.:bila dapat kebebasan:.
Plan nak ke Legoland ni dah lama.
Kebetulan plak pihak Legoland buat promosi kaw2 iaitu promosi sebanyak diskaun 80% untuk staf opis ako, maka nya "pucuk dicita ulam mendatang" la, terus ako book hotel Legoland di agoda yang kebetulan juga tengah buat promosi kaw-kaw.
Masa booking hotel kat agoda tempoh hari memang ako pilih konsep 'booking dulu, bayar kemudian'. Ye la kan, buatnya tarikh nak pegi tu belum lagi abes PKPPP ke hape nama nya, at least kalau cancel, takde la ralat sangat kan.
Tarikh yang kami pilih iaitu 6-8 Ogos sempena konon nya nak meraikan besday anak buah sulung yang jatuh pada 7 Ogos.
Alhamdulilah, akhirnya dapat juga kami pegi bercuti setelah beberapa bulan terperap di rumah. Semua pun excited, lebih-lebih lagi budak kecik ni. Hari-hari dok tanya bila nak pegi Legoland. Terlaksana sudah hajat dia nak jejak ke Hotel Legoland. Kami sampai awal dalam pukul 12:15 tengahari, cuba nasib je kot-kot boleh check in awal. Alhamdulilah maybe sebab tak ramai, tu yang dapat gak check in.
Masa booking bilik kat agoda, ako pilih bilik jenis "pirate theme room".
Memandangkan tak ramai yang check in tarikh kami tu, maka nya pihak hotel upgrade bilik kami ke "Adventure Premium Room".
Bilik kami tu dia separate room untuk budak-budak.
Kat bilik budak-budak pun derang ada sediakan tv.
Kami sangat berpuas hati dengan bilik yang kami dapat.
Sangat luas dan selesa.
Yang seronok nya budak-budak ni sebab pihak hotel ada buat treasure hunt.
Kalau dapat jawab soalan tu, berjaya buka peti besi tu, ha dapat la korang hadiah Lego.
Dah selesai check in, letak beg, moh la kita pegi lunch dulu.
Dah rindu sangat kat kakak sorang ni.
Kebetulan memang nak bagi barang kat dia, maka nya kami pun buat plan untuk berjumpa.
Kakak suggest lepak kat kedai SDS ni.
OK gak sebab asyik tengok dia makan sedap-sedap je kat situ kan.😆
Kita pun nak try la juga hahaha.
Makan dan borak-borak, dapat la lepaskan rindu kejap.
Susah gak nak jumpa kakak sekrang ni.
Al-maklum jadual harian nya sentiasa je penuh.😝
Ini pun, kalau tak dapat jumpa aritu, memang nak majuk dah.
Nasib la kakak selitkan masa sket untuk jumpa ngan kita kan 😝
Malam nya plak kami ke Tepian tebrau.
Nak makan ikan bakar kat Gerai Tip Top ni.
Ni antara menu wajib tiap kali kalau makan kat situ.
Dah kenyang jom kita eksesais kaki jap ke Pasar / Bazar Karat JB.
First time nak jejak situ.
Memang betul-betul eksesais kami malam tu.😂
Jauh gila nak pusing satu bazar.
Apa yang ako bole ringkaskan pasal Bazar Karat JB ni adalah seperti Uptown kalau kat KL ni.
Penat dah pusing-pusing bandar JB, moh la kita pulang ke hotel.
Penat seharian memandu dari KL pun tak hilang lagi.
Malam memang nyenyak la memasing tido.
Menanti hari esok dengan penuh excited😍
Nota Jemari: Teacher Huda tetamu kami malam itu.... 😁
4 Comments
Hahahahaha nasib baik ek..
ReplyDeletekalau tak habis aku kena pkpb Taman Pelangi bertahun-tahun tak boleh jejak ekkkkkk muahahahahaha
Hahahhaa tau xpe 😜😜
Deletehalaaaaaaa rindu JB, bila nak balik Johor ni, huaaaaaaaa!
ReplyDeletehuhu.... balik nak jangan x balik hehehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com