Awal pagi dah keluar.
Nak kemanakitaney?


Plan hari ketiga ni kami nak ke Nami Island.
Memandangkan kami yang agak ramai ni, jadi kami decide nak memudahkan perjalanan.
Ada banyak cara ekceli kalau nak ke Nami ni.
Setelah berbincang, kami decide untuk naik ITX expres.
Korang boleh beli tiket ITX terlebih dahulu di website KORAIL.


Semasa beli tiket tu, korang kena pilih tarikh dan pastikan masa tu cukup untuk korang naik ITX ni. Sebab nya ITX untuk ke Gapyeong takde yang direct dari Seoul. Korang kena naik subway biasa dulu ke Yongsan Station dalam 15 minit.


Aritu kitorang decide memang nak sampai Nami awal.
Maka nya kami pilih masa untuk naik ITX jam 7:55 pagi.
Sebab tu la awal awal subuh lagi kitorang dah mulakan perjalanan.

Oh ye, lagi satu yang ako perasan, if korang datang beramai-ramai pastikan korang book terus dalam group. If korang book asing-asing, kebarangkalian korang akan ditempatkan di gerabak yang berlainan.


Sampai je di Yongsan Station, sila keluar betul2 dahulu.
Sebab nya ketapi untuk ITX ni kemungkinan berada di landasan yang lain.
Masa kami aritu, kami tak sedar yang kena keluar dulu dari landasan subway.
Hampir juga terlepas ITX yang kami patut naik.
Rasa pelik sebab tak nampak pun ketapi ITX padahal waktu tu dah dekat untuk ketapinya berlepas.
Bila tersedar yang kami dah salah tunggu ketapi, cepat cepat kami bergerak takut terlepas. Once korang dah terlepas, korang terpaksa beli tiket yang baru. Tiket bukannya murah, jadi sentiasa la alert ye!!

Alhamdulilah berjaya juga naik ITX ni pada waktu yang tepat.
Tujuan beli tiket ITX ni in advance sebab nya nak dapatkan seat.
Kalau tak beli awal-awal, boleh je naik tapi kebarangkalian nak dapat tempat duduk adalah tipis.



Lebih kurang sejam perjalanan.
Dah sampai Gapyeong Station.
Dari sini nak ke nami island, korang naik je teksi (3000/4000 won per taxi).


Dah nampak menara tu, dah betul la tu lokasi nya.
Ada 2 cara untuk menyeberang ke Pulau Nami.
Sama da korang naik Zip wire yang kat menara tu atau korang bole je naik feri beramai-ramai.


Tapi ada member nak try menyeberang guna zip wire
Siapa tu ye?
Kak een ke? 
Eh bukan bukan....


Taadaaaa... ni ha budak dua orang ni yang beriyer nak naik zip wire.
Ako tengok nak daki menara tu je ako dah seriau.
Hahahah.. jom kita tengok view dari atas, seriau ke tak eh?!😅

Harga tiket untuk naik zipwire ni dah termasuk harga entrance ke Nami Island.
Info terkini, korang leh tengok kat sini.


Wowweeee...... ni video eta amek dari atas.
Bila tengok derang naik, cam sonok plak.
Cam xde la seriau sangat kan?!!
Tapi dah 'tua-tua' ni cam takut plak nak mencuba mende baru. hahaha faktor usia kah?🙊


Kami semua mampu naik feri je la.


Masa kami atas feri, member berdua tu dah selamat bergerak kat zip wire tu.
Zip wire tu cepat je meluncur. Tengok dalam video macam xde la laju sangat kan.
Tapi kalau korang dari bawah, korang dengar zip wire tu bergerak dengan laju.
Faktor angin kah ketika itu??



Welcome on board... 😆
Perjalanan naik feri ni kejap je pun dalam 5-10 minit gitu la.
Korang boleh je lepak kat luar feri tu.
Tapi kalau dah musim sejuk ko pegi, duduk la dendiam kat bahagian dalam kan.
Sejuk oiii bila kena angin 'laut' ..(eh eh laut ke tu ke sungai eh? tasik kan ?! hahaha😂)




Dah jejak Pulau Nami.



First thing yang korang kena buat dulu bila sampai sana dalam musim sejuk adalah panaskan badan terlebih dahulu! 😂
Dah hangat sikit, baru lah kita mulakan ekspedisi menjelajah pulau nami.


R'u ready guys?


Jom kita gerak-gerak khas.







Puas pusing pusing Nami naik beskal.
Kali kedua naik beskal kat Nami ni.
Nasib masih ada lagi skill mengayuh.😝


Kalau nak sewa beskal, rujuk harga kat atas ni k.
Atau nak tau info lain lagi, boleh baca kat website NAMI.




Tak yah citer lelebih, hhahah dah sampai nami, konpom ini antara tempat wajib bergambar.
Bukti yang korang memang dah jejak pun kat Pulau Nami.

Kami lunch di restoran halal kat sana.
Rasa nya ramai yang dah tahu, satu satu nya kedai halal di Nami adalah di Asian Family Restaurant Dongmun (ASIAN CUISINE). Menu kat situ ada korean dan Asian food. So, kalau agak agak tak leh nak makan makanan korea, korang boleh la order je nasi goreng or nasi daging masak kicap hehehe...






Ini antara menu menu yang sempat kami order.

Selain korang dapat menikmati makanan halal di sana, korang tak perlu nak pening pening cari tempat untuk solat. Sebab nya di restoran itu ada menyediakan ruang solat yang sangat selesa di bahagian atas.



Dah kenyang, dah selesai menunaikan solat fardhu yang wajib, moh la kita balik.


Lepas Nami, kemana lagi kita ye?
Dah alang-alang ada kat area Gapyeong ni, moh la kita jejak ke Petite France.
Bunyi cam nak gi paghis je kan tapi hakikat nya bukan.

Untuk ke Petite France dari Nami, kita boleh naik Gapyeong Tour Bus.
Seriously ini first time ako nak ke Petite. Hahah sebelum2 ni memang tak tergerak nak jejak ke situ.
Tapi kali ni, saja ako plan bawa derang ke sana, dan alang-alang ako pun nak gak tau, apa yang best nya di Petite tu. 

Korang boleh beli tiket daripada driver bas tu je nanti.
Kalau korang takde cash, boleh je guna kad subway tu untuk buat pembayaran.



Ada 2 route course iaitu A & B.
Sila pastikan korang di laluan yang betul.
Memandangkan kami nak ke Petite, jadi kami memilih laluan A.


Jadual waktu bas tiba di Nami.


Perjalanan dari Nami ke Petite mengambil masa lebih kurang 25 minit.


Kami dah sampai!
Anda bila lagi? haha..


Harga tiket masuk adalah seperti dalam gambar.




One Spring Night (2019); The Fiery Priest (2019); The Beauty Inside (2018); The Liar and His Lover (2017); Gogh's Starry Night (2016); My Love From Another Star (2013-14); Secret Garden (2011); Personal Taste (2010); Beethoven Virus (2008)

Itu antara drama-drama korea yang pernah buat penggambaraan di Petite France ni.


Running man pun ada shoot kat situ juga (SBS, April 24 2011 – episode 40)



Honestly cakap, walau ako ada la peminat drama korea tapi lokasi penggambaraan ni macam tak berapa nak menarik minat ako untuk terokai lelebih.😅 Cukup la setakat view di bahagian ni aje yang mampu ako terjah (rujuk gambar atas). Selebihnya ako menghabiskan masa bersama zurin melepak di cafe yang ada kat situ. hahahaha....

Bagi ako, tempat ni kalau tak singgah pun tak rugi. 🙊


Dah jam 4:30 petang.
Moh la balik weii...
Memasing pun dah kepenatan kekdahnya.

OK memandangkan kami dah tak larat, maka nya kami plan pulang ke Seoul dengan menaiki ITX.
Tapi silap nya kami tak beli tiket balik.
Dan check dengan kaunter ITX, train adalah penuh. 
Akan tetapi korang masih boleh naik tren walaupun dah penuh.
Dengan syarat, korang tak dapat seat la ye.




Maka nya, begini la kami.
Tak kisah la janji dapat balik ke Seoul dengan selamat dan cepat.


Lapar dah memasing.
Dinner kami malam tu adalah di Restoran "Bakso Bejo Korea Restaurant Myeongdong".


Nasib la ada lagi meja kosong kat kedai makan ni.
Kami akhiri malam ketiga dengan sajian dari Indonesia.
Nyummm.......

Nota Jemari: penat nak pikir dah haahah...... zzzZzzzz