Hari terakhir di bumi Korea.
Flight kami adalah pada jam 12:10 pagi (28 Disember 2019).
Lepas makan eskrem melon di Myeongdong street, sempat la kami menyoping sikit di saat-saat akhir. Tengok-tengok kot ada yang tertinggal, pesanan, hadiah, nak dibawa balik.

Sempat juga la kami berehat sebelum bertolak ke airport petang tu.
Memandangkan luggage sudah beranak pinak kan, maka nya kami sewa 3 buah jumbo taxi yang berharga lebih kurang W77,000 (per taxi).




Kami gerak ke airport lebih kurang jam 6 petang (waktu Seoul).
Alhamdulilah perjalanan ke airport pun lancar, nasib tak sesak.

Sampai je airport dah boleh check in luggage.
Alhamdulilah juga urusan check in berjalan lancar.
Memasing dah tak sabar nak balik Malaysia.


Bak kata An, babai Korea, panjang umur kita datang lagi!!

Tamat sudah cerita percutian 9 hari 7 malam kami ke Seoul.
Insyallah ada rezeki, covid musnah, kita datang lagi ye.
Terima kasih kengkawan yang sudi jadi peneman ako balik kampung tempoh hari.
Kalau sudi, jemput la join balik lagi...
hahaha.... 

Babai Korea!!
Welcome home...

Nota Jemari: home sweet home.... nasib la luggage tak terlebih muatan😂