Alhamdulilah masih di bumi Korea untuk hari yang kelima. Hari ini kitorang kena gerak awal dari guesthouse. Memandangkan perjalanan arini agak jauh sket, pukul 6:30 pagi lagi kitorang dah kuar. Aktiviti arini adalah mengayuh basikal di musim sejuk. Tak tahu la boleh tahan ke idok nak buat aktiviti yang satu ni. Awal-awal lagi ako dah booking slot dan tiket dari klook.com. Slot yang kitorang pilih tu dalam pukul 9 pagi dan perjalanan ke situ ambil masa lebih kurang 2 jam juga la. Apa aktiviti kitorang ekceli ni kan?
Salah satu wishlist ako nak naik basikal yang atas rel ketapi tu. Ala yang running man pernah shoot kat Gangchon Rail Bike tu. Basikal ni ada 2 jenis, iaitu untuk 4 seater dan 2 seater. Ofkos la kitorang kena amek yang 4 seater punya basikal kan.
Gangchon Rail Bike ni terletak kat area Gapyeong, makna nya dekat la tu dengan Nami Island. Dari Seoul nak ke Gangchon ni kami naik subway je, sebab tu perjalanan agak jauh kena naik tukar tren berkali-kali. Kalau korang plan nak try basikal ni, kena buat planning betul-betul la ye sebab klu tak silap ako, musim selain musim sejuk, permintaan untuk naik basikal ni agak tinggi. Dan sebab itu la, ako beriyer juga nak mengayuh basikal ni dalam musim sejuk. Malas nak menunggu giliran yang lama.
Kitorang sampai kat area raik bike ni ngam-ngam lagi 5 minit sebelum jam 9 pagi. Fuh, nasib la station subway ni sebelah je ngan rail bike area, cuma kena jalan sket la nak menuju ke kaunter tiket tu. Oh ye, untuk ke situ korang boleh benti kat station Gimyujeong, Exit 1, pastu korang jalan sket je x smp 5 minit menuju ke pintu gerbang park tu.
Jika korang beli tiket dari klook.com, sila tukar tiket yang asal kat kaunter dulu ye. Pastu korang tunggu kejap sampai dia panggil untuk berkumpul. Diorang akan bagi orang yang book 2 seater untuk naik dulu. Lepas semua 2 seater bike dah jalan, baru lah dia akan bagi 4 seater bike pulak atas rel.
Excited dah ni!! Tak sabar nak tunaikan hajat yang satu ni. Tak sabar nak buat exercise untuk kaki pagi-pagi buta. Tak sabar dah nak fefeling running man atas trek rel.😁
Here we go!!!
Diorang akan lepas kan antara 1 basikal dengan basikal lain lebih kurang dalam 1 minit. So pastikan korang berada jarak sket dengan basikal kat depan or belakang korang. Kalau lambat kayuhan nya, basikal kat belakang akan membontoti je korang macam lam gambar. Tapi kalau korang laju, so korang sempat la sket nak menghayati pemandangan sepanjang perjalanan. Oh ye jarak kayuhan lebih kurang dalam 1.5km, nak amek masa lebih kurang sejam 30 minit juga la. Bergantung juga pada tahap kayuhan korang hahaa...
Sepanjang perjalanan rail bike ni, korang akan jumpa 4 terowong. Terowong terakhir tu diorang akan pasang lagu. Pastu nanti korang akan sampai kat satu hentian ni. Bila dah sampai hentian tu, sila la turun dan berehat la kejap kat situ sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki romantik tren pulak untuk sampai ke hujung trek.
Antara view yang korang akan jumpa sepanjang kayuhan.
Rail bike 4 seater. Nak bagitau ni, kalau korang rasa korang ni kaki nya takde la panjang sangat kan, sila la jangan duduk kat seat yang ako duduk tu. Seat tu sesuai untuk orang yang kaki panjang. Setiap kali ako mengayuh, setiap kali tu la montot ako akan gerak hampir nak jatuh. Hahha... jenuh weii nak mengayuh sambil nak kontrol montot dari jatuh. Pastu dapat pulak geng anak banak yang laju gila kayuhan nya. Aje pengsan ako nak mengejar speed derang berdua.
Jom rehat kan kaki jap. Minum-minum sambil menikmati view yang sangat marbeles!!
Dah puas rehat, jom naik romantik tren plak. Tak jauh pun dari tempat rehat tu nak ke hujung trek. Bila dah sampai hujung tu sila la turun ye. Pastu korang cari hentian bas, naik shuttle bas yang akan menuju ke station subway Gimyujeong.
Yeay, alhamdulilah misi berjaya!!!
Walau sejuk, walau penat tapi puas dan seronok, lebih-lebih lagi bila hajat akhirnya tercapai juga.
Jarak dari station ke pintu masuk rail park.
Warna kuning belakang tu adalah station Gimyujeong.
Antik sket station nya, lain dari yang lain kan.
Station ni akan jadi kenangan memori tak tau la nak kata indah ke atau tidak, sebab nya kat sini la tetiba kamera ako terjatuh, pecah berderai. Huhuwaaaaa... masa tu rasa nak meraung pun ada tapi terima je la, sendiri yang cuai!! Gambar-gambar selepas itu mostly hanya guna henpon je.uhukk...
So next destinasi adalah ke Nami Island.
Dari Gimyujeong korang terus je ke Gapyeong Station macam biasa ye.
Dua beranak yang super excited nak jejak Nami.
Jom layan gambar-gambar dua beranak je kat sini k.
Kemain lagi aksi-aksi anak beranak ni kan. Hahhahaa...Ako memang kasi chance anak beranak ni buat la gaya apa pun, ako memang tukang snap je gambar untuk derang.
Kat belakang tu tempat makan dan tempat solat. Sebelum balik, moh la kita isi perut dulu ye.
Ako sudahi cerita untuk hari kelima dengan satu persoalan,
"Eh abam, dah bertahun kita tak jumpa tapi abam tetap serupa gitu juga!"
Hahhahaa.... ok daaaa....
Nota Jemari: banyak kali jejak, nami antara tempat WAJIB singgah..
4 Comments
Bestnyaaa oii mengayuh, nak kena balik kampung lagi aku ni gamaknya hahahaha
ReplyDeleteWeiii aku nengok, gambo dr HP lagi lawo dr kamera hehehehe
Hahahaa kan kaan.. aku pun br pasan.. ke sbb cara amek br mwnghayati sket dr guna kamera.. haha
DeleteBaca or dengar rail bike ni, aku rasa nak pengsan. Xkan lupa kenangan aku mengayuh dalam dingin winter. Menyumpah dalam hati sampai sekarang. Nami tu aku rasa semua musim lawa, kecuali summer kot (punyalah bias ngan summer) hahaha
ReplyDeleteHhahahaha sejuk kan bie.. angin meniup setempek kat muka.. pastu dgn penat mengayuh nya lagi tmbh2 stamina dh kurang haha
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com