Sejuk nyaaaa!!!
Lepas breakfast milo dan megi, as usual menu wajib kalau bercuti, kami memulakan aktiviti pada hari itu awal pagi. Semangat semua nya nak kuar awal-awal. Kali ni cadangnya just nak melawat sekitar Seoul sahaja. Santai-santai gitu, konon nya la. Dengan semangat yang waja, jam 8:30 pagi waktu korea, kami dah start mendaki ke cable car. Ayoh kita menuju ke Namsan Tower pagi ni.
Dari guesthouse nak ke Cable car memang tak jauh sebenarnya cuma yang terasa penat tu sebab jalan nak ke situ kena mendaki sket. Sebelah Red Guesthouse tu ada satu lorong mendaki ke atas, korang ikut je lorong tu sampai jumpa anak tangga. Ha klu dah jumpa anak tangga tu maka nya dah sampai la ke kawasan cable car nya.
Jeng jeng jeng, korang tau tak tu rumah siapa? Ha ni nak bagitau, pernah tengok drama "Legend of The Blue Sea?" Ala citer pasal mermaid bercinta dengan orang biasa tu. Dan pelakon hero nya ada lah Lee Min Ho!! Sape minta drama korea, konpom tau pasal drama yang satu ni kan. Di pendekkan citer, ahkak ni memang peminat tegar drama tu terutama sekali memang dia suka sangat kat Lee Min Ho ni. So sebelum terbang ke korea lagi, dah buat satu permintaan nak sampai kat depan pintu rumah Lee Min Ho dalam drama tu. Gigih la ako google dan akhirnya taadaaaa sampai juga kitorang kat depan pintu rumah tu.
#kredit --> https://koreandramaland.com/listings/heo-joon-jae-s-house/

Haaa sama tak, sama tak?!!!😁
Punya la excited bila dah ada depan pintu tu dengan harapan konon nya Lee Min Ho akan muncul sambil buka pintu. hahahaha walhal masa ni LMH ada la tengah dalam proses khidmat masyarakat kat Gangnam Office. Itupun memula nak juga gi cari gangnam opis tempat LMH kena keje tp hahah tak koser la kan. Bukan nya otomatik dapat jumpa pun. Maybe next time je la ye Kak een 😝
 

Dah puas dapat tengok rumah kan, moh kita naik cable car pulak. Sampai je kat pintu cable car, rupa-rupanya cable car buka jam 10 pagi daaaaa..... waktu kitorang sampai tu baru jam 9 pagi. Nak tunggu adalah sejam tu. Dalam sejam macam-macam boleh buat. So kita decide, jom la kita mendaki dengan jalan kaki je ke Namsan Tower. Bermula la episode exercise kaki pagi-pagi buta kat bumi Seoul. Ingatkan perjalanan atau pendakian tu takde la jauh mana, sekali hamek ko!!! Semput ahkak dibuatnya. #nangisDalamKeterujaan

Jalan menyusur jalan besar. Tup tup ternampak signboard ke Namsan. So apa lagi, gigih la kita ikut jalan tu dengan harapan ia adalah jalan shortcut.
Memula tu macam pikir gak banyak kali, betul ke nak ikut jalan tu. Tengok macam banyak sangat anak tangga. Rasa macam nak pengsan je ni sebelum sampai puncak. Setelah berbincang, maka nya kami setuju untuk mencuba je daki anak-anak tangga dengan perlahan-lahan. Penat!! Memang penat sangat tapi rasa berbaloi sebab sesambil korang leh menikmati pemandangan bandar Seoul dari atas bukit. Sambil daki sambil tengok view. Walau nampak view nya pokok-pokok kering tapi cuba korang daki masa musim bunga, gerenti view akan nampak lagi menawan. Cuba la!!

Amacam, rasa-rasa ada tak yang sanggup daki ke atas bukit Namsan macam kitorang buat ni? Buat pendaki-pendaki, mesti sukakan cabaran ni kan terutama bila kena daki dalam musim sejuk😅
Ingatkan bila dah nampak tower nya, dah nak sampai la kan tapi jangan tertipu, masih jauh lagi perjalanan rupanya. #pengsan #gigilkepalalutut
Bila la nak sampai ni kan??!!!
Macam tak caya je dah mendaki sejauh tu. Perghhh!!
"Jauh lagi kak een oiii.... Tu nampak tu, memang tower dah nampak tapi tangga nya masih ada lagi!!"😂
Jalan punya jalan, daki punya daki tetiba nampak tempat untuk istirehat. Jom la rest dulu, sambil minum kopi sambil tengok view bandar Seoul. Walau takde la kopi dari starbuck ke kan tapi bila dapat minum air panas kat tempat sejuk, perghhhh nikmat nyaaa!!! Jangan tak tau, kak een memang dah plan bawa air panas dalam termos dia. Nasib la termos tu comel je. Bagus gak kan, saat-saat macam ni la nikmat tak terhingga dapat hirup kopi!!
Setelah hampir sejam mendaki, kali ni betul-betul dah sampai puncak! Dan masa kitorang on da way mendaki tu, sedang elok je cable car pun dah berfungsi. #hentakkaki
Sampai-sampai je terus cari kerusi. Hahahha penat weiii!!! Macam putus nyawa kejap. Dah la time tu ako dengan selsema nya, memang pernafasan agak tersangkut kejap. Semput!!
Jenuh gak cari anak kunci yang pernah ako tempek dulu tapi nan ado. Dah puas snap snap jom kita gerak ke Namdaemun. Kali ni turun dari Namsan ni kitorang naik cable car je la. Dah tak sanggup plak nak daki menurun anak-anak tangga tadi. hahaha..
Gi Namdaemun, korang leh turun kat station Heoyeon (Line 4), pastu exit pintu 4,5,6. Kitorang ke namdaemun ni sebab nak cari brooch yang terletak dalam bangunan E-Lengdang. Kedai yang kitorang pergi ni memang femes ngan orang-orang dari Msia, singapura dan Indonesia tapi sebab kan kedai ni dah terlalu kerap sangat orang pegi, maka ako rasa brooch kat situ dah macam tak menarik sangat. Ada satu lagi kedai yang orang kita selalu singgah. Ia terletak 3 lorong dari kedai aunty ni. Brooch kat kedai lagi satu memang lagi berkualiti dan bersinar-sinar. Lagi banyak pilihan corak. Pape pun pilihan & taste kita maybe tak sama kan. Cuma korang bole je cuba memana kedai kat situ juga. Yang tak best nya, kedai kedai lain macam menyombong sket. Aunty ni juga yang peramah dan bole paham sket-sket bahasa kita. hahaha.

Kawasan brooch ni sangat la sempit ruang jalan nya. So sila pastikan korang tak bawa banyak sangat barangan semasa singgah menyoping ke dalam bangunan E-Lengdang ni. Pekedai-pekedai kat situ, kalau korang x menyinggah kedai mereka, sangat la sombong. Kalau terlanggar sket barang derang dengan tak sengaja, ermm mula la berdecit-decit pastu mula la mengomel dengan bahasa derang sambil buat muka. Jadi pastikan korang berlenggang kangkung dulu bila masuk situ k.
Murah tu takde la tapi dengan kualiti batu dan pin nya, agak berbaloi sangat korang beli brooch korea ni. Brooch korea yang jual kat KL tu memang jauh beza sangat yang ada kat Namdaemun ni. Kalau nak tau apa beza nya, cuba la beli k.
Lepas cari brooch, kita nak cari kain pulak. Ada terbaca, salah satu tempat boleh cari kat Dongdaemun Shopping Complex. Memang ada satu kedai ni dia akan jual murah sangat berbanding kat kedai-kedai lain di situ. Tapi memandangkan kita adalah pertama kali jejak bangunan kain tu, memang la tak jumpa kedai yang murah tu. Sudahnya, ko beli aje la kat kedai yang mana terdekat ko nampak. Jom cuba kain cotton korea. Mahal rasa nya hahha, yang kitorang beli tu pun sebab ada offer kain lama kot. hahhaa.. Amek je la sebab nak cuba je kan. So lain kali kalau korang terasa nak cari kain ela, sila la kat Gwangjang Market ye. Insyallah klu ada peluang balik kampung lagi, akan pasang niat singgah Gwangjang tu.
Dah alang-alang berada area Dongdaemun, meh la kita makan ikan bakar yang pemes kat situ. Kedai nya memang banyak pilihan, tapi paling ramai orang suka pegi adalah kedai pertama dari simpang masuk tu ye.
Arini, aktivit tak banyak sangat. Lepas soping dan makan, melepak je dalam bilik. Sambil layan drama korea yang takde subtitle. Kena la buat-buat paham. 


Nota Jemari: rehat puas-puas, esok nak main roller coaster!! 😅