Hari Pertama

Plan yang satu ni memang tak dirancang dengan awal.
Tetiba aje mama ajak gi Batu Pahat.
Kebetulan dia nak ziarah mak mertua di Kluang.
Last minit punya plan, jadi nya nak cari hotel agak susah la sikit kan.
Tarikh kami nak pergi tu plak jatuh pada cuti umum iaitu Hari Kebangsaan.
Dah alang-alang ke Batu Pahat, kami plan cuti lama sikit, tu yang terjadinya percutian 4hari 3malam.

Minta bantuan adik di sana untuk carikan hotel atau rumah tumpangan atau yang sewaktu dengannya. Alhamdulilah cari punya cari, akhirnya dapat juga. Tapi kami hanya dapat bermalam di situ untuk 2 malam sahaja sebab malam ketiga dah fully booked. Takpe la itu nanti cerita.

Bermula la perjalanan kami dari KL di awal pagi.
Sempat sarapan di Hentian Serdang.
Ikutkan nak ke Batu pahat dalam lbh kurang 2 jam lebih gitu la.
Tapi biasa la kan, singgah gi toilet, singgah beli kopi, buatkan perjalanan kami tu agak panjang sikit.
Kami tiba di sana ngam-ngam waktu makan tengahari.

Kami terus ke Teluk Wawasan nak makan asam pedas.
Tempat ni antara yang terkenal di Batu Pahat.
Terletak di hujung jeti teluk wawasan.

Ada beberapa kedai kat situ, kami pilih kedai yang pertama.

Menu nya takde la banyak bergantung pada bahan mentah yang para nelayan dapat tangkap pada hari tersebut tapi korang bole je tanya dulu, jenis ikan atau lauk apa yang bole masak masa korang datang tu. Asam pedas memang menu utama la kan.

Nasib baik masa kami sampai, orang takde la ramai sangat.
Jadi bole la makan dengan santai.
Kalau ikut hari biasa, memang sentiasa penuh tempat ni.

Antara menu-menu yang kitorang order.
Ako tak pandai nak bezakan asam pedas melaka, asam pedas johor or asam pedas kat tempat lain.
Sebab nya, ako bukan peminat tegar asam pedas ni...😂

Dah kenyang, moh kita jalan-jalan kat hujung jeti tu.
Memang panas terik masa tu tapi tengok pemandangan pantai yang luas, teruja budak-budak ni.
Ini adalah pertama kali Uyum jejak ke bumi Batu Pahat sejak lima tahun yang lepas.
Abang-abang excited dapat balik ke tempat kelahiran diorang.

Jom kita check in!!!
Penginapan kami adalah di "Barokah Sri Village".

Barokah ni ada 2 tempat, jadi pastikan korang google barokah yang berdekatan dengan "Leypark Bistro".

Tempat ni ada macam-macam jenis bilik.
Ada yang chalet, ada banglo dan ada yang bole book untuk bilik sahaja.

Budak-budak dah tak sabar nak masuk bilik, sebab nya diorang dah x sabar nak mandi kolam.

Kolam ni terbuka untuk orang luar juga tapi dengan bayaran la.
Bagi yang stay kat situ, percuma je nak guna kolam ni.
Meriah, ada 2 jenis kolam kat situ.

Yang ini agak dalam sikit jadi budak-budak tak berapa nak teruja.
Diorang lagi teruja mandi kat kolam yang ada gelongsor tu.
Bilik kami betul-betul kat depan gelongsor tu.
Jadi buka pintu je dah bole terus terjun kolam hahaha...
Mana la diorang tak excited kan!!😆


Malam nya kami just makan di Leypark Bistro sahaja.
Sebab malas dah nak kluar dari situ.
Not bad gak foods kat situ.
Portion pun bole tahan banyak.

Paling suka bubur dia ni.
Memang puas hati.
Ni kalau orang sakit pun bole cepat baik makan bubur ni hahaha...

Hari Kedua

Esok pagi nya kami sarapan di warung "Port Ngopi" di Taman Sri Indah, Parit Raja.

Menu nya simple je.
Tapi budak ni tetap dengan nasi lemak nya.😅

Semangat nya uyum makan.
Tak cukup ngan nasi lemak, ditambah nya telur separuh masak😅

Ini lah tujuan sebenarnya kami ke Batu Pahat.
Mama derang nak bawa budak-budak ni jumpa nenek belah arwah bapa nya di Kluang.
Lama sangat derang tak balik kampung tu.
Uyum pun first time nak jumpa ngan family belah sana.
Sementara budak-budak balik Kluang ngan mama diorang, ako melepak je la ngan adik ipar yang dok batu pahat ni.

Kami lepak makan, tido, mandi pool.
Bosan sudah budak berdua (anak-anak buah yang kat batu pahat ni) dok menunggu cousin-cousin dia balik dari Kluang.😅  

Malam nya kami ke Nikmat Tandoori sahaja.
Ramai plak orang, terpaksa kami tunggu sekejap sementara meja kosong.
Sambil menyaksikan aksi orang yang buat tandoori tu.
Hhaha nampak tak betapa kepoci nya budak yang satu tu hahaha..

Hari Ketiga

Kami sarapan di warung Lempeng Sedap di Parit Raja.

Selain lempeng ada juga roti jala saiz besar.
Lauk pauk pelbagai jenis.
Ada juga nasi lemak, bihun dan lain-lain lagi. 

Warung ni kecil je so tempat adalah terhad. Kalau nak datang makan kena la datang awal-awal. 

Memandangkan tempat penginapan ni dah FULL untuk hari ketiga, maka nya kami terpaksa la check out dan cari hotel lain. Alhamdulilah nasib kami agak baik  sebab akhirnya dapat juga kami cari hotel yg masih available walaupun hotel budget je pun. Jadi la kan untuk semalam je pun. 

Hari Keempat
Memandangkan hari keempat ni adalah hari merdeka, jadi kami plan sebelum balik ke sarang memasing, kami nak singgah la ke tempat sejarah iaitu "Bukit Kepong".

Tapi apakan daya, rupanya Galeri Bukit Kepong ni tutup plak pada hari Isnin.
Baru plan nak soh budak-budak ni tau pasal sejarah Bukit Kepong.
Takde rezeki la gamak nya.

Masa kami sampai kat situ, ingat kami je yang teringin nak melawat tempat sejarah ni tapi rupa-rupanya ada ramai lagi yang dah sampai terlebih dahulu daripada kami. Semua pun sangat la kecewa.

Tak dapat masuk galeri, korang tengok je la sungai yang menjadi sejarah peperangan Bukit Kepong tu je k hahah..

Dah tak payah nak sedih-sedih.
Moh lekas kita balik ke KL.
Tamat la percutian yang tak dirancang ini.

Budak-budak pun dah start sedih sebab terpaksa berpisah.
Insyallah, bulan depan nya kita jumpa lagi ye 😁

Nota Jemari: Belajar sejarah lagi seronok kalau kita dapat jejak ke tempat-tempat sejarah itu sendiri...