepanjang hari aktiviti kitorang adalah di Everland sahaja. Nak ke everland, kitorang naik subway je. Cuma yang penat nya kena tukar-tukar subway. Sebab tu kitorang mula kan perjalanan arini awal pagi seperti biasa. Bila bercuti di dalam musim sejuk, masa siang adalah sangat pendek. Jadi nak enjoy aktiviti pun agak terbatas sket. So kena plan betul-betul aktiviti apa yang korang rasa nak buat atau nak tempat mana korang nak jejak k.
Kalau korang naik subway, sila la benti kat station Jeondae Everland (Yongin Ever Line) Exit 3. Nanti korang akan nampak bus stop untuk shuttle bus ke pintu masuk Everland. Free je shuttle bus ni. Kalau tak silap bas ni akan sentiasa ada setiap 10 ke 15 minit. So kalau korang terlepas shuttle bus ni jangan risau sebab nanti ada je bas lain muncul.
Dok dendiam dalam bas ni, nanti dia akan hantar korang berdekatan dengan pintu masuk Everland. Balik pun kalau korang plan nak naik subway, just naik balik shuttle ni kat tempat yang dia akan turunkan korang.
Dah sampai dah!! Nasib baik la tak ramai sangat orang pagi tu. Maybe sebab musim sejuk kot. Kitorang je terhegeh-hegeh nak main roller coaster masa musim sejuk ni. Hahhahaa... So entry kali ni memang banyak la gambar-gambar kat dalam everland sahaja ye.
Heater!
Memang sepanjang kat dalam tu asyik cari heater je weii.. Sejuk yang amat.
Dah start dah nak jadi kekanak ribena balik.
Masa ni kan bulan disember, so deco kat situ kebanyakkan nya berunsurkan krismas.
Pokok ni adalah tempat yang wajib kena pose! Hahaha... Kalau waktu malam, pokok ni sangat cantek dihiasi dengan lampu warna-warni.
Kebanyakkan hiasan kat situ adalah berkonsep kan putih salju kekdahnya.
Jalan-jalan terjumpa "Panda World" ni. Kat malaysia pun tak sempat lagi nak tengok yang kat zoo negara tu. Tapi kat zoo negara tu kena bayar kan, kat everland free je. Tiket entrance tu dah termasuk boleh tengok semua mende kat dalam ni.
Memula ingatkan kena tengok kat screen macam ni je. Alaaaaa I is dah frust rasa nya sebab i nak tengok yang real punya. Rileks, tu baru permulaan je kan. Ruang panda ni luas, so jangan frust dulu, sila masuk sampai ke dalam sikit.
Ala..... takkan tengok buluh ni je????
Hahaha sabar!!!!!
Jom masuk ke dalam lagi.
Aadoiii.. yang ni tak boleh blah.. taik panda pun bole jadi sebahagian pameran eh hahaha😅
Taaaadaaaaaaa!!! Ha nampak tak?! 
Syyhhh.. tapi panda tu macam takde mood je kan. Melepek je macam tu. Tak aktif langsung. Ke sebab cuaca aritu sangat la mendung. So mood panda pun dah kelaut. hahah..
Kecik besar kecik besar je ako tengok panda ni.
Ke panda memang suka bermalas-malasan eh?
Kalau rajin, sila la translate ye hehehe..
Pastu kitorang tengok beruang kutub. Gila besar weiii....!!
Beruang kutub tu dia letak dalam khemah macam dalam gambar tu. So kalau nak tengok, just tengok melalui 'tingkap' yang diorang dah buat tu je.
Selepas tu pulak kitorang tengok sea lion & penguin. Hahaha ni dah macam lawatan ke Zoo plak rasa nya kan 😁
Dan sebab UTAMA nak masuk everland masa musim sejuk ni adalah nak main sledding kat dalam tu. Tapi frust sangat rupa nya awal disember sledding area belum buka lagi. Derang baru nak buat preparation untuk kawasan yang penuh salji tu. Sadis nyaaa.. sebab tu la ako datang balik ke Seoul dalam bulan satu semata-mata nak tunaikan juga impian nak main sledding ni lagi!!!!!
Terubat sket kecewa tak dapat main sledding, bila setelah berkali-kali jejak Everland, akhirnya impian nak main roller coaster kayu ni tercapai juga. Excited sangat-sangat. Roller coaster dibuat dari kayu tu weii!!!! "The 4th steepest wooden roller caoster in the world".. 
T Express is a wooden roller coaster at Everland in Yongin, South Korea. It is South Korea's first wooden coaster, Intamin's fourth wooden coaster with prefabricated track, the first ride of this type in Asia, and the first to utilize three trains. It is world's fourth steepest wooden roller coaster. It is also the world's ninth fastest, fourth tallest, and sixth longest wooden coaster. It is also built on a hillside, the layout taking advantage of the terrain.-- wikipedia
Pengalaman naik roller coaster ni? Apa perbezaan nya?
Ermm bagi personal opinion, roller coaster ni memang besar dan sangat laju.
Sangat-sangat laju, OK!!! Dan dalam banyak-banyak roller coaster ride yang ako pernah naik, T express ni memang banyak terhentak-hentak kepala dan badan. so memang tak digalakkan sangat korang yang ada migrain, sakit tengkuk, sakit belakang dan yang seangkatan dengannya untuk cuba-cuba naik coaster ni.

Memang betul, mana-mana game coaster memang x galakkan orang yang ada penyakit tuk main mainan ni. So far, roller coaster yang ako pernah naik, hentakkan dia tak berapa nak kuat sangat berbanding dengan T express ni. Sila la bersiap sedia ye kalau rasa nak main T express ni.

Ya allah, sangat puas hati!!!!! 
Tapi tobat hahahaha first and last je la ako cuba!!
Seriau!! 😅
Baru pas naik roller coaster, pastu masuk plak rumah terbalik. Hahhaah bagus betul. Nasib baik la kitorang takde alahan termuntah-muntah, alhamdulilah sangat.
"Rotating house" ni bukan rumah hantu tau! Korang patut cuba memang lain dari yang lain. Ako pun first time masuk situ setelah berkali-kali jejak everland. Hahaha memang unsangkarable ... Sangat menghiburkan. 
Next, kitorang masuk "Mystery Mansion". hahahha misteri la sangat. Ko duduk atas kete, pastu dia gerak, ko main tembak-tembak item je guna pistol laser. Dah tu je! Hhahaha simple sangat, game ni untuk budak-budak bawah umur sesuai ar 😅
"Happy Family" ni best! 4D show.. Rasa nya korang leh bayangkan show 4D kan macam mana?! Enjoy juga la tapi still konsep nya ko naik roller coaster juga la cuma dalam bentuk 4D je la ye.
Seterusnya kitorang masuk safari. Masih tengok binatang cuma kali ni kita tengok dengan lebih dekat lagi. Beruang, singa pun boleh lambai-lambai bersebelahan kita je. Sesuai bawa anak-anak kecil untuk masuk situ.
Lunch time!!!!
Ni je pun yang boleh dimakan.
Oh ye tempat solat kan terletak bersebelahan dengan "Mystery Mansion" & "Rotating house". Ada pintu kecik, tempat wudu semua dalam tu. Walau kecik tapi sangat selesa.

Dah kenyang, dah solat, moh kita jenjalan kat area "Four Season" plak.
Kawasan ni diorang akan decorate ikut musim.
Memandangkan kitorang datang musim sejuk, maka decoration nya pun ala-ala putih salju gitu.
Cuma ada lah juga warna warni nya deco sempena krismas.
Pose dari siang membawa ke malam. Malam memang cantek sebab ada hiasan lampu-lampu.
Semua sudut pun sangat cantek.
Semua sudut pun nak snap gambar.
Gambar yang last tu, harap takde yang tak tido malam ye. hahahaa...
Masa snap gambar kat papan putih ni, ako tertanya juga, apa function mende ni kan.
Tapi bila ko lalu balik kat situ waktu malam, laaa baru tau fungsi papan tu... Amek gambar camtu rupanya hahahaa...
Eh belum abis lagi tau!!
Jom kita naik mende alah tu pulak.
Kat belah bawah ni kebanyakkan nya game untuk budak-budak.
Untuk game dewasa, korang kena naik kat bahagian atas.
Jom la kita naik dulu, nanti sambung citer lagi.
Berulang kali ako naik mende ni sebab seronok hhhahaha. Nasib beratur pun tak panjang, tu yang boleh ulang berkali-kali tu.
Ada lagi roller coaster lain kat bahagian atas.
Ini nama nya roller coaster santai-santai aje sebab tak besar mana pun.
Untuk yang tingin sangat nak main roller coaster tapi rasa takut, korang leh try naik yang ni aje dulu.
Ada yang nak cuba game ni?
Sis Lin ingat lagikah waktu kita naik di Bandung Trans Studio dulu?
Hahhaha... memang mengigau la lepas tu. Agak-agak nak cuba lagi tak Sis Lin? 😝

Banyak lagi game-game yang korang boleh cuba.
Tak dan dah nak snap sume mainan kat situ.
So kami pulang dengan rasa puas hati sangat.
Dari pagi sampai ke malam.
Balik dari everland terus cari makan malam.
Kita decide dinner kat Restoran Kampungku, tak jauh pun dari guesthouse kitorang.
Waktu kitorang ke restoran Kampung ku, diorang masih lagi di tingkat atas sahaja. Kat atas ni ruang nya agak terhad sikit. Bila ramai pelanggan, tu yang kena menunggu lama. Tapi alhamdulilah, masa kitorang sampai, kedai adalah kosong. Cuma makanan kat situ cepat abis kalau korang datang lepas jam 9 malam.
Menu yang ada pun setakat nasi ayam je.
Jadi la sebab dah lapar sangat, semua pun rasa sedap!!!
Next time ako nak cuba teh tarik & roti canai dia pulak.
Hahhaha pada korang yang tak bole nak terima makanan korea, jangan risau. Korang pegi je kat Kampungku ni, gerenti korang leh dapat makanan melayu.
Dijadikan citer, rupa nya masa kitorang kat Everland, salji sedang rancak turun di area Seoul/Myeongdong. Huwaaaaaa memang nangis ar sebab terlepas lagi nak merasa salji turun. Terus tengok forecast cuaca, konon kata nya malam tu salji akan turun lagi. Gigih jam 12 tengah malam dok naik kat bumbung guesthouse semata-mata nak tunggu salji. Hahhaha tapi takde la nak tunggu lama kan, ater udoh penat gaya nya. 

Ralatnya, memang salji turun pun cuma tak pasti jam berapa.
Huhu..... dah, jom tidoooo!!!

Nota Jemari: Memang kena usaha cari tempat yang akan turun salji....