It's D-day!!!
Semua pun dah tak sabar nak masuk Legoland.
Kami beli tiket Combo (Sealife + Theme Park).
Untuk mengelakkan korang tak cukup masa nak menikmati kedua-dua tempat, ako suggest korang masuk ke Sealife dahulu. Sebab sealife ni takde la besar sangat macam Aquaria. Tak silap ako spend masa kat situ lebih kurang sejam.
Sementara tunggu nak masuk sealife, sempat la bergambar jap dengan maskot dia.
By the way, 7 Ogos 2020 adalah besday abam ABIN.
Hepi besday ABIN!!🎂🎉
Moga sentiasa membesar dengan 'sihat' dan hepi selalu.
Moga jadi anak & abang yang bertanggungjawab.
Jom kita masuk!
Kalau di Langkawi ada "Underwater World"
Kalau di KL ada "Aquaria"
Dan di JB plak ada "Sealife".
Ha camtu la yang ako bole gambar kan apa yang ada di dalam Sealife JB.
Dah puas terokai Sealife, jom kita masuk theme park plak.
Kami siap sewa stroller ni sebab tau nanti budak ni konpom mengadu penat berjalan. hahaha
Korang boleh je sewa stroller ni dengan harga RM56 (single), RM76 (double). Deposit dalam RM50 tak silap ako.
Ada banyak mainan di Legoland Theme Park ni.
Memandangkan tak ramai orang, memang sakan la kami main mostly semua attraction dan games kat situ.
Driving School - untuk anak-anak 6 ke 12 tahun.
Lepas ni abam ABIN dah tak bole nak join main kete ni.
Sebab tu MAMA siap buatkan lesen driving untuk abam ABIN. hahha
Boating School - semua pun boleh naik. Untuk budak ketinggian di bawah 130cm kena ada dewasa untuk teman.
Teruja betul budak kecik ni dapat 'pandu' bot tu sendiri😁
Kosong!
Puas jalan-jalan takde orang😆
City Stage - tengok persembahan secara LIVE. Nyanyi & menari bersama dengan derang.
Rescue Academy - ini memerlukan kekuatan tangan semata-mata. Hahah sebab korang kena 'pam' untuk gerakkan kereta bomba untuk menyelamat.
LEGO City Airport - rasa game ni kat memana pun mesti ada kan.😁
Lost Kingdom Adventure - kita naik 'kereta' sambil tembak guna 'pistol' lampu.
Beetle Bounce - orang dewasa pun bole naik tau games ni 😍 tapi kalau mana yang gayat tu, tak payah la naik ye.
NinjaGo - 4D ride. Best gak. Games ni banyak guna tangan. Pastu keluar terus rasa tangan cam 'melayang' hahahha...
Oh ye tiket yang kami beli jenis bole kluar masuk balik ke theme park.
Maka nya lunch kami hari itu konpom la kat Medini Mall.
Nak makan kat restoran dalam theme park tu rasa nya bila dah ramai-ramai ni cam ermm better kita makan kat luar je la ye hhehehe...
Selesai makan, jom kita masuk balik Legoland.
Setel kan game yang belum kita main lagi.
Sebab tengah panas terik, so kita naik la Legoland Express ni pusing-pusing satu theme park.
Pastu ako paksa derang naik roller coster ni.
Asalnya roller coaster ni kena pakai VR tapi memandangkan musim covid ni, derang tak provide VR.
Aquazone Wave Racer - ini silap haribulan bole basah main ni hahaha...
Last show petang tu sebelum theme park tutup.
Last maskot for the day!
Malam nya kami dinner di JDT Cafe yang terletak di Dataran Bandaraya.
Konon nya dengan harapan dapat la tengok pemain-pemain JDT buat latihan kat padang situ.
Tapi rupanya derang berlatih kat stadium yang baru.
Makanan di JDT cafe memang sedap!!!
Portion pun besar, dan sangat berbaloi.
Malam terakhir di JB .... sempat la melawat cousin di Mt Austin.
Nota Jemari: Bila la akan balik ke JB lagi kan..... 😊
2 Comments
Memang tunggu genap setahun laaa baru ko sampai JB lagi hahahaha..
ReplyDeleteWeuii aku pun tak pi lagi JDT Cafe tu tau hahahahaha
Haha rasa gitu la kan, maunya thn depan ako jejak. Johor lagi..
DeleteEh eh awak review2 takkan JDT cafe tak review lagi hehhee
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com