Terbaca kat group FB "Road Trip Korea", ramai gak yang suka jejak ke Toy Street ni. So, kami pun tak terkecuali sebab nak tau gak apa yang menariknya di situ kan.
Maka nya pagi ni kami ramai-ramai naik subway menuju ke Dongdaemun Station, Exit 4.
Kelaur je terus "wah!" berderet kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis mainan dan alat tulis.
Rata-rata kat sini jualan nya secara pukal (if nak dapat harga murah) tapi boleh je kalau korang setakat nak beli satu, dua barang.
Dalam banyak-banyak kedai, kami tertarik nak masuk kedai ni.
Kedai yang agak luas, penuh dengan pelbagai jenis mainan.
Kalau bawa anak-anak memang syurga buat mereka la kan.
Kat sini, derang tak letak harga.
Tapi derang ada provide bar code kat setiap mainan.
Jangan risau, korang boleh check sendiri je harga mainan tersebut.
Cara nya, korang cari je meja scanner yang disediakan disetiap sudut kedai.
Dah tau harga barang, then bole la korang budget berapa banyak mainan korang nak beli bawa balik Msia. Bagi ako, ako cari mainan yang takde jual kat tempat kita. Ikutkan hati memang banyak je nak dibelinya tapi kalau ikut uwang ringgit, kita beli mana yang termampu je la ye😁
Tak banyak tapi tetap nak belikan, eka!! ahhaa...'
Jom la kita ke Gwanghwamun Square.
Lama pulak tak jumpa ngan 'atok' ni.
Sis lin oo Sis lin.... atok tanya, bila nak datang jenguk dia lagi..😆
Pastu kita jalan plak masuk ke kawasan Istana Gyeongbokgung.
Tak jauh pun dari Gwanghwamun Square tu.
'Jaga' istana ni memang kerap mendapat perhatian.
hahahah... tiap kali lalu depan pintu gate, mesti ramai yang akan teringin nak bergambar ngan mereka.
Dapat bergambar depan istana pun jadi la kan.
Nak masuk cam malas plak hahaha...
Tapi if korang yang berkenan pakai hanbok, pastu nak jenjalan kat dalam istana, tak perlu nak bayar pape. Ianya adalah percuma!!!
Menarik kan?!
Tapi dalam cuaca yang sejuk mejuk tu, kami adalah malas hahah...
Perut dah la lapar, bila sejuk ni cepat je lapar.
Moh la kita isi perut dulu ye.
Kami dah google, kedai halal yang berdekatan dengan istana tu adalah Restoran Halal Kitchen.
Kata nya tak jauh dari istana, maka nya kami bersetuju untuk berjalan kaki saja ke situ.
Tapi bila berjalan dalam cuaca yang sejuk, hahaha yang dekat pun boleh terasa jauh.
Halal Kitchen terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Istana Gyeongbokgung. Berjalan ke utara di sebelah timur Istana Gyeongbokgung & cari pejabat polis Samcheong dan kedai mudah E-mart. Setelah berjalan sejauh 100m, anda akan melihat kedai fesyen 'Boy London'. Belok kanan dan anda akan melihat tanda 'Halal Kitchen'.
Sepanjang jalan ke sana, korang akan nampak deretan kedai sewa hanbok.
Lepas korang dah nampak kedai fesyen "boy london", makna nya dah tak jauh la tu kedai Halal Kitchen ni. Pastikan korang tak terlepas lorong kedai tu ye. Kedai nya di belah kanan. Bila dah nampak signboard "Halal Kitchen", ha sila la masuk ke lorong tersebut. Mendaki la anak tangga sket sebab kedai nya di belah atas.
Berjalan kaki dari Istana Gyeongbokgung dalam cuaca sejuk, tambah plak kena daki anak tangga ni, hahah harap bertabah la ye..!!!
Huwaarghhhh...😭. maka nya kena la tunggu kejap.
Nasib la ada disediakan ruang menunggu.
Tuan kedai bermurah hati.
Sebab kami sampai awal, cuaca sejuk plak tu, maka nya dia 'jemput' kami masuk dahulu.
Alhamdulilah.
Ruang kedai nya takde la besar sangat.
Bahagian hadapan ngam-ngam kami semeja dengan ada satu lagi family semeja.
Di bahagian belakang, tak silap ada 2 ke 3 lagi meja.
Ni kalau datang ramai-ramai, konpom memang tak dapat semeja.
Hari tu memandangkan zurin n family tak join kami, maka nya dapat la kami duduk semeja dalam 7 org.
Menu dia tak banyak tau.
Ada Samgyetang (sup ayam ginseng) dan Bulgogi (daging bakar).
Kami order je dedua jenis makanan tu.
Amek la combo untuk 6-7 orang makan.
Memang berbaloi oiii!!!!
Seriously sedap especially ayam ginseng tu!!
Perghh memang nikmat yang tak terkata.
Dia masak depan kita.
Memang sedap la kan dapat makan panas-panas.
Sekor ayam dia bagi ko!!
Puas gila makan, isi ayam nya lembut.
Dapat la cicah ngan cili kicap.
Tu owner kedai, Mr Hassan nama nya. Korean-muslim.
Pastu kan kami cabar member sorang tu cuba makan 'ginseng'.
Hahahah sedap kata nya... manis?!
Erkk... ako pun x pasti kesedapan ginseng tersebut.
Agak-agak pas makan badan rasa panas tak eh?😁
Bila Eka menyahut cabaran makan ginseng..
Caya laaa eka!!!
Terima kasih Halal Kitchen.
Ada rezeki kami datang lagi.
Memang berbaloi sangat, sedap sedap dan sedap!! 😆
Perut dah kenyang, moh kita balik.
Eh eh kita nak kemana lagi tu?
Ajom la kita naik bas je berhenti di Seoul Station.
Kata nya nak ke Lotte Mart.
Nak soping apa je kat situ kan?!
Ntah sampai mana kami tertekan loceng.
Maka nya kena la turun.
Check map, ok tak jauh pun Seoul Station tu.
Ha jom la jalan kaki je.
Jalan-jalan nampak patung belakang tu.
Tak sempat plak baca salah silah sejarah nya.
Tapi ako andaikan patung itu adalah owner yang buat Seoul station ni.
Jalan punya jalan, dah jumpa pun pintu masuk Lotte Mart.
Ha apa lagi, dah masuk situ, moh la kita soping!!!
Masa ni kami dah terpisah ngan Eta & Shima.
Sakan betul diorang menyoping kat situ.
Kami dah tak larat, maka nya kami pulang la dahulu.
Sebelum pulang ke GH, sempat kami berjalan-jalan ke Myeongdong Street.
Dan kamu sudahi hari kami dengan sebatang aiskrim melon!!!
Nikmat nyaaaa weiii!!! hahaha....
Nota Jemari: tetiba teringin plak nak makan eskrem melon.... mana nak cari ek?!😋
4 Comments
alaa rindunya nak travel...belum sampai korea lagi ni...huhuhuhu
ReplyDeletestay safe kak ret..
insyallah ada rezeki kita jejak sesama k ....
Deletestay safe juga sunah
Cepat la covid ni berlalu, SA memang nak pi Korea...
ReplyDeleteJom g jepun hahaha... Misi jepun dah terbantut ni.. Ntah bila dpt laksanakan blk misi yg satu ni 😂
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com