Hari ni rileks-rileks je.
Sempat la breakfast dulu kat GH.
Jam 9 pagi baru kami keluar.
Hari ni just nak santai santai ke Everland.
OK, hari ni kita nak ke Everland.
Sempat lagi tu jenguk jenguk kat depan Daiso Myeongdong.
Besar OK daiso kat sana. Bertingkat-tingkat.
Macam macam barang menarik yang takde kat Daiso Msia.
Sumer pun macam nak beli hahah tapi sabar!!!
Kitorang beli tiket shuttle bus (round trip) dari Klook je.
Sebab kami ramai kan, so senang sikit kalau naik bas sahaja.
Kalau tak nak naik bas, korang boleh je naik subway.
Cuma perjalanan tu agak lama la sikit sebab banyak kali kena tukar tren.
Kalau naik bas ni, dia terus je ke Everland.
Pit stop nak naik bas ni betul-betul kat depan Prince Hotel.
Meaning, betul betul kat lorong GH kami.
So sedang elok je la kan.
Dalam voucher klook tu dah mention, time pick up kat area Myeongdong adalah pada pukul 9:40 pagi.
Tiket everland ni korang boleh beli awal dari Klook.com juga.
Orang dah start beratur nak naik bas.
Tak sangka ramai pula aritu nak ke everland.
Taaadaaaa... Ini lah bas nya.
Perasan tak kami bawa kotak ke Everland?
Ada apa ye dalam kotak tu??
Ha meh nak citer sikit.
Dalam kotak tu adalah menu yang kami order dari Tapau - The Halal Dosirak
Memandangkan kat dalam Everland takde makanan halal, maka nya kami sepakat kita order sahaja n bawa masuk ke dalam Everland. Nasib baik la kat Everland memang boleh bawa makanan dari luar.
Tak silap ako, "Tapau Halal Dosirak" ni dah tukar nama ke "Mashigetta.koreanfood". Sebab ako try google blk kat IG nama halal dosirak tu dah tak jumpa plak. Tapi ako perasan, kalau korang taip nama "mashigetta" tu, korang akan jumpa lambang food nya sama ngan halal dosirak ni.
Servis derang sangat efficient, mudah dan cepat.
Wassap je menu pilihan, pastu mention tempat dan masa kita perlukan penghantaran tu.
Dah dapat barang, baru bayar kat derang. Tapi kalau takde cash, boleh je transfer debit or credit.
Perjalanan ke Everland mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Everland buka jam 10 pagi, so just nice je time kami sampai tu pintu baru je buka.
Since kita dah beli sesiap tiket masuk dari klook, maka korang hanya perlu tunjukkan je bar code yang tertera kat kertas voucher tu. Dah tak perlu nak tukar-tukar tiket kat kaunter k.
Wajib bergambar depan pokok ni.
Penyambut tetamu pokok ni.
Jom masuk Safari World dulu la.
Kasi rilek-rilek dulu.
Pusing-pusing dalam kawasan safari kita kena naik bas.
Bawa budak-budak seronok la.
Kalau kita chartered private van, tak silap kita boleh bagi makanan kat binatang-binatang tu dari dalam kenderaan. Tapi memandangkan kami naik bas je, so driver bas je la yang boleh bagi makan kat beruang etc.
Hahah tengok syiok syiok amek bideo, ternampak plak pak n mak singa tengah beromen...
Adoii hahaha... sabo je la.
T Express.
Hahahha sape dah pernah naik, sila angkat keybod?!!!
Best kan?!!!
Tapi bagi ako cukup la kita try sekali je seumur idup.
Seriau weii!!
Hhahaha.... dah laju, tinggi plak tu.
Pastu seat belt dia just cover bahagian bawah je tau.
Bukan cover yang dari atas kepala, bahu.
Ha korang dapat bayang kan tak?!
Rasa cam nak melayang masa pusing pusing tu.
Tapi memang syiok woo....
Sape yang belum try, lenkali boleh cuba k.
Trip kali ni, diorang berdua je yang nak naik T express.
Yang lain semua dah kecut perut.
Oooo ako plak dah merasa naik dah masa tahun 2017 dulu ngan anak sulung kak een.
Bak kata ako dalam entry 2017, first n last kot naik roller coaster T express ni. Seriau ahhaha...😂
Ramai siot beratur untuk naik roller coaster tu.
Memang tarikan utama kat Everland ni.
Dan mereka berdua adalan antara yang ramai-ramai itu.
Sementara tunggu yang dua orang tu naik T express, ajom la kita pun naik 'roller coaster 4D' je.
Hahaha yang ni confirm tak seriau.
Details pasal 'space tour' ni korang leh tengok kat website everland sendiri k.
Human Sky antara kemudahan yang ako suka naik hahaha...
First time ako naik memula dulu, memang salah satu wishlist.
Konon ako bayangkan ako naik ni kat tempat ski.😅
Favorite things yang ramai suka.
Hahha so bertabah la ye kalau kena beratur panjang.
Tapi sebabkan mende ni banyak, so ok la kalau kena beratur lama.
Derang ada sediakan heater juga kat sepanjang beratur tu.
Wow... pas naik roller coaster, jom naik "Rock & Spin".
Hhahaha ni mau termuntah ni kalau lepas makan.
Pusing punya pusing.....
Yang baju cekelat tu, muka paksa kena naik hahaha...
Tahniah, anda telah berjaya menyahut cabaran kami semua.
Muahahahaa... syabaasss!!!
Ok next game plak 😝
Oh lupa nak mention awal-awal tadi. Masa kami sampai, ingat tak tadi kami ada bawa bekal sekotak besar? Ha bekal-bekal tu kami simpan dulu kat dalam locker yang ada kat situ.
Tak perasan dah tengahari.
Perut pun dah lapar.
So, jom kita pickup makanan dalam lcoker dulu.
Kali ni kita naik "Sky Cruise", gondola macam kat genting tu.
Jenuh gak nak cari tempat melepak.
Last-last nampak tent heater ni.
Moh la kita masuk kejap.
Dah ada spot ni, makan je la kat sini kan.
Dalam tent dah penuh, kita lepak kat luar je.
Nasib ada kawasan astaka.
Nasi grilled mackerel - 10000 won
Cicah plak ngan sambal tumis by IG dapo_ibuct dan rendang pucuk ubi by IG dapur_omak yang ako bawa dari Msia. Memang marbeles.
Eh ada show la.
Sempena krismas kata nya.
Jom layan..
Ada banyak lagi game-game kat Everland ni seperti Hurricane", "Rolling X TRain" , "Let's Twist" , "Columbus Adventure" n etc.
Dah penat main games, jom kita jenguk kat "Four Season Garden".
Garden ni akan di hias berubah mengikut musim.
Kami datang pada musim sejuk dan 2 hari sebelum krismas.
Maka taman ini penuh dihiasi lampu-lampu dan deco bertemakan krismas.
Layan je k gambar kat bawah ni.
Pokok penyambut tetamu di waktu malam.
Pada musim sejuk, tak silap takde parade.
Maka nya, lepas dah main, makan, last kita lepak kejap kat starbuck.
Tunggu bas nak balik Seoul.
Ingat tak awal dah mention kita naik bas. Pergi pun sila la naik bas yang sama untuk balik ke Seoul.
Kami tiba di Seoul lebih kurang jam 8:30 malam.
Perut pun dah lapar balik.
Kali ni kami berlima sahaja yang makan malam.
Yang lelain sudah kepenatan.
Kami dinner di BusanJib.
Memandangkan masa kami tiba, takde meja kosong, maka nya terpaksa la kami menunggu kat luar dulu.
BusanJib ada kedai BBQ tau.
Pastu derang dah sediakan tempat solat sekali.
Next time ada peluang lagi, akan ako cuba BBQ di situ.
Muka kelaparan.
Menu kami simple je malam tu.
Ada sotong sambal & juga ikan bakar mackerel.
Perghh makan pedas dan panas, memang nikmat nya tak terkata!!
Lebih-lebih lagi makan di musim sejuk.
Perghhh.... ummpphhhhh!!!!
Dan malam kami akhiri selepas makan, berjalan-jalan di Myeongdong Night Market.
Nota Jemari: arghhhh rindu nya sotong sambal tu......😋
2 Comments
Sambal sotong tu nampak sedap betul...menarik la naik human sky tu...bagus la bawak makanan tapau ye la kat dalam tu beum tentu ada makanan halal kan
ReplyDeleteSo far sotong tu mmg sedap!! Hehe ye la dl x tau psl food kt dlm tu.. Bila dh tau tu yg kami bw sesiap
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com