Wow pejam celik dah almost seminggu kat bumi Korea.
Kalau bercuti memang kejap je rasa masa tu berlalu kan.😙
Kemana kita hari ini?

'Appointment' kita jam 10 pagi.
So bole la bersenang lenang sarapan dulu di GH. 


Lokasi pertama pagi ni adalah ke MBC World.
Tiket masuk MBC kami beli sesiap dari Klook.com.
MBC World is Korea's first broadcasting theme park, you can experience dancing and singing with your favirite kpop star, become one of your favorite drama's main character, watch your kpop idol in hologram, etc.

Cara untuk ke sana :-
By subway
Option 1: Get off at Digital Media City Station on the Airport Railway Line and walk for about 10 minutes

Option 2: Get off at Digital Media City Station on the Gyeongui Line, goto Exit 9 and walk for about 10 minutes

Option 3: Get off at Susaek Station on the Gyeongui Line and walk for about 10 minutes


Ekceli option 1 & 2 tu turun kat tempat yang sama cuma beza nya satu naik tren ke airport, satu lagi tren biasa.

Dah sampai kat Digital Media City Station, moh kita keluar ikut Exit 9.
Nasib la ada esklator kat station ni.

Dah exit tu sila lah berjalan terus sehingga korang jumpa traffic light n nampak bangunan-bangunan stesen TV sekelilingnya.


Penat berjalan akhirnya sampai jua.

Voucher klook tadi sila la tukar kat kaunter tiket dulu ye.
Nanti derang akan bagi tiket yang betul.

MBC ni ada 3 aktiviti zon.
Zon M - lebih kepada hiburan, menyanyi & menari. Ada juga konti radio. Korang leh tengok konsert hologram Big Bang.



Ini ruangan nak buat poster.
Korang boleh pilih baju mengikut tema drama yang disediakan.
Pastu ikut arahan. Dah siap , korang boleh send gambar tu ke email korang.


Pastu jom jenguk bilik berita plak.
Derang tengan dengar penerangan camne nak jadi pemberita.


OK semua dah ready, jom kita mulakan.


Nampak tak yang kat belakang tu tengah baca berita kaji cuaca.
Kita kasi warm up dulu...


Dan hasilnya...taadaaaaaa.....
Hahha bole suka suka je.
Mana nak dapat pengalaman masuk bilik berita kan.


Amacam ada sesape nak hire derang tak?😜




Ni derang sibuk nak dapatkan tanda tangan retis K-pop.


Agak-agak siapa kah pilihan retis yang mereka suka?



Ramai lagi artis lain yang korang leh minta signature.
Pastu nanti korang boleh send mesej berserta sign artis ni ke email korang.


Ni dah kenapa jadi zorro plak tetiba?


Oooo layan VDR rupanya.


Alolo si kecik ni pun nak juga...
EH eh korang tengok citer apa ye tu?🙈


Memasing nak cuba tubuhkan kumpulan K-pop gals kah?
Sesi latihan bersama .......


Selepas berlatih, jom tengok hasil nya!!
Ada gaya nak jadi artis k-pop tak?😝


Dah setel kat zon A, jom kita gerak ke zon B plak
Zon B - Kat sini korang bole merasai pengalaman berlakon drama-drama sejarah.



Hahaha... apa la rupa nya bila eka cuba nak berjinak-jinak dengan lakonan?




Peminat Lee Chang Wook...
Tak dapat jumpa real, yang ini pun jadi la kan.

Zone C - zon ni korang leh tengok entertainment show yang ada kat MBC
Banding ngan dulu yang ako pernah pegi, area ni dah berubah sket.




Kat sini kita boleh cuba alihsuara animasi.
Tapi sebabkan dialog nya dalam korea, so kita acah acah suka suka je la k.




Dalam banyak-banyak tempat boleh plak terjumpa junior zaman sekolah dulu kat Korea.
Kecil betul dunia ni ye hahaha...


Kepada peminat-peminat Kpop, tempat ini sangat sesuai untuk korang😉
Ada satu lagi tempat yang korang boleh terokai iaitu ke KBS Exhibition Hall.
Yang ini FREE je.
Kat KBS, more to muzium tapi kat situ ada konti radio, ada juga korner pembaca berita.


Dah puas berKpop, jom la kita soping plak.
Kali ni kami ke Namdaemun Market.
Nak soping brooch korea yang cantek-cantek.
Tempatnya adalah di E-lengdang.

Cara ke sini : Naik subway line 4 berhenti di Heoyeon Station. Keluar ikut pintu 4,5 atau 6





Dah sampai sini memang rambang mata.
Ako suka gi kedai dia ni. 
Dia pandai layan customer n senang nak tawar menawar dengan dia.
No kedai nya adalah #209


Namdaemun Market.
Macam-macam ada jual kat sini.
Souvenir pun banyak.
Sediakan je la duitnya ye.



Lepas soping di Namdaemun kami terus ke Itaewon.
Asalnya nak makan tengahari di Restoran MAKAN.
Tapi penuh plak.
Maka nya kami ke restoran makanan halal pertama di sana iaitu EID.

Di EID ni hanya ada 4 menu sahaja.
Dan portion memang untuk sorang makan.
Kat sini setiap orang wajib order sorang satu. Tak boleh nak share-share.






Bila cuaca sejuk, makanan panas adalah sangat heaven.
Makanan paling ako suka adalah Samgyetang.
Jauh beza kalau makan kat Msia.



Dah kenyang jom la kita solat dulu.
Masjid itaewon antara masjid tertua kat Korea ni.


Usai solat, kami sempat singgah di Manis Kitchen.
Antara kedai halal street food yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk masjid.


Menu yang dijual di Manis Kitchen.



Tteopokki ni seriously sedap.
Ako suka sebab pedas sehingga menjilat jari.


Corn Dog yang sekarang tengah femes kat Malaysia.


Fish cake ni x puas makan secucuk.
Sekurang-kurang korang kena la makan 5 cucuk sorang.😁
Sila la cuba ye bila dah berada di Itaewon tu.
Memang berbaloi dan sedap.


Sebelum pulang GH, kami sempat singgah ke LalaMart ni.


Nak bawa balik kacang almond katanya.
Banyak juga la kami borong kat kedai ni.
Selain almond, kami ada juga borong susu uyu pisang yang disukai ramai.
Ada yang bertanya, berbaloi kah bawa balik susu yang berat itu?
Jawapan ako, terpulang kat memasing.
Tapi bagi ako walau pun berat tapi ianya satu kepuasan dapat bawa balik 'sesuatu' dari tempat percutian. Dan salah satu 'sesuatu' itu adalah susu pisang n kacang almond ni. 😍😍

Nota Jemari: Setiap kali ke Korea, memang susu pisang adalah barang yang WAJIB ako bawa pulang