It's Krismas Day!!
Hari ni cuti umum kat sana kan, so kita santai-santai aje la ye.
Takde rushing sangat hari ni, maka nya sempat la kita breakfast dulu kat GH.

Memandangkan kami hanya nak ke Eunpyeong Hanok Village pagi itu, jadi zurin n family tak follow kami. Kami janji akan bertemu ngan zurin di Starfield lunch nanti.



Tren pun lengang je pagi tu.
Maklum la, hari cuti kan.

Kebanyakkan orang akan pegi ke Buchok Hanok Village kan?!
Tapi kali ni ako suggest kat derang kita cuba terokai kawasan Hanok yang baru.
Camne nak ke Eunpyeong Hanok Village ni?


Dari Gupabal Station, keluar ikut Exit 4 pastu jalan ke perhentian bas 12-112 dan naik bas no 7723.

Masa memula keluar je dari Station tu, ako macam was-was juga sebab ada nampak 2 hentian bas kat depan. Memandangkan kitorang terkial-kial mencari arah tuju, ada lah sorang rakyat tempatan ni tegur kami. Setelah menyatakan hala tuju kami, dia berbesar hati untuk tunjukkan kami bas yang perlu kami naik. Kebetulan dia pun akan naik bas yang sama dengan kami. Alhamdulilah, perjalanan kami dipermudahkan pagi itu.


Naik bas no 7723.
Nasib tak ramai orang.
Perjalanan dalam 15 minit je dan bas ni akan berhenti betul-betul depan Eunpyeong Village.



Akhirnya...... kami dah sampai sini!!
Rumah hanok kat sini lagi cantek dan pemandangan pun cantek juga.
Patut la Eunpyeong Hanok Village ni semakin popular di kalangan tourist.


Lihat la rumah yang kami baru rancang nak beli ni.
hahaha agak-agak berapa kah harga rumah di situ ye?


Tengah pilih memilih nak beli rumah yang mana satu ye?!😁


Amacam, rumah ni ok tak?
Hahaha tengok rumah semua sama je pattern nya kan lebih kurang.


"OK eta, ko dah tengok harga tanah kat sini? Sesuai ni kalau ko buat satu rumah, pastu kita pakat dok ramai-ramai" hahaha...

"Rasa tanah yang kat hujung jalan tu sesuai sangat buat rumah tu"

Gitu la antara perbualan 2 rakan yang tak berkesudahan kekdah nya😝


"Hahaha.. eka, eta... jemput la masuk rumah kak een!"

Omomo dendiam dah beli rumah rupa nya ye 😆😜






Memasing dok pikir, rumah mana satu menjadi pilihan kalbu😆


Hepi semacam plak derang ni kan.
Hahaha agak-agak derang dah berjaya ke dapat kontrak pembelian rumah di situ?? jeng jeng.... 


Yeeehaaaa berjaya!!!
Apa yang berjaya???

Eunpyeong Hanok Village berjaya menawan hati kami.😛😍


Kat village ni ada tasik tau.
Tapi memandangkan musim sejuk semua pun jadi kering kontang, maka view pun x berapa nak menarik hati.

.:1 man 1 Cup Cafe:.

Salah satu cafe kat area situ.
Nampak biasa je kan.


1 Man 1 Cup adalah kafe paling popular di Eunpyeong Hanok Village. Korang kena dapatkan tempat duduk terlebih dahulu untuk membuat pesanan di sini, yang agak luar biasa. Sekiranya korang duduk di tingkat 1 atau 2, derang akan bawa pesanan kepada korang, tetapi jika korang plan nak duduk di tingkat 3 (No Kids Zone) atau teres, korang kena mengambilnya sendiri. Tempat terbaik untuk melihat pemandangan indah Eunpyeong Hanok Village sekilas adalah tingkat tiga.


Memandangkan masa kitorang sampai tu, tingkat atas belum dibuka lagi, maka nya kitorang just melepak kat tingkat 2 je la.


Jom gerak ke lokasi lain plak.
Dari village tu korang naik je bas yang berhenti betul betul kat depan village tadi.


Pastu naik la subway untuk ke lokasi seterusnya.
Pemandangan paling ngeri bila naik subway yang takde esklator, hahaha...
Boleh kurus betis kaki 😝


Kitorang dah sampai!!
SM Town tapi tak masuk, haha boleh gitu?
Tujuan nak ke sini sebab nak jejak kaki ke Starfield Library yang terletak kat sebeleha SMTown iaitu di COEX MALL.

Camne nak ke sini :- Anda boleh sampai ke Perpustakaan Starfield dengan menaiki Laluan 2 (Hijau) ke Stesen Samseong. Gunakan Exit 6 dan ikuti papan tanda (terdapat dalam bahasa Inggeris) ke Starfield Coex Mall. Perpustakaan berada di atrium utama.


Jom masuk cari library tu.
Ada apa dengan library ye?


Perpustakaan Starfield adalah ruang awam terbuka yang terletak kat tengah tengah MALL, di mana sesiapa sahaja boleh bebas duduk, berehat dan baca buku.


Tempat ni adalah antara favorite lokasi penggambaran drama korea.

.:image source: tvN:.

Drama terkini yang sedang rancak ditayangkan di TvN iaitu "Record of Youth" lakonan Park Bo Gum banyak shoot kat library ni.

.:kalau la masa kitrg datang aritu, kosong macam ni... hakikatnya, memang tak la kan:.
image source: google


Lunch time!!
Restoran halal yang ada di COEX Mall.
Restoran ni penuh masa kami sampai.
Memandangkan kami datang agak ramai, maka nya terpaksa kami semua duduk berasingan.


Mostly yang memenuhi kedai makan kat situ adalah orang korea.
Hahaha... sian la kat kami yang sangat sangat memerlukan tempat makan halal untuk mengisi perut. Pada korang yang datang untuk makan tengari especiallynya, harap la bertabah ye.





Menu kami.


Dah kenyang, jom cari tempat solat plak.
Tempat solat berada di tingkat 3 (berdekatan Conference Room E).

Info: ruang solat ni dibuka dari jam 3 pagi hingga 10 malam, sejadah ada disediakan, bawa telekung sendiri


Dah selesai solat, moh kita gerak ke destinasi terakhir untuk hari ini iaitu ke Paju Premium Outlet.


Cara ke Paju Outlet : Dari Stesen Hapjeong (Subway Line 2 atau 6), Exit 2. Pergi terus sejauh 200m dan naik Bas 2200. Turun di pintu belakang Paju Premium Outlets.

Bas sentiasa penuh. Perjalanan ke Paju Outlet adalah dalam 1 jam.


Kami sampai sana pun dah nak malam.
Apa yang ako boleh katakan, Paju Premium Outlet ni sangat la besar. 
Dan banyak sangat pilihan kedai.


Dah penat soping sampai dah x larat nak snap gambar ye.
Bergegar jadi nya hahaha..
Memasing pulang dengan hati gumbira dapat soping dengan puas.


Sampai Seoul semua pun dah penat.
Hari ni kami just tapau je makanan dari BusanJib.


Dan makan di bilik Eka je.


Jemput makan semua....
Hidangan makan malam kami ....
Dah kenyang pastu terus Zzzzzz hahaha...

Nota Jemari: Asyik makan nasi je kan.. camne berat tak naik 😅