Alhamdulilah dah hari kelima kami di Seoul.
Hari yang dinanti-nantikan.
Hari ini kami akan bermain dengan salji!!!
Yeehaaaaaa......
Plan arini nak ke Vivaldi Ski Park.
Kali ni kami book pakej vivaldi ni di KKday.
Kat Vivaldi ni mostly sama ada korang akan main ke tempat Ski ataupun ke Snowy Land.
Memandangkan kami tak berniat nak main ski, maka nya SnowyLand menjadi pilihan pakej kami bersama KKday.
Awal pagi kami bersiap.
Kali ni tempat perjumpaan untuk naik bas ke Vivaldi adalah di Shinsegae Department Store, 100m jarak dari Hoehyeon Station Exit 7.
Kami sampai awal, rupanya dah ramai juga yang menunggu.
Sekali lagi kami order makanan daripada Tapau - The Halal Dosirak untuk dibawa ke Vivaldi.
Memandangkan di Snowy Land tiada tempat makan halal, sebab tu kami decide untuk bawa 'bekal' ke sana.
Dalam bas sempat la terlelap kejap sebab perjalanan lebih kurang 45 minit.
Lebih kurang jam 9:30 pagi kami tiba di Vivaldi Park.
Turun dari bas je semua diminta berkumpul di tempat tukar tiket entrance.
Kat sini, kami diberikan tiket yang sebenar.
Pada mula nya ako ingatkan tempat kami berkumpul tu, itu la pintu masuk nya.
Hahah tapi bukan. Itu hanya la tempat berkumpul untuk turun dan naik bas sahaja.
Dah tukar voucher ke tiket asal, jom la kita gerak ke bangunan entrance.
Since kami akan ke Snowyland, maka kami terus je menuju signage untuk naik gondola snowyland.
Sejuk gila masa ni.
Suhu pun dah negatif berapa ntah.
Tak sabar dah nak main snow ni.
Snap satu dalam gondola.
Up up way to snowyland.
yeayyyyyy!!!!!
Akhirnyaaaaaaaaa... kami dah sampai!!
Snowyland ni kat atas bukit sebab tu kena naik gondola.
Bila dah sampai kat atas, perghhhh dia punya sejuk lain macam.
Hahahaha... memang sampai ke tulang sejuk gigil nya tu.
Kat area Snowyland ni ada macam-macam korang boleh main.
Antara nya 'snow rafting'.
Camne snow rafting ni?
Pernah dengar orang pegi 'water rafting'?
Hahaha camtu la lebih kurang tapi kali ni kita 'berakit' atas salji. 😁
See the 'kabus' at the back...
hahaha lihat la betapa sejuk beku kami masa ni.
Taadaaaa ini la snow rafting.
Since satu bot kena duduk maksima 4/5 orang, maka nya terpaksa la kami share ngan orang lain.
Syiok gila weii naik tu. Laju je bot tu mengelongsor.
Salju memutih je.
Apalagi, jom la kita main baling-baling salji.😆
Excited memasing.....
Jadi la dapat juga main dengan salji.
Next time kita main ski plak ye.
(hahah psstt ada ke next time nya tu?)🙊😜
Tetiba nampak pokok nya kat tengah-tengah jalan.
Cantek ke scary?
hahaha...
Jom main sledding plak.
Sepatut nya masa kat Everland hari tu boleh main sledding ni tapi masa kami sampai, tempat sledding nya masih belum buka lagi. Jadi nya dah alang-alang kat snowyland ni ada juga sledding, ha moh la kita gelongsor lagi. weeeeeeeeee
Nak main sledding kena la tarik boyak sendiri ke tempat permulaan nak meluncur.
Penat tarik boyak tu.
Meh posing dulu.
R'u ready gals???
Kena beratur dulu ye.
Amek posisi masing-masing.
Ayuh kita meluncur.
Sakan kitorang main sledding ni berulang-ulang.
Pastu ada satu lagi sledding gelongsor.
Ha yang ni x sempat nak snap gambar.
Ada 2 jenis gelongsor, satu panjang dan tinggi. Satu lagi pendek dan rendah.
Yang ini naik guna boyak cam atas tu pastu meluncur atas gelongsor tadi.
Kalau takut naik sorang, korang boleh amek boyak untuk berdua.
Kat area snowyland ni takde tempat makanan halal tau.
Yang ada restoran halal, kat bahagian bawah.
So, kalau korang dah keluar dari area snowyland, dah tak boleh nak masuk balik.
Mainla puas-puas dulu kat situ then dah rasa puas, baru la korang gi cari tempat makan halal kat area memula kita datang tadi.
Ada satu tempat makan kat Snowyland.
Kami hanya tumpang makan di meja yang berada di luar kedai.
Terpaksa la makan laju-laju sebab takut plak kena halau kang.
hahahaha... Tapi sebabkan kami ada je order air mineral, air kopi kat kedai tu, jadi takde la rasa bersalah sangat kan bila menumpang makan di situ.
Dah makan, jom kita turun cari tempat solat dulu.
Tempat nya terletak berdekatan dengan bilik first aid, di bangunan "Food Court". (tingkat bawah)
Surau kat sini asing lelaki dan perempuan. Sejadah pun ada!
Korang hanya perlu bawak telekung atau kain pelikat sendiri je.
Tempat nya sangat selesa dan terjaga! Alhamdulilah...
Usai solat kami bercadang nak 'daki' ke kawasan tinggi orang main ski.
Untuk naik ke sana kita perlukan tiket untuk naik gondola.
Tak silap harga nya dalam W12,500 won dewasa (14 tahun keatas) dan W10,000 kanak-kanak (3-13 tahun).
View dari dalam gondola ke tempat permulaan ski.
OK dah sampai kat bahagian paling atas.
Kat sini la bagi yang nak main ski akan start derang punya skiing.
Ekceli ada banyak slope ski ni.
Kalau beginner main kat bawah-bawah je sudah.
Kalau dah terror sket, bole la cuba laluan slope yang rendah sikit.
Dah expert, boleh try yang slope untuk orang-orang expert.
Seharian kami di situ.
Sebelum pulang, sempat kami menjengah kedai makanan halal di sana.
Terletak di tingkat 2, Food Court Vivaldi Plaza.
Dongmoon Express nama kedai nya.
Tengah pikir nak order apa.
Banyak betul pilihan menu nya.
Antara menu-menu nya.
Last-last kami order tteokbokki, fish cake ngan bulgogi wrap.
Seriously, memang sedap!
Berbaloi la kalau korang melepak kat situ.
Sedap sungguh!
Ada satu lagi tempat makan halal. Tapi yang ni taraf restoran sket la.
If rasa ada budget lebih, boleh je makan kat situ.
Dah hampir seharian kat sana, moh la kita balik.
Sampai je Seoul sempat kami menyinggah ke Daiso Myeongdong.
Bapak tinggi weii... sebelas tingkat.
Ha amek korang!!!
Korang better masuk je terus naik lif menuju ke tingkat paling atas sekali.
Pastu korang turun tangga je untuk ke tingkat bawah.
Baru la korang dapat bersoping dengan jaya nya di setiap tingkat...
hahaha mati la nak kalau setiap tingkat nak kena grab barang,,, 😅
.:carian dari google:.
(terlupa nak snap gambar depan kedai)
(terlupa nak snap gambar depan kedai)
Dinner kami malam itu adalah di Maehwa halal lamb Myeongdong.
Menu pilihan kami.
Cadangan ako, kalau korang nak makan kat sini, portion ada lah sangat besar.
Jadi sesuai kalau korang share-share je makanan nya.
Kedai ni bukan setakat jual lamb tapi banyak lagi menu lain.
Yang best nya, kita boleh bakar daging yang kita order tu sendiri.
Dah kenyang moh la balik..... penat main, soping & kenyang makan.😆
Nota Jemari: keletihan semua....
2 Comments
Berbaloi pi sini dan berbaloi sunggguh makan part yang last tu..SA suka barkar2 maca tu,..
ReplyDeleteKaaann!!! Seronok tp tu laaa kedai tu full je slalu.. Tu pun nasib dpt tmpt
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com